Pengikut

Khamis, 31 Disember 2009

slh sape ni....

kali ni aku nak wat n3 tanpa gambar lak....coz nak menzahirkan sikit rasa ketidakpuasan hati aku terhadap didikan mak ayah pd anak2 zaman skrg....

aku x nak sentuh isu lain.....1 je tentang adab kat meja mkn. jujurnya aku x prnh mbenci kanak2 coz 1 masa dulu aku pun prnh jd kanak2... aku juga ada adik yg bongsu baru nak masuk 15 thn yg masih berperangai keanak2kan (bongsu lah katakan) dan aku gak ada anak2 sedara yg masih kecil yg masih perlukan bimbingan drpd mak ayah dorg.

citernya cam ni... aku ni dijemput utk g dinner oleh si polan dgn family si polan lg 1 yg bwk sekali anak2 n wifenya. memula ok lah btegur sapa beramas mesra tp bila bab makanan di hantar ke meja ni lah yg aku hangin sket. biasalah kalau mkn kat luar makanan di hantar course by course kan. jd bila smp 1st makanan.... ya allah cam nak tersembul bijik mata aku dibuatnya. u know what...si anak lelaki tu amik sepinggan hidangan tu mkn utk dorg sorg n dgn tangannye sendiri. mak ayah lak blh wat sambil lewa je.... pretended nothing happened. tp mujur lah ada si kakak ni yg tegur adiknya jgn mkn dulu, tgu pinggan smp bla bla bla.... pas tu si adiknya letak le balik pinggan makanan tu.

pas tu bila semua makanan dah smp so jgn hrp le aku nak mkn apa yg dah disentuh oleh budak td. aku pelik kan. kalau zaman aku dulu2 mst aku kena cubit or mak aku akan jengilkan bijik mata kalau aku behave like that. but it seems like parents nowadays emmm cam tu ke didik anak ye....x fhm lah. aku x kata aku dididik smprna tp gitulah mak aku dulu. rasanya betullah didikan bermula dr rmh kan.

mgkn 1 day aku juga akan jd ibu (bila la tu ye hehehe) n aku hrp dpt menerapkan unsur2 keadaban pd waris aku nnt.....jgn bg org meluat kan. yg baik jdkan teladan, yg buruk jdkan sempadan. tp berbalik pd fitrah... x semua manusia smprna n kita mmg tanpa sedar bnyk wat kesilapan.

so...renung2kan dan slmt beramal...

Rabu, 30 Disember 2009

JB - jln2 cari mkn....

yeyey dah sampai kat danga bay, jb
ada train, ada marina
pas tu ada model baju berjalan lalalala


ni kat tmn soga, batu pahat
ada group monyet kat situ....aku sempat bg biskut kat dorg
sian tau....lapar tul monyet2 tu
pas tu jeng3 kat bangsal tokei cendawan
jap ye sue...pinjam nak posing tp x tau le cam ner pas tu blh hidup lg ke x cendawan tu hahaha


makan time.....
ada roti kacang pol (lupa lak nak snap eh nmpk sket kat pic aku tu)
ada abc spesel, ada laksa johor
best yummy yummy...


si kecil ini adalah putera kesayangan papa farid n mama ita
namanya ibad
ramai ppuan ramfc yg geram kat ibad ni tau


pasangan bahagia
anaknya ktorg dah pegang so dorg lak yg duk pelik kat toys mcd tu
kata farid....katanya lah kan
toys tu dikumpul utk ibad
tp akhirnya tertinggal lak toys tu kat mcd


penat kan nak citer..... ye lah coz n3 kat bwh dah panjang lebar.... jd kali ni aku wat citer pendek je.... biar gambar yg bercerita.... c u

Isnin, 21 Disember 2009

ulasan novel 9 nyawa - ramlee awang murshid



....mujur jugalah mata hati itu tidak pernah berdusta. Hati yang tulus ikhlas pasti menemui kebenaran biarpun kebatilan tersembunyi jauh ke dasar jiwa. Kerana lidah pasti berbohong untuk menyembunyikan kejahatan.


Indah sungguh gaya bahasa ataupun intro daripada penulis. Hati yang melonjak tidak sabar untuk meneruskan pembacaan selanjutnya. Tidak sabar lagi kerana aku terlambat mendapatkan novel ini (kalau nak dibandingkan dengan adik aku Alias yang berada di rumah bondaku di Jerantut yang terlebih dahulu menghabiskan pembacaan ini....dengki emmm).


Aku andaikan inilah kucing berwarna keemasan yang telah menjilat tapak tangan Intan semasa mengalami kemalangan pada tahun 1990 dahulu...inilah Junsang, kucing yang pernah aku bela suatu waktu dahulu tetapi kini telah hilang entah ke mana.....rindunya......

Emmm bagaimana ye aku nak membuat ulasan terperinci ini kerana selama ini aku hanya membuat point sahaja tetapi kali ini aku ingin berubah angin dengan membuat ulasan penuh....terfikir bagaimana harus dimulakan....jadi tatapilah ulasan novel ini berdasarkan daripada pandangan aku.

Intan Suryani.....nama seindah kerlipan berlian yang diusahakan daripada perniagaan berlian D'Diamond milik keluarganya sejak tahun 1985 di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur (jalan itu merupakan tempat membeli belah terkenal bagi semua orang). Merupakan anak tunggal kepada pasangan Sanusi dan Azizah (( nama Azizah yang klasik ni macam nama adik aku la pulak hehehe perasan jap )). Intan dilahirkan hasil daripada teknik IVF ataupun persenyawaan luar rahim (kalau tidak silap aku, kat Kuantan ada organisasi ini yang dinaungi oleh KDYTM Tengku Puan Pahang). Berumur 28 tahun, remaja, cantik tetapi hidup di dalam kongkongan ibu (ye lah anak orang kaya mestilah ibu kongkong kan terutamanya kerana bakal mewarisi harta bernilai RM100 juta).

Hidup Intan banyak dipengaruhi oleh ibunya yang amat mengambil berat tentang persahabatannya dengan orang di sekeliling, keselamatannya dan sebagainya. Keadaan ini berlaku kerana semasa kecil Intan pernah cuba dibunuh oleh ayahnya yang tidak percaya bahawa Intan lahir daripada benihnya. Intan mengetahui bahawa dia mempunyai 9 nyawa setelah ibunya mengalami mimpi ketika Intan berumur 10 tahun. Sepertimana remaja lain di usia 28 tahun, Intan tidak dapat lari daripada perasaan ingin berkasih sayang tetapi ibunya bijak mengatur hidup Intan. Walaubagaimanapun akhirnya Intan telah berkenalan dengan seorang pemuda bernama Khairil yang pernah mengunjungi galeri berlian miliknya. Diringkaskan cerita, atas dasar tidak putus asa, Khairil telah berjaya memikat hati Intan dan akhirnya telah melamarnya menjadi suri hidup dengan restu Azizah.

Seperti biasa...macam karya yang lain, penulis bijak menggambarkan keadaan yang telah berlaku dengan membuat teknik 'flash back'. Diceritakan bahawa keluarga Intan telah terlibat dengan kemalangan pada bulan Mac 1990 (alamak....ni bulan kelahiran ku hehehe). Kemalangan tersebut telah mengorbankan nyawa ayahnya ketika Intan berumur 10 tahun dan juga dua orang adik beradik telah kehilangan ibu dan ayah. Rentetan daripada kemalangan tersebut, Intan dikehendaki untuk mengambil atau memakan tiga jenis ubat bagi menguatkan sistem ketahanan jantungnya.

Oleh kerana cerita ini berkaitan dengan tajuk yang diberikan penulis, jadi telah terjadi beberapa peristiwa yang menimpa Intan yang membabitkan dia kehilangan nyawa. Pertama kali ialah ketika Intan baru dilahirkan pada tahun 1980 (rasanya Sue RAMFC lahir pada tahun ini kan...patutlah dia dikatakan heroin cerita ini ngeh3) kerana dia tidak bernyawa seperti bayi lain yang menyebabkan doktor terpaksa membuat sesuatu untuk mengembalikan nyawanya. Kali kedua Intan kehilangan nyawa ialah semasa kemalangan pada tahun 1990. Kali ketiganya pula ialah semasa berada di Port Dickson pada tahun 2000 iaitu ketika umurnya 20 tahun. Peristiwa hampir kehilangan nyawa untuk kali keempat ialah semasa Intan nyaris kena tembak oleh perompak ketika berada di galeri berliannya. Dan yang terakhir Intan kehilangan nyawanya buat kali kelima ialah semasa kereta yang dinaiki bersama ibunya telah ditembak oleh dua orang penunggang motosikal di bahagian enjin dan tayar yang menyebabkan kereta tersebut berpusing beberapa kali.

Selepas berkahwin dan sebagai seorang isteri yang amat mengasihi suaminya, Intan tanpa prejudis telah menamakan Khairil sebagai pemegang kepentingan syarikat jika sesuatu terjadi kepadanya. Ini boleh dilihat melalui muka surat 297 dan jika dihalusi situasi ini memang wujud di alam nyata kerana perempuan terutamanya yang bergelar isteri amat mudah menaruh kepercayaan kepada lelaki yang bergelar suami (kalau dapat suami yang baik memang tiada masalah kan tetapi siapa dapat menebak hati manusia).

Kemuncak cerita ini ialah ketika Intan koma di ICU, Tingkat 6, Hospital Tan Tock Seng, Singapura gara-gara jantungnya tidak berfungsi ketika berbulan madu bersama Khairil di sana. Semasa koma inilah, roh Intan telah berkeliaran dan berjumpa dengan Hakim yang walaupun cacat penglihatan tetapi mempunyai keistimewaan boleh melihat cahaya dan mendengar suara orang yang berada di ambang kematian (muka surat 82). Ketika itu juga Intan dapat melihat semua kecurangan, kelicikan, perancangan rapi suaminya Khairil yang memperjudikan sebuah perkahwinan hanya untuk meraih kekayaan melalui penderitaan orang lain. Intan dapat mengenali bahawa Hakim dan Shauqi adalah kanak-kanak yang kehilangan ibu bapa akibat daripada kemalangan pada tahun 1990 dahulu. Hasilnya apabila sedar daripada koma, Intan telah mengambil tindakan drastik dengan memfailkan permohonan cerai daripada Khairil yang ketika itu berada di dalam tahanan polis di Jalan Whitley, Singapura.

Jangan lupa juga cerita ini berkisar kepada pengorbanan seorang ibu iaitu Azizah yang amat tegas dalam mendidik Intan (kak chik panggilan untuk adik ku Azizah...janganlah tegas sangat ye mendidik Baby Yasmeen tu). "Nyawa Intan lebih berharga daripada harta yang saya ada David." (m/s 243). Naluri keibuannya juga terserlah iaitu ketika berjauhan di bumi Arab kerana mengerjakan umrah, Azizah dapat merasakan Intan jatuh sakit (m/s 364). Juga telah belajar menembak dan memperolehi permit senjata api dan memiliki sepucuk pistol yang akhirnya menantu (ke hantu hehehe) telah maut ditembaknya ketika Khairil menyeludup masuk ke rumah banglonya untuk membunuh Intan setelah melarikan diri dari tahanan polis di Singapura.

<><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><><>

Hasil daripada pembacaan ku sebanyak dua kali, berikut adalah beberapa rumusan yang boleh diambil sebagai rujukan bersama:-

1. m/s 70: penulis membangkitkan masalah pendatang haram yang menimpa kebanyakan negara seperti yang dibangkitkan dalam perbualan di antara Dahlan dan Shauqi.

2. m/s 83: sebagai manusia biasa, ada ketikanya terdengar juga keluhan jemu untuk menjaga orang cacat meskipun antara adik beradik seperti Shauqi yang kadangkala mengeluh terhadap abangnya Hakim.

3. m/s 84: pihak berkuasa khususnya polis giat membanteras kegiatan penjualan barangan seludup secara haram.

4. m/s 143: walaupun Dahlan dan Shauqi melakukan aktiviti penjualan barangan seludup tetapi wujud kesedaran di hati mereka jika terlibat dengan pengedaran dadah dan hukuman yang bakal dikenakan di Penjara Changi.

5. cinta tidak mengenal siapa, umur, pangkat segalanya. Ini terjadi terhadap Dr Daud @ David Chu yang telah lama menyimpan perasaan terhadap Azizah (sekarang sedang kecoh perkahwinan pelakon Zizie Ezzette dengan ahli parlimen dari Sabah iaitu Datuk Bung Mokhtar hehehe).

6. m/s 247: penulis melihat persekitaran semasa bila mengeluarkan kenyataan ini. Kebanyakan wanita amat takut hidup tanpa teman yang dipanggil suami. Secara fitrah, lelaki mahupun wanita, mereka berhasrat untuk hidup dalam suasana rukun rumah tangga (komen........tunggu je lah jodoh yang sesuai heheheh)

7. awas wanita semua....berhati-hati dengan kenyataan apabila ada orang yang ingin menjaga kita sehingga mati juga berserta lirikan senyuman yang penuh makna tersirat.

8. m/s 34: penulis mungkin terkeliru dengan penggunaan bahasa pasar yang jadi terbalik...."abang gua mesti tidak tahu kamu buat kerja ni kan'". Dialog diantara Dahlan kepada Shauqi. Sepatutnya abang lu

9. m/s 101: menelusuri jiwa remaja yang kadangkala terbabas sekejap, penulis menggambarkan bahawa Intan tanpa segan silu telah meletakkan tangannya ke atas tangan Khairil yang memegang gear.

10. m/s 107: sekali lagi penulis berdasarkan situasi semasa yang memang dialami sejak dahulu iaitu orang Melayu khususnya terlampau ramah bercerita mengenai hal keluarga kepada orang yang dijumpai buat pertama kalinya seperti yang berlaku pada Dr Sipon.

11. m/s 115: selalunya orang berada akan mengupah pengawal keselamatan untuk menjaga keselamatan harta dan diri pemiliknya tetapi Azizah dikira berani kerana hanya memasang alat keselamatan pada permulaannya tetapi setelah rumah diceroboh oleh Mat Siam, barulah Azizah mengupah 2 orang pengawal keselamatan (pepatah Melayu...dah terhantuk baru tengadah kan...alamak betul ke tidak ni pepatahnya aduhaiiiii)

12. m/s 129: ini perkara normal yang biasa dialami oleh semua wanita (bukan semua ye....pengsan) iaitu mudah lentok atau cair dengan perhatian lelaki. Seperti yang dialami oleh Intan yang dalam tempoh singkat mengenali Khairil telah selalu terbayang akan pemuda tersebut.


Sekian dahulu ulasan novel yang panjang lebar daripada pandangan aku. Kita berjumpa lagi di lain kali....Abg Ram.....karya anda memang mantap, tidak jemu untuk dibaca, tidak sesia menunggu setiap keluaran terbaru....teruskan usaha ye

Selasa, 15 Disember 2009

jom beli t-shirt RAMFC......


perhatian....
kepada pengunjung kelab ini yang meminati, akan meminati dan sedang meminati hasil karya saudara ramlee awang murshid, anda mungkin telah berjaya mengumpul semua koleksi hasil karya beliau.

sekarang....
kelab peminat ramlee awang murshid ataupun ramfc telah mengeluarkan satu lagi rekaan baju dengan harga yang berpatutan yang boleh dimiliki oleh semua golongan.
sila layari www.kelabram.com untuk mengetahui maklumat dengan lebih lanjut

tempahlah sekarang sebelum terlambat!!!!

Rabu, 9 Disember 2009

aku wanita biasa - kris dayanti

Aku ini wanita biasa
Bisa sakit luka karena cinta

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus1]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih hatiku

Kekasih hatiku maafkan aku
Aku wanita biasa

Dingin sepi kerap menyapa
Air mata jatuh lukisan raga

Kadang ku kuat setegar karang
Kadang ku rapuh lemah liar merana

[chorus2]
Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih

Maafkan aku bila hasratku keliru
Sulut gairah jiwamu
Ku yang dosakan cinta kekasih
Hatiku… maafkan aku..

Khamis, 3 Disember 2009

penangan nescafe

thari semlm aku minum nescafe yg mild rasanya
oleh sbb mug aku besar so aku ambik 2 peket sekaligus
hasilnya...
mlmnya mata aku masih lg segar bugar
dan pg ni....
bangun dlm keadaan pening terhuyung hayang
kuatkan diri je drive ke ofis


cam tu lah bila sesekali nak merasa minum nescafe kan
jd ada baiknya aku minum air suam je emmmm

p/s: gmbr kat atas tu sekadar hiasan je....ada kena saman karang hehehe
lain org lain antibodi kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails