Pengikut

Isnin, 9 November 2009

komik komsas

KOMIK KOMPONEN SASTERA (KOMIK KOMSAS)
bahagian Prosa Tradisional ini merupakan satu adaptasi genre yang terdapat dalam Teks Antologi Sehijau Warna Daun Tingkatan Satu kepada bentuk komik bagi mata pelajaran Bahasa Melayu Tingkatan Satu dan sesuai dijadikan bahan rujukan oleh calon Penilaian Menengah Rendah.

Buku berilustrasi ini bukan sahaja dapat menggambarkan setiap situasi cerita yang berlaku bahkan memudahkan pelajar mempelajari atau memahami setiap kajian teks serta membantu memudah cara proses pengajaran dan pembelajaran di dalam mahupun di luar kelas. Malah, pelajar tidak akan terasa bosan kerana ilustrasi yang disediakan sangat menarik.

Penulis : Zainuddin Hj Rafie

Harga : RM 6.00

Halaman :72
ISBN : 978-983-124-436-4
Terbitan : Alaf 21


hahahaha tetiba je jd ilmiah lak kan....
actually aku sj bg moral support kat penulis ni jeng3..... nak tau nape
coz penulis ni ialah bapak sedara aku yg dipanggil ayah chik dikalangan anak buah
dia ni cikgu kat sek men tanah merah, kelantan (kalau x silap la)
so sape yg ada adik2 or anak sedara yg sekolah lg tu blh la beli utk dijdkan buah tangan ke apa kan.... bg peluang la sket kat penulis baru mcm bapak sedara aku tu
x mahal pun bukunya, cuma RM6 je
wah adoi la pandai je kempen srh org beli kan pd hal aku pun x tgk lg bukunya cam ner hehehe nnt lah balik kg bln 12 ni aku nak mintak dr bapak sedara aku tu


p/s : selalu aku wat n3 utk org lain so kali ni aku wat n3 spesel utk ayah chik aku

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails