Pengikut

Khamis, 14 Februari 2013

1st time balik kampung setelah bergelar isteri-3

hari ke 3 berada di kampung ialah dengan memenuhi hajat ma yang nak sangat shopping ke pekan rantau panjang. alahai ma ni pun, bukan tak pernah pergi sebelum ni kan hahahaha ikut je lah. lagi pun umi pun dah lama gak tak bershopping kat sana.

pagi2 lagi (tak la pagi sangat, al maklum le nak siapkan anak2 suami huh penat wooo) rombongan cik kiah ni bergerak menuju ke tanah merah iaitu rumah pakcik n makcik ku. kali ini isteri pakcik ku iaitu cik ani telah sudi menjadi tourist guide kami. ala bukan tak biasa ke sana tapi cik ani cakap kalau nak tudung murah2 dia ada kenal peniaga kat rantau panjang tu. ok lah tak kisah le asalkan dapat shopping tudung beraneka corak tu.

setelah umi menghulurkan duit belanja untuk ma (suruh teh ambik duit kat dalam poket handbag, tapi umi terdengar lebih kurang cam ni teh cakap kat ma....ma teh nak sikit eh) hehehe macam2 adik umi tu.   ok seperti yang dijanjikan oleh cik ani umi....apa lagi heaven beb. tudung yang sama rekaan pattern kat luar tu jual rm100 lebih tapi dengan adanya cik ani humakaih sehelai tak sampai rm40 pun. giler babas jap umi. pilih punya pilih ha dapat le 4 helai tudung. adik umi yang tak balik kampung pun siap hello ma suruh belikan dia tudung gak, sekali ha ambik 6 helai tu.

raisha? olololo kesian sangat kat dia. dengan kepanasan, tak boleh nak bebas bergerak ke mana2 so dia asyik merengek je....kejap2 nak milk tapi bila bagi air masak huh berdesup dia minum....panas eh sayang. tapi tu lah bila ada anak kecik, nak shopping pun kena limitkan masa etcetc, ambik je mana yang sempat. terkilan tu memang la tapi nak buat cam ner.....kang dibuatnya dia meraung tak hengat dunia kat tempat ramai2 orang lagi haru kan

 elly adik umi suruh stop jap kat sini. umi pun apa lagi hulur le htc suruh dia snap pic masjid ni.
nama masjid ni ialah masjid beijing, kat bandar rantau panjang


 cantikkan senibina dia.....agaknya dulu ada cina beijing kut yang design ni

nice view kan

 lepas berpeluh sakan kat pekan rantau panjang, balik ke rumah ayah chik dengan dijamu
makanan tengahari. lepak sampai petang, mengantuk bagai

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails