Pengikut

Selasa, 19 Februari 2013

our little princess-new leg

yerrrrrr new leg. orang tua kata ha tunggulah baby tu bila dapat kaki.....(dalam kepala umi masa tu cakap ha ok apa dapat kaki senang dia nak berjalan).

hahahaha memang senanggggggggggggggggggg sangat dia berjalan kulu kilir tu tapi ya ampun penatnya nak mengejar. dengan cepatnya dia boleh explore rumah tu. pegang itu pegang ini. baru2 ni mangkuk puding dan gelas panjang dah pecah dikerjakan oleh raisha. hehehe nasib baik anak kecik yang buat, cuba orang lain buat ha ada gak ayah tu membebel sayang oi.

bila umi nak menyapu, nak mengvacuum rumah ha time tu gak lah dia nak menyibuknya. nak pegang jugak dia. nantilah bila raisha dah besar ha umi akan suruh raisha buat kerja2 tu semua eh. sekarang ni penyapu dan penyodok sampah tidak boleh dibiarkan sebabnya raisha akan rajin mengambil dan menyapu lantai macam orang besar.

dan yang terbaru ialah dia dah boleh berlari2 gitu. hehehe umi suka sangat dapat mengejar dia sebab dia akan berlari terkedek2 sambil ketawa..... olololo comelnyaaaaaaaaaaaaaaaa.

makan? rasanya raisha kuat gak makannya tapi tak tau ke mana dia simpan. baru2 ni timbang untuk umur 1 tahun 3 bulan ni baru je 10kg tapi bila umi dukung kus semangat

Jumaat, 15 Februari 2013

1st time balik kampung setelah bergelar isteri-4

yey masa untuk balik ke kuantan. puas hati sangat dapat makan macam2 tambah lagi kalau makan beramai2....heaven tu

sebelum balik tu kita singgah dulu beli kuih akok. alahai kak wei....naik harga dah ke. dulu boleh lagi dapat 4 5 keping rm1.00 huh sekarang jadi lain lak harganya eh. tak pe lah naik harga cam ner pun umi tetap nak beli.....cewah kononnya peminat tegar akok la ni kannnnnnnn

 actually famili fizo omar pun ada menjual akok gak kat tepi jalan ni. eh rumah fizo omar ni sekampung je dengan nenek umi tau. dekat sangat rumah dia dan memang famili dia senang dari dulu
lagi lah. tapi umi tak beli akok kat sini, umi beli kat gerai sebelah tu.

taraaaaaaaaaaaaaaaaaa inilah akok kedut. kat tempat lain susah nak dapat cam ni. 
ada pun pergi letak kaler hijau la coklat la. tak yah cakap tempat lain tu ori akok dari kelantan
eh sebab umi boleh kenal dari rupanya saje.


balik ke kuantan dengan diiringi hujan lebat dan deretan kenderaan yang nak keluar dari kelantan. 

Khamis, 14 Februari 2013

1st time balik kampung setelah bergelar isteri-3

hari ke 3 berada di kampung ialah dengan memenuhi hajat ma yang nak sangat shopping ke pekan rantau panjang. alahai ma ni pun, bukan tak pernah pergi sebelum ni kan hahahaha ikut je lah. lagi pun umi pun dah lama gak tak bershopping kat sana.

pagi2 lagi (tak la pagi sangat, al maklum le nak siapkan anak2 suami huh penat wooo) rombongan cik kiah ni bergerak menuju ke tanah merah iaitu rumah pakcik n makcik ku. kali ini isteri pakcik ku iaitu cik ani telah sudi menjadi tourist guide kami. ala bukan tak biasa ke sana tapi cik ani cakap kalau nak tudung murah2 dia ada kenal peniaga kat rantau panjang tu. ok lah tak kisah le asalkan dapat shopping tudung beraneka corak tu.

setelah umi menghulurkan duit belanja untuk ma (suruh teh ambik duit kat dalam poket handbag, tapi umi terdengar lebih kurang cam ni teh cakap kat ma....ma teh nak sikit eh) hehehe macam2 adik umi tu.   ok seperti yang dijanjikan oleh cik ani umi....apa lagi heaven beb. tudung yang sama rekaan pattern kat luar tu jual rm100 lebih tapi dengan adanya cik ani humakaih sehelai tak sampai rm40 pun. giler babas jap umi. pilih punya pilih ha dapat le 4 helai tudung. adik umi yang tak balik kampung pun siap hello ma suruh belikan dia tudung gak, sekali ha ambik 6 helai tu.

raisha? olololo kesian sangat kat dia. dengan kepanasan, tak boleh nak bebas bergerak ke mana2 so dia asyik merengek je....kejap2 nak milk tapi bila bagi air masak huh berdesup dia minum....panas eh sayang. tapi tu lah bila ada anak kecik, nak shopping pun kena limitkan masa etcetc, ambik je mana yang sempat. terkilan tu memang la tapi nak buat cam ner.....kang dibuatnya dia meraung tak hengat dunia kat tempat ramai2 orang lagi haru kan

 elly adik umi suruh stop jap kat sini. umi pun apa lagi hulur le htc suruh dia snap pic masjid ni.
nama masjid ni ialah masjid beijing, kat bandar rantau panjang


 cantikkan senibina dia.....agaknya dulu ada cina beijing kut yang design ni

nice view kan

 lepas berpeluh sakan kat pekan rantau panjang, balik ke rumah ayah chik dengan dijamu
makanan tengahari. lepak sampai petang, mengantuk bagai

1st time balik kampung setelah bergelar isteri-2

well....apalah maknanya balik kampung kalau tidak pergi jenjalan ke bandar kota bharu yang hanya setengah jam je dari rumah nenek umi tu. lagi pun dulu berjalan bujang dengan ma adik2, sekarang dah kawin beranak pinak kena le bawak batilion ni round the world kannnnnn.

selepas sarapan pagi ahad tu kami menuju ke kota bharu dengan 1st destination is of course le pasar besar siti khatijah tu ha. shopping le apa lagi wei....

tapi kali ni penat sungguh tau sebabnya yang nak menyopping umi sorang, yang nak kulu kilir pun umi sorang. husband? emmm dia dah surrender lepas naik ke tingkat 3, pusing sana sini so dia cakap nak turun dah....penat. hahaha penat eh ikut umi. sempat le umi menyambar kain tudung bawal, baju kelawar, kain sembahyang untuk nina (untuk diri sendiri tak de yang berkenan he3), keropok, serunding, makanan lain. 

awin nina pun ikut husband turun so tinggallah umi dengan hasil belian tu hehehehe kiri kanan penuh beg plastik gitu. so bila dah penuh barang kat tangan, ha terlupa lak nak pergi tengok kuih muih tradisi kelantan kat tingkat bawah....melepasssssssss

bergambar selepas kekenyangan lunch di restoran cikgu, kat area muzium kelantan tu.
murah giler makanan kat situ. dengan 4 orang makan ni, awin ambik macam2
jenis ikan baru rm22.50

jom sayang kita bergambar jap
ma iaitu  nenek raisha suruh pakaikan raisha stoking tapi umi cakap
cucu nenek tu mana boleh ada benda kat kaki ke kepala ke
mesti nak dicabutnya


apalah ayah duk ajar raisha 1 msia lak aduhaiiiiiiiiiii
oppsss no shame la raisha...tu tetek nampak

dah berpeluh sakan ha jom kita masuk ke dalam muzium untuk menyejukkan
diri dengan air cond kat situ. hehehe teman fb umi komen kata pic ni sweet
tp umi cakap sweet and sweating hahahaha panas kan


ok masa untuk kakak dan adik bermain. kat kb mall
ha tak tau kb mall yang mana, ala ingat tak ada sebuah kereta menjunam
dari parking lot atas tu....ingat kannnn

senyummmmmmmmmmmmm 

1st time balik kampung setelah bergelar isteri-4


1st time balik kampung setelah bergelar isteri-1

amboi sikit punya panjang tajuk eh. suka hati mak le u ollss hehehehe

oooo balik kampung
oooo balik kampung
hati girang

umi memang suka la balik kampung kali ni tau, setelah bertahun tidak menjejakkan kaki ke kampung halaman terchenta gitu. eh chop....ada orang confuse ke ni. ok la let me explain. umi bukan lupa daratan bila kata bertahun tak balik kampung sebabnya rumah mak umi kat jerantut tu je ha. tapi bila dikatakan kampung tu ialah kampung disebelah my mom side, ramai lagi saudara mara sepupu sepapat kat kampung tu. kelik kelate wei....

masa bujang dulu ada la dalam setahun gak tak balik kampung, lepas tu kawin ha lama tu kan. so during chinese new year hols recently kami ambik kesempatan le balik kampung (setelah memujuk rayu en suami hahahaha). kami bergerak ke kelantan pada pagi sabtu lepas 9/2 dengan panas teriknya. nasib baik raisha tak meragam sangat, dia cuma nak milk (sambil terhangguk2 cara dia), sleep and play.  highway pun dah buka separuh kat bukit besi - sg tong, setiu.

alhamdulillah perjalanan kami selamat tanpa halangan di mana2. sampai dah ke rumah chik iaitu nenek terchenta. alahai dalam pada umi sibuk2 bertanya khabar makcik2 pakcik2 nenek semua, tetiba sape entah bagi tahu yang raisha dah bersila di atas tanah pasir. sayang oiiiiii ingat tu pasir kat teluk chempedak ke hehehe abis dia main baling2 pasir tu. yang jadi mangsa raisha ialah kucing makcik ku ha mandi pasir le kucing tu (rugi lak terlepas nak snap pic raisha masa tu kan)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails