Pengikut

Selasa, 8 Januari 2013

company trip to south korea-last review

ok ok ni last review pasal rombongan cik kiah ke negara hanbok bulan 10 dulu (lamanya perap story hahahaha)

masa ni rombongan cik kiah menyusuri luar istana presiden korea selatan 
dan menuju ke old folk museum (kalau tak silap)


1. selalunya kalau dah travel lebih dari 3 hari makanya its advisable to use rented mobile phone. elleh macam le umi plan nak guna tu semua kan hahaha that one is coincidently happens bila elin bagi tau company dia ada buat promotion ke gitulah for those yang nak travel ke korea. terbaiklah elin. tetiba dia teringat umi dia ni yang nak travel ke sana. memang rezeki umi lah kiranya. dapat kredit telephone free, tapi kalau lebih dari limit tu kena bayar le kan. umi diberi kredit, telephone no. melalui email (lupa dah nilai kredit tu berapa) then kena pegi ambik kat booth telephone tu kat incheon airport.

dah sampai kat incheon airport tu alahai terjadi miscommunation lak dengan my colleague. lepas ambik rented mobile phone dan oleh kerana umi ni malas nak berjalan jauh ke main entrance airport tu, so we planned cakap umi tunggu kat pintu ni, dorang pergi ambik luggage masuk dalam bas. tapi tunggu punya tunggu tak de pun bayang dorang. umi dah gelabah ni sebab orang2 korea tu semacam je tengok perempuan mana lak bertudung tercongok tu. masa tu habis semua zikir bacalah, takut kang kena kidnap dengan orang2 korea hahaha nangis raisha nanti. mungkin doa zikir umi tu didengari allah, maka tetiba umi berjalan masuk ke dalam area airport tu dan surprise ada announcement panggil umi suruh pergi ke gate berapa ntah. ya allah tengkiu padamu. umi tak dapat bayangkan kalau tak jumpa dorang, kang haru jadi rakyat korea macam nenek apa-nama-ntah yang kena culik dengan askar korea tu. end up, sebab tak nak panjangkan kisah dan rosakkan mood nak bercuti so umi biar je lah benda dah lepas tu, malas nak cari salah sape. hahaha senangkan umi ni.

2. kita ikut jadual yang diatur oleh tourist guide kan, jadi bila sampai ke sesatu tempat tu especially shopping place....kena terus beli je apa yang berkenan eh. sebabnya kita tak akan jumpa lagi dah atau pergi lagi ke tempat tu. nasib baik umi sempat sambar baju raisha dan nina sket....kalau tak memang melepas. ada ahli rombongan cik kiah umi tu yang sampai sekarang terkilan sebab miss nak beli barang, kononnya akan jumpa lagi la tempat tu kan. sedih dia sebab duit banyak lebih hahahaha

3. kalau pergi holiday during winter time, silalah pakai long john sebab ia akan memanaskan badan kita. umi dulu harap jeans tu dah ok dengan glove, jaket kulitnya tapi hampeh sebab sejuknya sampai ke tulang.... sejukkkkkkkkkkk....

4. oleh sebab cuaca kat sana winter kan dan tak payah le gatal2 nak on kan air cond okeh. emmm tp ada prob lak dengan ofismate umi ni yg panas je manjang. masuk bilik je sibuk nak cari air cond. ok dah malas nak bertekak, tegangkan urat muka ni so biar je lah dia nak pasang menda alah tu. umi duk diam2 selimut je.

5. everland tu best kalau bawak anak2. mak ayah yg berjalan solo ni cam tak berasa best sangat la. umi dah terbayang budak2 ke hulu ke hilir excited hahahaha.

6. main dish dorg of course le kimchi. tapi mak aih....tak sangka betul kimchi tu setiap masa dihidangkan even breakfast time. hahahaha sekali dua boleh la rasa makan tapi bila banyak kali tu muak gak oiiiiiiii...

7. namanya pun anak2 msia, semua ahli rombongan cik kiah umi ni bila dapat menjejakkan kaki ke bumi msia nan bertuah ni....guess what, semua berkejar mencari nasik lemak kat lcct tu.... lucu betul.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails