Pengikut

Khamis, 5 Julai 2012

jom menyambut menantu pada 30.6.2012

alhamdulillah...selesai sudah kenduri menyambut menantu pada 30.6.2012. lengkap dah perjalanan hidup yang diaturkan allah kepada makhluknya. kami suami isteri kini bergelar ayah dan mak mertua gitu. hehehe umi rasa cam tak percaya je dalam umur macam ni dah terima menantu kan...well tu semua DIA yang mengaturkan segalanya.

kata encik suami...biarlah sabrina tu kosong perut lama sikit hehehe tunggu raisha besar bolehlah nak menimang cucu. ini karang orang tak kenal yang mana satu anak, yang mana satu cucu kwang3. 

adik2 ku elly, teh dan kawannya bersilat bagai lak kat depan pengantin tu. lepas tu suami ku pun berpencak silat gak tapi yang lebihnya kelakar je hahaha.

biarlah gambar yang bercerita...lokasi: dewan badminton pdrm alor akar, kuantan




majlis dah selesai. lepas ni menunggu menantu baru pulak untuk anak2 yang 4 orang lagi tu. tapi kami suami isteri ni tak tau la sempat ke tidak nak membuat persiapan perkahwinan untuk anak2 yang lain. insya allah kalau umur kami panjang bolehlah tapi sedihnya kalau kami tiada siapa ye nak mengambil tahu dan menguruskan hal nikah kawin mereka nanti emmmm sedih

4 ulasan:

KayKhAlif berkata...

Menyambut menantu yang lain-lain? Wah si ibu ni semangat betul dia besarkan keluarga. Hehe

illaieylla berkata...

hahaha tau tak pe
akak bersemangat nak membesarkan keluarga dgn menerima bakal2 menantu ni ha...

errr ada sesapa yg terasa nak jadi menantu akak aka mak mertua muda gitu kwang3

KayKhAlif berkata...

Kaunter pendaftaran dah buka ke kak? Dah ramai yang beratur? Wahaha (gurau je ya) =)

illaieylla berkata...

hahaha blh je tp kena tny tuan punya badan la ek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails