Pengikut

Isnin, 11 Jun 2012

persiapan menyambut menantu-1


tu barang2 yang dibeli untuk menyambut menantu sikit masa lagi. bantal akemi untuk pengantin baru. bantal2 hitam tu pulak untuk umi dan suami pengantin lama hahaha. actually bantal anak2 kami dah buang so bantal mak ayah ni pas kat anak2 le kan. beli tuala untuk tetamu (menambah koleksi tuala yang sedia ada tu), selimut bagai etcetc.

kami suami isteri ni ya ampun macam kelam kabut semacam je....ye lah ni masing2 pertama kali nak sambut menantu kan. suami ku dah mengadu dia asyik sakit kepala fikir itu ini...ala kesiannya suami ku. umi lak berdebar nak sambut ipar duai biras yang nak datang nanti hehehe maklum le mertua dah tak de jadinya ipar duai tu seakan2 bayang mertua jugak la kan.

nak bershopping keluar masuk kereta shopping complex bagai dengan kepanasan tu so umi tinggalkan si kecik raisha dengan makciknya, nana. tengs sebab sudi menjaga anak sedara ye nana. baliknya raisha kelaparan sebab umi lupa bekalkan bubur....sori sayang...lapar eh.

weekend ni cleaner akan datang bersihkan rumah. tak larat woo kudrat kami suami isteri nak buat semua kerja. mana yang boleh diupah tu ha upah je daripada lepas tu duk kompelin sakit pinggang la apa la.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails