Pengikut

Selasa, 26 Jun 2012

terima kasih besan ku

ala nak say tengkiu kat besan ku tapi terlupa nak snap pic dengan dorang.

lokasi penginapan: hotel primula, kuala terengganu
tempoh: 22.6.2012 - 24.6.2012
jumlah bilik: 3

ehsan encik google


hari pertama masa check-in tu kami suami isteri nak check-in mention nama suami ku. and receptiont tanya untuk wedding ke yer of course le. dan reception keluarkan list dia bagi kunci bagailah. tapi umi nak jugak tanya apa special rate yang diberikan untuk kami kan. padahal masa tu umi dah terpandang list tu tapi saje nak tau then reception tu kata dia tak boleh bagi tau....elleh kedekut eh padahal umi dah nampak la kat list tu he3. tak de deposit, kad verification bagai then terus masuk bilik.

minum petang di coffee house sebelum wedding reception tu bil charge to our room eh...cewah hahaha.

check-out time 24.6.2012 lagi terkejut sebabnya kami cuma bayar bil minum petang je. aik abis yang 3 bilik tu charge kat siapa. oooo reception kata tuan haji yang bayarkan. wah ni sudah bagus. banyak betul budi besan kami. malu lak rasanya sebab duduk free je.

dalam kereta on the way back to kuantan tu suami ku dah fikir macam2 nak balas budi  baik besan kami. well kita tunggu je lah apa yang kami boleh buat kan. tapi rasanya tak samalah macam yang mereka dah layan kami tu.

*** sampai je kuantan, encik suami ajak famili ma adik2 makan kat swiss-garden hotel. masa on the way back dari kuala tganu tu dia tak nak stop lunch sebab katanya panas la berdebu la restoran tak de air cond la adoi macam2 so end up makan je kat swiss-garden hotel abis cerita

Isnin, 25 Jun 2012

wedding reception johan-sabrina

lepas sarapan 23.6.2012 tu ingat nak cuci mata kat pasar payang tapi suami ku kata lain kali sebab tak bawak teh ala ye lah lain kali. umi sedapkan hati sebab raisha pun tak sihat untuk dibawa ke tempat orang ramai. 

lepak je kat primula hotel. anak2 macam biasa berendam di kolam renang. suami ku sesekali turun meninjau besan kami duk sibuk kat dewan untuk last minit preparation. tepat jam 8pm, kami turun ke dewan dengan ditunggu oleh jemputan kami dari kuantan sebab mereka nak tau tempat duduk.

 yg kat tengah tu ialah cenderahati untuk kami yang berada di main table bersama pengantin

 pengantin kena tengak pencak silat sebelum dibenarkan untuk duduk dipelamin. nampak tak orang yang duduk di kerusi hujung tu...ha tu lah menteri besar tganu yg sudi hadir sbg tetamu vip jemputan besan umi

 menyelit jap bergambar di banner lobi primula hotel. al maklum le besan ku one of the bod kat situ so persiapan first class eh

 tu dress recycle gak...sekali sekala umi melaram dengan tudung/turban ala yuna. raisha yang tak berapa sihat

 anak2 ku bersama makcik dorang, teh. tengkiu teh sebab sudi ikut kami ke kuala tganu untuk menjaga raisha 2 3 jam sementara umi duduk di main table santap bersama pengantin. fuh nasib baik tak tinggalkan raisha dengan babysitter sebab dia demam dan umi pun tak sanggup berpisah dengan baby untuk event 2 3 jam tu. mujur ada adik yang boleh menolong kakaknya kan.

macam biasa....pengantin lama nak gak bergambar dengan pengantin baru hahaha. eh bang....rasa macam nak naik pelamin sekali lagi je kan hahahaha. 

well...nampak dah 'perkembangan' umi itu kwang3. tapi sejuk hati sikit sebab suami umi kata orang dah kawin biasalah badan naik, tu tandanya suami bagi cukup makan. adoi macam2 la ayat penyedap suami umi bagi kan


apa2 pun tahniah kepada besan kami dengan hidangan yang sedap. meja lain dengan hidangan tradisional, tapi kami di main table lain lak ala2 western gitu. rendah diri dan gusar gak kami suami isteri ni untuk menyambut mereka nanti, ye lah orang buat dekat dewan hotel ternama tapi kami emmm harap segalanya berjalan lancar je lah kan.

majlis akad nikah johan-sabrina

ikutkan umi ni hari khamis 21.6.2012 kena kerja lagi tapi disebabkan petang rabu lepas balik kerja tu babysitter kata badan raisha panas so kenalah cuti hari khamisnya. balik kerja petang rabu terus demah badan raisha dengan tuala sejuk, bagi dia makan ubat dan umi pun tak lena tidur malam tu.

umi siap cakap dengan encik suami kata tak nak pergi ke kuala terengganu hari jumaat 22.6.2012 sebab takut nak travel dengan raisha demam tak kebah lagi tu. tapi encik suami berkeras gak suruh ikut aduhaiiiiii perintah dijunjung suami ku.

dengan disertai adik ku teh, maka famili umi bergerak ke kuala tganu pada pagi jumaat 22.6.2012 dengan memohon semoga perjalanan kami dilindungi. alhamdulillah tengahari selamat sampai ke kuala tganu dan terus check in di primula hotel. 

ok dipendekkan cerita, malam tu famili kami berkunjung ke rumah besan tuan haji long di jalan panji alam untuk acara pernikahan anakanda kami iaitu johan dan sabrina. makanan sedap sangat sebab diorder daripada primula hotel. bukan nak condemn makanan tempat lain tak sedap tapi dah besan ku ialah one of the bod di sana jadi segala persiapan makanan tu mestilah first class kan. 

 teh yg rajin snap pic kami anak beranak. di lobi primula hotel sementara menunggu encik suami mengambil kereta. masa ni raisha dalam keadaan demam yang kejap panas kejap sederhana panas. kalau dia panas tu memang buat hati risau je

 mak ayah tumpang bergambar dengan anakanda pasangan pengantin. well, umi mencipta sejarah tersendiri ni hehehe sebab dalam umur 38 tahun dah jadi mak mertua gitu. umi ada baby dan menantu tu cayalah kan. hidup kita ni memang tak boleh jangka kan....alhamdulillah atas kurniaan yang maha esa untuk segala yang diberikan. 

tu dress recycle sebab suami ku kata tak payah membazir duit nak beli baju baru hahaha kedekut betul suami ku ini. rasa cam rimas lak ada sayap kat baju tu emmm nantilah kalau free nak hantar pergi buang. walaupun sayang dengan dress hajaba tu tapi bila ada baby ni payah la nak berjalan dengan sayap bagai tu kan

anakanda kami, johan bersama pengarang jantungnya, sabrina

Rabu, 20 Jun 2012

our little princess-tak kebal rupanya

alahai tak kebal rupa2nya jadi anak polis eh raisha. budak2 kat rumah mama nani tak tau ye raisha anak polis sampaikan dia orang cekau sayang umi ni. kesiannya sayang....tak pe, lain kali sape buat raisha kita mengadu dekat ayah ye atau nanti umi babab kakak dan abang yang buat raisha tu.

petang semalam masa ambik raisha, baby sitter bagi tau yang dia terlepas pandang sebab masa tu dia tengah basuh berak (alahai umi tak jumpa word yang lembut lagi ni....sori eh) baby sorang lagi. sedar2 dia kata dah dengar raisha meraung sebab ada girl umur 2 tahun tu duk cekau ke buat apa kat raisha dan hasilnya itulah merah dah pipinya. emmm nak marah pun tak boleh sebab budak lagi kan adoiiiiiiiii sampai ke malam raisha duk merengek je. 

tengok tu pipi sebelah kiri dah merah. lepas bagi raisha makan umi sapukan minyak gamat. kesian ye kulit halus mulus dah berbekas bagai 

sakit kan sayang...tak pe nanti umi babab kakak tu eh

Selasa, 19 Jun 2012

our little princess-sleeping beauty

olololo menyampah eh dengan tajuk kat atas tu...ala relax la. sape lagi nak puji anak sendiri kalau bukan maknya yang melahirkan membesarkan anak2nya kannnnnnnnnnn. whatever lah, yang penting umi tengah berbahagia dengan kehidupan ni bersama famili dan permata hati terbaru nur raisha.


cantiknya baby umi time tidur ni eh...rasa cam nak gigittttttttttttttttttttttttt je. serius, kalau raisha tidur ni rasa nak buat macam2 kat dia....gigit, cubit pipi, cium mulut, tarik hidung eeeeeeeee geram je. tu dia tahan berselimut sebab ada air cond emmm kalau tutup air cond guna kipas biasa mesti habis dia sepak terajang selimut tu....raisha...raisha....

Isnin, 18 Jun 2012

persiapan menyambut menantu-3

namanya nak sambut menantu kannnnnnnn tapiiiiiiiiiiiii tapiiiiiiiiiiiiiii bakal mak mertua ni yang pulak lebih2 hehehe. actually kan lepas umi habis pantang dulu dah buat massage facial bagai kan. tapi sabtu baru ni elin balik so dia ajak umi pergi facial dan emmm dalam risau tak tau sape nak jaga si kecik raisha tu... tak sangka lak dia bagi kebenaran dan sukarela nak jaga raisha. tengkiu hubby.

ni kiranya bakal mak mertua dan adik ipar sabrina nak outstanding le weekend ni kan hahaha tak tahan betul lah. tak kisahlah badan dah berisi ke apa yang penting kulit muka halus mulus gitu (oooppppss jangan kutuk wokeh)

saje nak share dengan korang ni. walaupun hari tu tak de sape nak capture pic umi dan elin tapi nak story gak kat korang yang layanan orang2 herbaline memang first class lah. turun dari kereta je ada orang ambik dengan berpayung, bukakan pintu, gosok kaki walla cam princess tau (berangan jap). sebab tu umi tak rugi dapatkan treatment kat situ....kalau tak pergi rasa rindu je dengan ambiance and layanan mereka. harga? apalah sangat kalau ianya berbaloi dengan segala yang diberikan.

pic ehsan encik google.
inilah bangunan herbaline spa, kubang buaya, kuantan

pic ehsan encik google gak.
umi kalau dah lama tak pergi facial kat herbaline mesti miss air serai ni. actually yang dihidang kat herbaline ialah air suam fuhhh masuk ke tekak best betul. kalau tak malu tu rasa nak mintak je 2 3 gelas lagi hahaha tak cukup segelas wokeh


elin....jom melaram kat primula hotel weekend ni eh. ooo lupa adik ku teh akan turut serta untuk menjaga anak saudaranya iaitu siapa lagi kalau bukan raisha hehehe. mak teh pun nak kena melaram gak tu kannnnn

Sabtu, 16 Jun 2012

persiapan menyambut menantu-2

semalam terima call dari kakak ipar sulung yang duduk kat muar, johor tu. hehehe actually dia nak call adik dia tapi biasalah suami ku itu kalau kat ofis dia miting bagai payah nak jawab phone.

kak long saadiah tu nak confirmkan berapa biji telur yang nak dibuat telur pindang sebab dia nak masak kat muar dulu lepas tu barulah dibawak ke kuantan untuk majlis kat sini. tradisional betul suami ku kan.... sebabnya dialah yang mintak nak bagi telur pindang sebagai cenderahati.

tanya pakcik google gambar telur pindang ni


ha pic kat atas tu lah tunjukkan cara nak memasak telur pindang, yang direbus bersama daun2 khasnya. eh korang jangan risau ye sebab telur pindang ni walau dimasak 3 4 hari awal tapi dia tak akan busuk macam telur rebus biasa tu. kalau tak silap ianya boleh tahan seminggu gitulah.

hah bersiap sedialah kaum kerabat ku untuk mengisi telur ke dalam bekasnya nanti ye... jom berkumpul di rumah ku nanti.....

Selasa, 12 Jun 2012

our little princess-lambatnya nak tumbuh rambut


serius....lambat betul nak tumbuh rambut si kecik ni. dari bulan bila or masa tu umur dia 2 bulan lebih kut pergi cukur sampai le sekarang itu je lah rambut dia sempat tumbuh. emmm ambik masa gak eh.

yang pasti sebab dicukur rambutnya ni lah umi penat nak menjawab soalan orang iaitu baby boy ke. aloooo cik / puan / encik.... i ni dah dress up abis baby ku dengan pink kaler okeh. tak nampak ke or buat2 tak nampak grrrrr.

cepat la tumbuh rambut ye sayang....kita simpan panjang then umi ikat poney ke apa. tak sabarnya nak tunggu untuk mendandan si kecik ni hehehe

Isnin, 11 Jun 2012

our little princess-semua nak masuk mulut

bila ada anak kecik ni kamera or handphone mesti selalu standby dekat dengan kita kan. sebab apa...sebabnya bila dah jadi mak ayah ni especially bila ada anak kecik kita mesti tak nak terlepas nak capture moment terindah yang anak kita buat kan.

 sukaaaaaaaaaaaaaaa sangat nak masuk mulut ye. rasa apa eh kalau semua masuk mulut tu. tali beg botol susu pun nak masuk mulut ye raisha.

 hehehe i like your smile sayang. raisha ni sejak boleh diberi makan, berat dia dah bertambah tapi kalau tengok kat pic ni macam tak de perubahan kan badan dia. berat tau si kecik ni. letaklah berapa sudu bubur pun mesti dia akan habiskan...nganga je mulut nak makan

masa ni capture tangan dia tengah bergerak. tengok tu...dengan tali duk dalam mulut, dengan tangan tak duduk diam aduhaiiiiiii raisha raisha

persiapan menyambut menantu-1


tu barang2 yang dibeli untuk menyambut menantu sikit masa lagi. bantal akemi untuk pengantin baru. bantal2 hitam tu pulak untuk umi dan suami pengantin lama hahaha. actually bantal anak2 kami dah buang so bantal mak ayah ni pas kat anak2 le kan. beli tuala untuk tetamu (menambah koleksi tuala yang sedia ada tu), selimut bagai etcetc.

kami suami isteri ni ya ampun macam kelam kabut semacam je....ye lah ni masing2 pertama kali nak sambut menantu kan. suami ku dah mengadu dia asyik sakit kepala fikir itu ini...ala kesiannya suami ku. umi lak berdebar nak sambut ipar duai biras yang nak datang nanti hehehe maklum le mertua dah tak de jadinya ipar duai tu seakan2 bayang mertua jugak la kan.

nak bershopping keluar masuk kereta shopping complex bagai dengan kepanasan tu so umi tinggalkan si kecik raisha dengan makciknya, nana. tengs sebab sudi menjaga anak sedara ye nana. baliknya raisha kelaparan sebab umi lupa bekalkan bubur....sori sayang...lapar eh.

weekend ni cleaner akan datang bersihkan rumah. tak larat woo kudrat kami suami isteri nak buat semua kerja. mana yang boleh diupah tu ha upah je daripada lepas tu duk kompelin sakit pinggang la apa la.

Sabtu, 9 Jun 2012

ASST gathering

alamak jelesnya kat dia orang. rupa2nya ada asst group buat gathering akhir bulan 5 baru ni. tapi dia orang tu sure buat hebahan kat fb kan sedangkan umi fb pun dah deactivate. baca kat blog penulisnya melur jelita je lah huhuhu.


kalau tak disebabkan komitmen bagai ni rasanya umi dah join grup dia orang tu kan lalalalala. well andai salah seorang daripada group mereka tu terbaca entry umi ni harap2 boleh la jemput umi lak eh hehehe tak malu betul lah.

Khamis, 7 Jun 2012

terkejut ke

lalalalalala

situasi 1 - kak illa, kad yang akak pos tu sampai, terima kasih ye. tapi ayah saya terperanjat sebab dapat surat dari ibu pejabat polis kontinjen pahang. dia ingat saya ada buat kesalahan ke apa


situasi 2 - aku dah terima kad ko, terkejut tengok cop polis, ingat saman ke 




hahahaha itu yang diberitahu secara terus kat umi. yang tak bagi tau tu tak tahulah kan. cam gitulah ayat lebih kurang yang sampai ke pengetahuan umi. actually bukan umi nak buat gempak ke apa, tapi encik suami tu yang sibuk suruh stamp kat envelope (bukan cop ye hehehe oh my english, astro).

so gitulah jadinya...abis saspens orang yang terima kad jemputan tu. okeh, kepada sesapa yang dah dapat kad jemputan tu harap dapatlah melapangkan diri hadir ke kenduri menyambut menantu kami ye.

*** bestkan...kawin lambat daripada orang, tapi dapat menantu awal daripada orang. kawan2 yang sewaktu dengannya masih mengawasi tingkah anak2 remaja dorang tapi umi bakal menerima menantu tu....rezeki kan. teringat cakap encik suami katanya biarlah sabrina tu kosong perut lama sikit baru dapat baby....nanti kang orang confuse mana cucu mana anak hehehe...hai raisha my little auntie....gitu eh



LinkWithin

Related Posts with Thumbnails