Pengikut

Rabu, 22 Februari 2012

lelong...lelong...

pesan si suami:-
1. jangan beli baby's stuff banyak2
2. beli yang murah sudah

alasannya mudah:-
>>> baby akan cepat membesar dan tidak akan memerlukan segala keperluannya sepanjang masa

ok...umi turutkan juga kata2 suami tu (kata nak jadi isteri mithali kan hahaha konon). walaupun masa bershopping barangan baby tu macam nak angkut semua sekali tapi sabar je. dengan raisha yang dah berumur 3 bulan sekarang maka banyaklah baju2nya, stoking, sarung tangan yang sudah tidak boleh dipakai. semua tu masuk beg dulu. karang kalau ada sesiapa yang memerlukan boleh la dipanjangkan sebagai sedekah jariah kan.

gambar kat atas tu nak masuk beg dah sebab raisha dah membesar. sekarang kena beli lagi ikut umur ke depan sikit la kan. ada baju yang untuk umur 3-6 bulan pun dah ketat di badan raisha aduhaiiiiiiiiiii

Jumaat, 17 Februari 2012

our little princess-siapa buat shasha

keadaan my baby bila diambil dari baby sitternya.
opppsss abaikan je lah towel buruk kat bawah raisha tu.
umi memang purposely cari towel buruk untuk dijadikan
alas carrier ni, takut raisha sakit belakang lak kan.
alas dia tu siap ada bantal kecik dia lagi tau



ada ayah polis jadinya saban petang bila balik itu je lah pertanyaannya hehehe. shasha ni lak (panggilan manja ayah pada raisha ku) macam tau2 je ayah tu polis jadi mengadulah dia macam2. hahaha apa yang shasha bagitau ayah tu....bukan ayah faham pun kan. lepas dia cakap bahasa baby dia tu kang dia ketawa senyum lak.

seronok betul umi tengok keadaan tu. kata suami ku dia nak tengok keadaan raisha kut dia ada ternampak apa2 kat rumah tu....maklumlah kita orang kan duduk rumah baru yang dulunya kawasan tu hutan belukar....seram gak kadang2 tu kan. tapi alhamdulillah setakat ini tak de kejadian aneh berlaku lagi.


*** sayu tengok mata raisha masa ni...mesti dia sedih kenapa hantar dia kat rumah orang kan. tak pe sayang....bila besar nanti umi explain ye

Sabtu, 11 Februari 2012

our little princess-menyulam jemari

my little princess dah pandai menyulam jari jemarinya. bila dia diam2 tu ha try check tengok mesti dia duk main jari2 then masukkan sebelah ke lima2 jari ke dalam mulut. lepas tu segala air susu adik beradik dia semua keluar balik aduhaiiiiiiiiii sayang ni.

alahai kiut miutnya anak umi yang dah botak ni kan. nanti tumbuh rambut cepat ok sayang

no no no....jgn jelir2 kat orang...dosye tau


siap berkerut mata tu hahaha


ha sikit lagi jari tu nak masuk mata. kang dah sendiri tercucuk
kang meraung tak ingat dunia hehehe


amboi syoknya ye
(alamak nampak lak baju kurung umi kat atas katil ni he3)


berisi dah jari2 anak umi ni kan

Khamis, 9 Februari 2012

pro n cons bersalin

ok sekarang jom umi kongsikan pro n cons bersalin ni.

1. bersalin normal : sakit sangat waktu nak push
: ada suami tak suka cara ni (he3 pergi tanya suami masing2 sebab apa ye)
TAPI : cepat sembuh. bak kata nurse orang bersalin normal ni dah boleh berlari pun


2. bersalin cara pembedahan / caeserian : kena bius, kurang la sakitnya kan
: tempat 'tu' terjaga (katanya....)
TAPI : luka dalaman ni ambil masa nak sembuh ye
: tak boleh sebarangan nak bertungku ke, berurut ke apa
: tak boleh nak bekerja keras lagi
>>>macam umi sekarang ni lah, walau dah berapa bulan terasa lagi sakitnya. duduk lama atas kerusi karang kejang la bahagian pinggang ke bawah ni. ubat2 tradisional sepatutnya diminum berterusan tapi umi ni asyik mengelat je. bila habis 3 botol hehehe berhenti dah. perut lak tok sah cakaplah memang menggeleber habis (malunya...)


kena kerja keras untuk mendapatkan bentuk macam dulu. jadi kepada bakal2 ibu, silalah pilih yang mana satu cara untuk bersalin. umi dulu pun kalau boleh nak bersalin cara normal tapi dah tak de pilihan, seharian jalan tak bukak dan najis baby pun dah keluar emmm nak tak nak memang kena operate jugak la.

sarapan-nasi lemak ikan


yummyyyyyy.....inilah sarapan umi untuk pagi ini. kalau korang nak tau benda alah itu ialah nasik lemak ikan. hah tak pernah makan. meh datang ke pantai timur ni, banyak orang menjual nasik lemak ikan. kat tempat lain tak de tau sebab ini adalah menu di sebelah pantai timur je.

nasik lemak cam biasa cuma ditambah dengan ikan tongkol atau ikan aya yang dibuat masak merah/berlada, harga kat atas tu ialah rm4.50. sedap sangat sehingga menjilat jari tau hehehe

Rabu, 8 Februari 2012

our little princess-yang baik

....siapa yang baik hati cinderella, pasti disayang ibu...

alah gitulah tetiba terlintas lak lagu pasal orang baik. ye lah sebab anak umi si raisha tu dah jadi baby yang paling baik dalam dunia sekarang ni. nak tau sebab apa. sebabnya waktu tidur dia dah tetap dan tidak bangun mintak susu di pagi hari. kalau dia mula tidur seawal pukul 10 mlm lebih kurang, jadinya dia akan bangun pukul 6 pagi keesokan harinya iaitu masa kakak, abang dan ayahnya nak ke sekolah atau ke tempat kerja.

perasaan umi....mestilah seronok dan bersyukur sangat. sebabnya dapatlah umi berehat secukupnya, tidur lena kannnnnnnn. umi ingat lagi masa mula2 raisha lahir seawal bulan pertama tu aduhai kerap betul dia berjaga. nak tidur pun susah. raisha akan melalak, meragam, bermain sampailah ke pukul 3 dinihari tau. masa tu waktu tidur umi hanyalah 3 4 jam sahaja dan mata memang tok sah cakap la memang dah jadi adik beradik beruang panda hahahaha. masa tu jugak angin satu badan ni hehehe umi kan manusia biasa.... kesabaran tu ada waktunya terbabas gak. nasib ada ma yang menyabarkan umi. menyesal gak bila dikenang kembali apa salah raisha waktu itu, kalau dia dapat bercakap ha habis la umi. maafkan umi sayang.... umi tak pukul pun raisha tapi sikap sambil lewa tu je lah (angin tak cukup tidur tu la nya)

ooooo umi merungut ek....nanti bila raisha besar ni mesti dia baca coretan ni (hidup lagi ke tidak umi masa tu nanti kan) entah apa2 lah raisha cakap kat umi kan. umi tak merungut pun sayang, cuma umi suka mencoretkan setiap perjalanan kelahiran sayang sebagai kenangan hidup umi.

waktu umi mencoretkan entri ni pun raisha (ayah panggil sayang ialah shasha tau) dah tidur dengan lenanya di baby court. kak nina dan abang awin pun dah tidur.

tiba2 perasaan sayu menjelma bila mengenangkan terbatasnya waktu umi bersama si kecil raisha. hari bekerja sekejap je dengan dia, sabtu ahad je lah dapat menjaga sepenuhnya. walau apapun umi nak raisha tau yang umi sayang sangat kat raisha (selain daripada suami, anak2 dan ahli keluarga yang lain).

Selasa, 7 Februari 2012

tautan kasih

moment yang terindah hadir dalam hidup umi untuk ke sekian2 kalinya. selama ni duk pegang dan belai jari jemari kecil anak2 saudara je tapi kali ini dapat menyulam jari2 kecil anak sendiri. syukur padamu ya allah. kepada yang belum menjadi seorang ibu tu cuba2lah berikhtiar supaya korang dapat merasai apa yang umi rasa.

serius...hampir menitik air mata ini bila bertaut jari jemari umi dan baby yang menzahirkan seribu rasa. itu belum masuk lagi bab ciuman wajib ke atasnya.

oleh kerana umi bekerja jadi baby umi ni terpaksa di hantar ke baby sitter. sedih kerana tidak dapat menjaganya sepenuh masa. suami ada memberi keizinan untuk berhenti kerja tetapi terasa sayang pulak hendak berhenti kerana umi dah bekerja dari zaman solo sampailah sekarang kan. hari bekerja umi hanya dapat menjaga raisha sekejap je lah dan waktu yang ada seakan2 dituntut sepenuhnya oleh baby ku....macam balas dendam ye sayang.

selain daripada anak2 yang lain, umi menikmati waktu berkualiti dengan mereka. abg dan kakak raisha tu kekadang menguji jugak kesabaran umi yang tak seberapa ni. setakat ini tiadalah pukul memukul ke apa cuma meninggi suara tu adalah. emmm adatlah kan kalau nak mengajar anak dengan berbagai cara. si kecil ini lebih menuntut perhatian untuk proses pembesaran yang sesuai dengan usianya.




Isnin, 6 Februari 2012

our little princess-cukur jambul

owh tajuk cacamarba kejap bahasa inggeris kejap bahasa melayu ek....hehehehe suka hati umi lah nak rojakkan dia. tetiba jadi bersemangat nak menulis semula sebab ada orang suka baca umi merepek meraban dekat blog ni kwang3.

alhamdulillah majlis cukur jambul raisha dah selamat berlangsung pada hari sabtu baru ni 4/2/2012 yang kebetulan jatuh pada birthday nina. tapi sambutan birthday nina dibuat keesokan harinya sebab umi dan ayah keletihan yang teramat sangat.

jemputan ramai yang tidak dapat hadir kerana kekangan tugas dan cuti pulak tapi majlis tetap meriah dengan kehadiran famili tercinta, cuma johan dan elin je tak de. kalau korang nak tahu inilah majlis cukur jambul pertama dalam keluarga umi sebab adik2 beradik umi yang lain tak pernah pun buat benda gini....alah bukan wajib pun kan. sememangnya pengalaman sebagai ibu memang menyeronokkan dengan setiap peringkat ada je yang perlu dibuat. daripada masa sakit bersalinnya, sunatkannya, dapatkan suntikan imunisasi setiap bulan dan macam2 lagi yang menambah warna umi.


nur raisha dipangkuan ayah untuk dicukur jambul oleh pihak lelaki pulak. sebelum itu umi dah membawa raisha kepada tetamu perempuan yang lain


raisha ku berposing sebelum dicukur jambulnya hehehe puting tak tinggal tu


taraaaaaaaaaaaaaaa....inilah wajah raisha sekarang


*** lepas ni kami akan membuat persediaan untuk menyambut menantu pulak fuhhhh kerja keras lagi

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails