Pengikut

Sabtu, 24 Disember 2011

our little princess-a month

lena ye raisha tidur bila kena bedung

hai...saya raisha


alhamdulillah 1000x.....tiada ucapan yang lebih baik daripada itu atas segala kurniaanNYA kepada ku. semalam bertarikh 23/12/2011 maka genaplah sebulan usia 'pemimpin' kecil ku.

dengan usia sebulan itu segala sakit kuningnya dah hilang dan umi boleh menyarungkan baju berwarna kuning di badannya. emmm orang tua2 cakap jangan dekatkan segala apa benda yang berwarna kuning pada bayi takut melarat demam kuning. wallahhualam tapi apa yang baik tu kita ikut jelah kan.

hampir sebulan jugaklah ma menemani kami. menyediakan segala kelengkapan ku yang dalam pantang ni, memandikan raisha ataupun digelar shasha oleh suami ku. walaupun umi ni dah matang tapi bila menjadi ibu ni banyak yang umi kekok....terutamanya bila nak memandikannya, ye lah kecik lagi dan umi pun masa tu masih lemah berpantang bagai kan. lepas tu ditambah dengan ragamnya yang berjaga malam adoi pening kepala dan hangin gak. tapi bila umur dia genap sebulan semalam rasa macam bermimpi pun ada sebabnya raisha boleh tidur lena tanpa bangun untuk menyusu atau menukar lampin. hah umi boleh tidur lena kan.

bila umi dah kuat sikit dan ma rasa umi dah boleh menjaga raisha maka ma dah balik ke jerantut. walaupun kekok lagi nak memandikan raisha tapi umi terpaksa mencuba. dengan sebulan umurnya emmm berat badan raisha pun dah bertambah, kuat minum susu tambah lagi dengan susu formulanya.

umi lak masa terasa kesakitan kesan pembedahan tu. masih lagi mengamalkan minuman jeli gamat (yang best tu sengaja cari yang ada campur kolagen he3). makan tak de pilihan asyik nasi roti je

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails