Pengikut

Khamis, 29 Disember 2011

our little princess-a visit to clinic

hai auntie uncle semua....
saya suka hisap puting sebabnya ini je cara untuk bagi
saya diam, kalau tak saya akan melalak je he3


my baby dah 1 month old, so i've to bring her to nearest clinic for check up. semalam pergi ke klinik desa kat area rumah ni then dia kena cucuk hepatitis b lak. umi cam biasalah memang tak boleh tengok jarum jadi umi tutup mata sampaikan nurse tu kata 'maknya pegang la kaki baby tu kuat sikit'...hehehe sori takut le.

kan last time my baby admitted kat gh sebab jaundice kan. sooooooooooo bila tengok appointment card tu datenya hari ni kena jumpa paedatrik. kelam kabut umi bersiap bagai dengan nina n adik bongsu ku farah. dah la payah parking kat gh, masuk lak kat paed rupanya date tu ialah 29/2/12. adus malu betul silap date. tapi umi dah counter check dengan hubby pasal date ni then dia pun nampak macam 29/12. emmm kalender tahun depan tak de lagi kan manalah kita tau bulan 2 tu ada 29 hari lak kan.

ok bila salah date tu umi bawak nur raisha ke klinik al farabi untuk bersunat. well, mata dilarang untuk tengok jarum hahaha. sian baby umi eh

kesian pulak tengok raisha ke hulu ke hilir tapi nak buat macam mana memang tak boleh tinggal dia kan. lepas tu pergi pulak ke lppkn kononnya untuk merancang. tanya la pro n cons pakai segala jenis benda2 tu kan. finally umi nak guna implan dengan kos rm330 untuk tempoh 3 tahun. hehehe gila apa nak merancang bagai ni tapi ye lah kena apa sebabnya umi plan hari tu kan dapat seorang anak alhamdulillah sempurna sifat segalanya yang allah bagi so cukuplah. serik nak bersalin lagi. tapi tak boleh buat tadi sebabnya kena bawa suami bersama (pulak dah) and next appointment is on early january.

lepas tu umi kena sembur sebijik dari pekerja lppkn tu sebab dia terperanjat umi dah drive sendiri. alah ok apa sebab guna kereta gear auto so tekan je lah kaki kan. tak de halnya lah. lagipun dengan operate n jeli gamat sentiasa umi makan. dah suami umi sibuk jadi kalau tunggu dia tak ke manalah kan. insya allah umi sentiasa jaga badan ni

Sabtu, 24 Disember 2011

our little princess-a month

lena ye raisha tidur bila kena bedung

hai...saya raisha


alhamdulillah 1000x.....tiada ucapan yang lebih baik daripada itu atas segala kurniaanNYA kepada ku. semalam bertarikh 23/12/2011 maka genaplah sebulan usia 'pemimpin' kecil ku.

dengan usia sebulan itu segala sakit kuningnya dah hilang dan umi boleh menyarungkan baju berwarna kuning di badannya. emmm orang tua2 cakap jangan dekatkan segala apa benda yang berwarna kuning pada bayi takut melarat demam kuning. wallahhualam tapi apa yang baik tu kita ikut jelah kan.

hampir sebulan jugaklah ma menemani kami. menyediakan segala kelengkapan ku yang dalam pantang ni, memandikan raisha ataupun digelar shasha oleh suami ku. walaupun umi ni dah matang tapi bila menjadi ibu ni banyak yang umi kekok....terutamanya bila nak memandikannya, ye lah kecik lagi dan umi pun masa tu masih lemah berpantang bagai kan. lepas tu ditambah dengan ragamnya yang berjaga malam adoi pening kepala dan hangin gak. tapi bila umur dia genap sebulan semalam rasa macam bermimpi pun ada sebabnya raisha boleh tidur lena tanpa bangun untuk menyusu atau menukar lampin. hah umi boleh tidur lena kan.

bila umi dah kuat sikit dan ma rasa umi dah boleh menjaga raisha maka ma dah balik ke jerantut. walaupun kekok lagi nak memandikan raisha tapi umi terpaksa mencuba. dengan sebulan umurnya emmm berat badan raisha pun dah bertambah, kuat minum susu tambah lagi dengan susu formulanya.

umi lak masa terasa kesakitan kesan pembedahan tu. masih lagi mengamalkan minuman jeli gamat (yang best tu sengaja cari yang ada campur kolagen he3). makan tak de pilihan asyik nasi roti je

Khamis, 8 Disember 2011

routine changed!!!!

since day 1 until now my routine has changed. or in another word sleeping timeeeeeeeeeeeeeee. tidur dah tak menentu waktu. berjaga sampai pukul 5am dah jadi perkara biasa. walau sesekali pening kepala jadinya.

time tidur umi ialah bila 'pemimpin' kecil ku tidur itulah waktu tidur ku. dapat tidur dan merehatkan badan oh nikmat betul. kalau 'pemimpin' ku tidur lena maka cukuplah rehat ku untuk certain time. tapi kalau dia buat tidur sekejap2 terutamanya waktu malam alahai hangin gak. nasib baik ada ma yang menyabarkan umi. hahaha apalah gaya umi ni ek

our little princess-day 11

our little princess admitted again....ni semua gara2 jaundice yang still bermaharajalela di tubuh kecil anakku.

pada 4/12 yang lepas kami membawa nur raisha untuk mendapatkan rawatan di poliklinik beserah seawal jam 7.45pagi. kesian tengok suami ku yang tak cukup tidur, ye lah kebiasaannya umi dan dia kalau hari minggu memang terlajak tidurnya hahaha. setelah diambil darah kadar bacaan jaundice ialah 278....hah tinggi kan. jadi doktor di sana proposed to go to gh (again?)

umi discussed with hubby. rasa penat la masuk gh dengan crowdednya segala jadi finally kami setuju nak stay kat pusat rawatan keluarga al farabi. bila anak sakit emmm keselesaan adalah segalanya dengan special treatment etc.

alhamdulillah selepas berkampung 4 hari di sana dengan last bacaan ialah 168 maka kami dibenarkan balik. harapnya jaundice anakku akan berkurangan terus

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails