Pengikut

Khamis, 3 November 2011

36 minggu dah

ulala....
sekarang kandungan ku dah menjengah 36 minggu. kata puan misi dan doktor sekarang ialah masa kritikal. kalau salah langkah aku boleh terbersalin bila2 masa je.

emmm cepat betul berat baby ku naik ek. dekat wad ahad baru ni doktor timbang +- baru 2.6kg. hari ni pulak dah naik jadi 2.9kg. berat aku pun dah sememangnya makinnnnnnnnnnn berat hehehe 77.5kg gitu.

tendangan baby ku tak payah ceritalah dah semakin rancak jadinya. agaknya baby ku pun tak sabar nak menjengah dunia kan. kepenatan hah tok sah ceritalah....memang lagi penat dan pergerakan jadi makin perlahan. aku tak sabar nak tunggu 14/11 ni sebab nak bercuti panjang.

di pejabat baru ni dah 2 kali aku terjatuh....nasib baik kandungan aku tiada apa2. sakit sangat ni. hari tu tergelincir masa 'soft launching' dan hari ni pulak entah cuai macam mana lutut aku dah cium tanah masa nak keluar daripada kereta.

ok tak sabar nak balik rumah jumpa dengan suami ku sebab dia kata kunci rumah untuk mess pegawai dah dapat dan nak bincang pasal nak masuk rumah bila2 masa ni.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails