Pengikut

Rabu, 30 November 2011

our little princess-day 5

sakitkan sayang.....kesian anak umi

ya allah anak ku sekecil ini dipaksa berpuasa semalaman (sempat menyusukan dia sekejap je). tidur hanya dengan diapers

tubuh kecil yang dimasuki drip dan air melalui kaki


siapa tak terharu melihat gambar2 di atas memang hati dia kering betul. tubuh kecil yang baru berusia 5 hari dimasukkan air segalanya....katanya untuk mengurangkan kadar jaundice yang berada di dalam badan anak ku.

naluri seorang ibu? tidak usah ditanya kerana aku sudah puas menangis melihat keadaan anak ku. teresak2 ke apa semua umi dah buat. luluh hati seorang ibu. mengadu pada suami sudah, mengadu pada bonda pun sudah. selama 5 hari apatah lagi mengendongnya ke hulu ke hilir selama 9 bulan tak pernah berpisah tapi gara2 jaundice umi berpisah tidur dari si kecil ini. hanya bantal peluknya menjadi peneman tidur di wad. walau selang beberapa langkah tapi apalah daya umi yang baru menjalani pembedahan nak berjalan secergas orang lain jadinya pergerakan lambat bila tiba masa untuk menyusukannya.

setiap hari umi berdoa semoga kadar jaundice anak ku turun dan dapat balik ke rumah. syukur dengan berkat doa daripada semua orang maka hari ini 30/11/2011 kami dibenarkan keluar daripada hospital.

Ahad, 27 November 2011

our little princess-part 1

nur raisha bt mohd haris
(cahaya pemimpin / raja)

was born on 24.11.2011

at hospital tengku ampuan afzan kuantan

actual weight 3.55kg (not as mentioned to others 3.4kg)

she n others (plus hubby)....
completes my life

thank you allah for such a wonderful gift

pertarungan bermula-part 2

jom ke bilik bedah!!!!!!!!!!!!!!!!!!

elleh eksen bunyi macam tak takut je ek....maklum le dah lepas seksaan kan.
takutlah...sape cakap tak takut. masa disorong atas troli tu umi still dapat rasa contraction yang datang 5 minit sekali. eh lupa lak nak cerita. semua misi tanya puan ada minum air selusuh ke. umi pun cakap ye je lah. rupa2nya dorang tak bagi minum sebab lagi sakit katanya. well manalah umi tau kan....katanya 1st time hahaha.

masuk bilik bedah doc check pinggang. masa contraction datang dorang tak boleh buat apa so kena tunggu waktu umi tenang baru boleh cucuk ubat bius. tapi ngeri lah sebabnya jarum dorang tu keluar masuk je tulang belakang ni. umi yang sememangnya tak boleh terperanjat ha asyik tersentak je lah badan kwang3.

rehat jap suruh ubat bius tu jalan then start le kerja2 surgeon macam menyiang ikan. actually umi boleh sangat nak tengok dari lampu kat atas kepala tu tapi fikir mesti lagi ngeri so diamkan je lah. diam tak diam pun bila sesekali terasa pisau tu menusuk ke perut ni hah kalut gak surgeon. sori....umi mana boleh terperanjat. walaupun kena bius tapi umi memang dapat rasa tusukan pisau tu. masa surgeon kata nak keluarkan baby pun umi dapat rasa segalanya.

ya allah akhirnya baby girl ku dah selamat dilahirkan ke dunia melalui caesarian. tak kisahlah dengan cara apa sekali pun, lepas ni umi lambat slim ke apa tapi bila tengok muka mulus si kecil ni tenang dunia.....hilang semua kengerian sebelum ni.

sebelum keluar dari bilik bedah, umi dibawa ke satu bilik dan misi sempat menerangkan kebaikan susu ibu dan mengajar cara2 breast feed sambil baby diletakkan di atas ku. there's a lot of benefit for baby n mum ya hehehe

terima kasih ya allah atas kurniaan mu.

pertarungan bermula

hah jom umi bercerita pulak pertarungan saat2 nak melahirkan my baby girl ni.

actually umi dah start keluar tanda2 macam nak bersalin pada pagi 23/11/2011 atau actual time is about 2.30 am in the morning. time ni punyalah sedap tidurkan. tapiiiiiiiiiiii terasa nak ke toilet dan jeng3.....tengok ada darah warna pink dah menyusup keluar sampai ke kaki. umi apa lagi kecut perut bila melihatnya kan. terus kejut hubby suruh bawak pergi gh. dah sampai kat low risk gh alahai kena ikut prosedur lak....menunggu lagi. doktor pelatih dah tengok umi then tunggu lagi doktor besar lak. ni kerja tunggu punya tunggu dah sampai pukul 6 am lebih baru dilepaskan dan disuruh balik rumah dulu (???). ok balik dululah ek.

emmm ingatkan bila balik rumah boleh le qada' tidur n hubby pergi kerja tapi rupa2nya sakit pinggang lak. apa punya bendullah umi ni kan....rupa2nya sakit pinggang yang dialami tu ialah contraction. so umi pun call lah adik2 tanya pendapat apesal jadi cam ni n they advised me to go to private hospital. masa ni dari paras pinggang ke kaki dah kebas semacam. doc dekat private hospital pun siap buat ecg n jalan dah bukak 3cm. hubby dengan baju uniformnya datang dari tempat miting dan mintak advise nak bersalin kat private clinic tapi since dia kata ada gl etc etc so kita ikut je lah mana yang terbaik kan.

dari pukul 1pm tu bergerak lak ke gh sekali lagi ke low risk. umi paling benci menunggu tapi dah nak buat macam mana kan tunggu lagi lah. bila doc kat gh dah check sekali lagi tengok jalan pun memang dah bukak 3cm so dorang suruh masuk wad. sementara tu siap umi minum air selusuh yang ma bawak.

wad mengikut kelayakan suami ku dah penuh jadi masuk dululah wad yang kosong. contraction datang every 10 minutes. malam paling scary sebabnya umi memang dah sakit sangat2. langsung tak boleh tidur. memang hazab n sori sebab tak sempat nak mintak maaf kat orang lain yang tak boleh tidur sebab umi menjerit sakan tu. kerja umi tekan loceng je lah panggil misi. bila dah tak tahan sangat tu sempat lagi umi tanya doc ada tak ubat tahan sakit. bila dah ditanya barulah mereka cucuk peraldhine (gitu kut ejaannya) jadi bolehlah lelapkan mata sekejap.

tapi bila kesan peraldhine habis oi sekali lagi umi meraung apa. misi datang tenangkan lagi. umi sempat cakap (ingat lak tu) kalau ginilah gaya sakit nak bersalin ha tobat dah sorang je anak....takut dah nak bersalin lepas ni hehehe n macam2 lagilah yang umi merepek. orang lain dengar mesti gelak kut.

tiba2 umi rasa ada benda meletup then misi panggil doc tengok. jalan still bukak 3cm n katanya air ketuban dah pecah. doc check lagi then tengok2 najis baby dah keluar. alahai takutnya. masa ni umi dengar misi kata mak puan ada dekat luar.....hah lagilah kuat umi menjerit hehehe. umi cakap buatlah apa je operate ke apa ke sebab tak tahan sakit sangat ni. doc kata ok n dalam umi duk menjerit sakan tu doc boleh lagi terangkan prosedur itu ini. ok tanpa bertanya suami yang ke tempat kerja, umi dah sign borang untuk operation.

>>>> to be continued

Jumaat, 18 November 2011

she will be out anytime from now

You are 38 Weeks Pregnant!


WHAT'S HAPPENING WITH YOU

Your baby is truly "full term" and could really arrive at any time!


Around this time, you may "lose" your mucus plug. It can look like thick, slippery brown discharge or an actual "plug." Some women never experience this. For others, it may occur just before labor, or any time in the last month of pregnancy.


Remember to keep track of your little one's movements and call your practitioner if you notice any drop in frequency or change in the pattern.


WHAT'S HAPPENING WITH YOUR BABY
During the next two weeks your baby will gain weight, as fat is stored to help maintain body temperature and glucose levels. Your baby might still have vernix (that creamy coating that protects the skin), but it is mostly confined to skin creases and folds and the back and neck. Your baby has a firm grasp reflex now. If a light is shown on your belly, your baby will now turn towards it. This is called the "orienting response."

Your baby may weigh six to six and one half pounds at this point or he or she may weigh eight pounds or more! At around 18 1/2 inches long, he or she would look very well developed if born today. Your baby would not need any special care at this point.

The "lanugo" or fine downy hair that covered most of your baby's body in the second trimester is mostly gone now, or present only on the upper back and shoulders.


FACT OF THE WEEK
While the lithotomy position (mother on her back with legs elevated in stirrups) is gradually losing favor as the ideal birthing position, some providers continue to insist on this position at the time of birth. The moment of birth is not the time to discuss your care provider's preferences, so it is important to talk this over now.


Consider alternative positions:
Side lying: Takes the weight and pressure of the uterus off of the major blood vessels and the perineum. The upper leg can be lifted or grasped by the mother when she pushes.


Semi-sitting:
This position assists gravity in bringing the baby down into and through the pelvis.


Squatting: This position "opens" your pelvis and assists gravity. When not instructed in the "proper way" to birth a baby, most women spontaneously choose an upright squatting position in which to give birth.


source: http://www.ivillage.com/38-weeks-pregnant-pregnancy-week-week-guide

finally aku dah sampai ke minggu2 terakhir pregnant ni. cuti dah start and now wait for my little baby to see the world. antara simptom yang aku hadapi sekarang ialah:-

1. perut dah semakin memboyot. tak tahu samada baby makin besar atau aku yang gain weight

2. cara jalan dah semakin perlahan daripada penguin hehehe

3. pinggang makin terasa kesakitannya. kalau berjalan kena support bawah perut ni

4. tidur mak aih kus semangat. lagi susah nak tidur. mengiring ke kiri susah mengiring ke kanan pun susah. bantal kena support perut ni. kalau tidur menelentang lak rasa susah nak bernafas

5. sejak cuti ni baru sekali aku drive tapi ya allah sakitnya. jadi bila appointment dengan klinik semalam terpaksalah aku mintak encik suami hantarkan. appointment sekarang walaupun dah dekat nak due ha kena seminggu sekali pergi check up

6. pergerakan baby semakin aktif. i always told my baby to rush out. ye lah kat dalam perut ni sempit kan so cepat2 la keluar kalau nak main ke apa

7. dari solat berdiri yang diwajibkan.... aku bertukar ke solat duduk and now dah solat dari atas kerusi pulak. semoga amalan ku diterima allah

Jumaat, 11 November 2011

yey nak cuti dah

yeyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy kena panjang sket yey tu hehehe. actually today is my last working day in 2011 tau.

umi (dan3 jadi umi lak kwang3....semangat baby ni) applied advance cuti dari company. haish tak larat dah nak drive pergi balik rumah ke ofis. berjalan kat ofis ni dah lebih slow dari penguin ni hehehe. kata puan misi yang baby ku dah turun ke bawah sangat then pinggang pun sakit. walaupun due dijangka akhir bulan tapi since nak masuk 38 weeks ni so kena extra carelah kan.

to my ofismate....see you all in 2012.

to readers (kalau ada)...please pray for me. doakan supaya umi senang nak bersalin ek.

to anakanda yang berada di rumah esp nina yg sibuk bertanya bila baby nak keluar n asyik cium perut je ni....sabar ye

maaf andai ada salah silap. nak cuti tidur rehat secukupnya sebelum baby menjengah dunia hehe

Rabu, 9 November 2011

pangkat pdrm

sebelum umi bercuti panjang ni jom kita layan pangkat2 yang ada mengikut ranking dalam perkhidmatan polis diraja msia. actually umi tumpang bangga ni sebab encik suami termasuk dalam ranking ni hehehe kata suami ku dia SUPTulang je kwang3....


sumber : pakcik google

maksud:
1) PI - satu paku
2) Inspektor - dua paku
3) CI - tiga paku
4) ASP - tiga paku
5) DSP - satu crown
6) SUPT - satu paku satu crown
7) ACP- dua paku satu crown
8) SAC - sepasang keris satu star satu crown (normally sape dapat keris ni dah dapat title datuk)
9) DC - sepasang keris dua star satu crown
10) CP - sepasang keris tiga star satu crown
11) DIG - sepasang keris empat star satu crown
12) IGP - bunga padi empat star satu crown


ok tu maksud yang umi belajar dari encik suami. kalau ada salah silap harap dimaafi ye maklum le baru setahun jagung join police society kan.

Jumaat, 4 November 2011

perbezaan yg sgt ketara

duluuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu




sekarangggggggggggggggggg



lepas ni mesti kerja kuat untuk kembali macam dolu kala hahaha

rindu nak pakai jeans
rindu nak pakai cincin (sekarang semua barang kemas
tak boleh pakai sebab jari mengembang)
rindu nak jogging / berlari anak
rindu nak berdiet semula (kadang2 jemu gak asyik makan je)
ish banyaklah yang aku rindu
cuma masa dan keazaman yang boleh buat aku berjaya

Khamis, 3 November 2011

36 minggu dah

ulala....
sekarang kandungan ku dah menjengah 36 minggu. kata puan misi dan doktor sekarang ialah masa kritikal. kalau salah langkah aku boleh terbersalin bila2 masa je.

emmm cepat betul berat baby ku naik ek. dekat wad ahad baru ni doktor timbang +- baru 2.6kg. hari ni pulak dah naik jadi 2.9kg. berat aku pun dah sememangnya makinnnnnnnnnnn berat hehehe 77.5kg gitu.

tendangan baby ku tak payah ceritalah dah semakin rancak jadinya. agaknya baby ku pun tak sabar nak menjengah dunia kan. kepenatan hah tok sah ceritalah....memang lagi penat dan pergerakan jadi makin perlahan. aku tak sabar nak tunggu 14/11 ni sebab nak bercuti panjang.

di pejabat baru ni dah 2 kali aku terjatuh....nasib baik kandungan aku tiada apa2. sakit sangat ni. hari tu tergelincir masa 'soft launching' dan hari ni pulak entah cuai macam mana lutut aku dah cium tanah masa nak keluar daripada kereta.

ok tak sabar nak balik rumah jumpa dengan suami ku sebab dia kata kunci rumah untuk mess pegawai dah dapat dan nak bincang pasal nak masuk rumah bila2 masa ni.

Rabu, 2 November 2011

tiada lagi mukabuku

ok ini keputusan yang aku buat kerana terikat dengan komitmen sebagai seorang pekerja dan suri rumah (cewah....) maka aku nak noktahkan mukabuku.

lain orang lain pendapat yang ditegakkan. ada yang kata alah masa tu kita yang tentukan jadi pandai2lah bahagikan masa kan. emmm ada betul gak kata2 tu. tapi aku rasa dah tak boleh nak menatap mukabuku sepanjang masa macam zaman dolu kala. zaman berubah, komitmen pada keluarga juga bertambah. ditambah pulak dengan anak2 yang sudah semakin pandai menggunakan laptop segalanya fuhhhh tak terkejar. lagi pun sejak bertukar status ni aku rasa masa yang aku ada amatlah berharga untuk dihabiskan dengan suami anak2 dan ahli keluarga yang lain. aku nak menikmati sepenuhnya segala ruang sementara dipinjamkan ke dunia ni.

ada orang kata alah kalau berkawan di alam maya pun boleh fokus dengan keluarga juga kan. ye betul tu. tapi lain dengan aku. kehidupan dah berubah sejak diikat ni. masa cepat sangat berlalu. aku ambik contoh adik aku yang hidupnya alhamdulillah dikurniakan segala2nya walau tanpa bertenggek menjenguk internet segalanya.

aku nak lihat keluargaku membesar dan dengan anak yang bakal lahir ni rasanya akan menuntut sepenuh masa ku. tengoklah bila dalam masa berpantang 2 bulan ni mungkin aku akan menimbangkan cadangan suami ku emmm harap segalanya dipermudahkan.

ada juga rakan sekerja yang bising bila balik daripada chiangmai hari tu aku menyatakan hasrat suami yang melarang aku daripada menyertai rombongan syarikat tanpanya dan anak2. katanya kita sebagai ibu dan isteri ni perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri. suka hatilah nak cakap apa....kau tak melalui apa yang aku dah hadapi. sedikit pun aku tak menyesal dengan apa cadangan suami ku kerana aku memang suka berada di samping keluarga. dan suami tidak pernah gagal untuk membawa aku dan anak2 berjalan ke mana sahaja.

mungkin yang telah menemui jodoh di awal usia tidak sependapat dengan aku. banyak yang mereka lalui yer mungkin ada yang dah jemu dengan perkahwinan masing2. tapi bagi aku yang baru setahun jagung melayari alam berumahtangga ni aku memang nak memanfaatkan segala2nya pada keluarga...satu hari tanpa mendengar suara sang suami adalah hal yang menakutkan hehehe miss u bang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails