Pengikut

Jumaat, 9 September 2011

pengakuan.....

hahaha cam gempak je tajuk tu kan. alah ok apa. memang aku nak buat pengakuan pun ni.

1) en asben.....boleh tak lepas ni kita tutup kilang dah (kwang3...). aku harap kalau boleh inilah pengalaman pertama dan terakhir aku mengandung. seksa la dengan peningkatan umur ni, macam2 hal kan. sakit itu sakit ini, lembik la macam2. moody sana moody sini. benda kecik pun bagi aku dah jadi besar. ada je benda yang menyakitkan mata dan telinga. teruk kan aku ni.

2) aku memangggggggggggggggggggggggg takut jarum dan kena cucuk. kalau zaman dolu kala (masa gastrik kuat dulu) aku rela makan ubat daripada dicucuk tau. sakit kan kena cucuk. aku tiap kali pergi check-up memang terperanjat aje. gelak je puan misi tengok ketakutan aku tu hahaha

3) pagi semalam, 8/9/11 hah ambik kau.....sedap je misi tu ambik darah aku kiri kanan lengan ni. pukul 8am ambik atau derma darah dari lengan kiri. lepas tu minum glukos (seksanya nak menghabiskan hehehe). pergi pulak bilik lain check perut. yey.... kedudukan baby ku dah betul. balik pejabat sekejap. lepas tu pergi balik semula ke klinik pukul 10.50am untuk diambil darah lagi. kata misi darah tadi sebelum minum glukos. darah yang diambil kat lengan belah kanan ialah nak tengok paras gula selepas minum glukos. oi takut aku dengan jarum tu. lepas tu barulah boleh makan (kena puasa kalau nak ambik darah tau)

> jadi sekarang kita tunggu je lah keputusan darah tu keluar nanti. harap2 negative la, tak de kencing manis kan. kalau ada maknanya ikut misi tu kata lepas ni kena ambik darah 4x sehari... wah seramnya

4) walaupun baby tak lahir lagi ni tapi dalam kepala dah fikir dah pasang implan kat lengan (macam kawan sekerja aku buat) hahahaha pengsan kalau en asben tau ni. cam ner eh orang lain boleh dapat anak ramai2, terutamanya ma dengan 9 orang anak (yang hidup). tabik la kan.

2 ulasan:

Kay Azhar berkata...

Ala Kak Illa ni. Janganlah fokus nau ngan jarum tu masa kena cucuk. Benda tu memang selalu kita jumpa, kenalah jumpa gak. Huhu. Semoga sihat dan kuat selalu :)

illaieylla berkata...

adoi dik....cam ner akak x fokusnya. kalau dah terasa kesakitan tu menusuk ke urat darah kita kan.

insya allah terima kasih ek

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails