Pengikut

Isnin, 22 Februari 2010

kehebatan dan kebijaksanaan yahudi

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

Kata-katanya ini adalah bertepatan dengan hadis Rasullulah:

"Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil."


Antara 'barangan mereka' yang telah dijadikan ikutan oleh kebanyakan dari kita.


1. Kita diajar dalam buku biologi, buku pemakanan (kajian dan terbitan para kafir ni) bahawa kalau nak dapat vitamin B dan kalau nak tambah darah kita kena makan hati haiwan dan hati ayam. tetapi sebenarnya Nabi kita tidak menggalakkan pemakanan organ dalaman. Nak ikut kafir ke nak ikut nabi kita? Sebenarnya makan hati ayam dapat melembabkan otak kita sbb hati merupakan organ dimana semua toksin akan dikumpulkan dan dineutralkan. so kepekatan toksin adalah tinggi di hati ayam. makanlah kita toksin tersebut serta bengaplah otak kita umat Islam sebab percaya buku sains keluaran kafir ini.

2. Kita diajar dalam sains bahawa kopi tidak bagus untuk kesihatan. Namun sebenarnya kopi adalah antara minuman kegemaran Nabi kita selain susu dan madu. Cuba tengok Yahudi, mereka minum kopi, Starbuck. Profesor di UK yang Yahudi semua ada segelas kopi di tangan mereka.

3. Kita diajar memakan kambing tinggi kolesterol, namun kambing juga adalah makanan Nabi kita. Seolah-olah buku sains ni nak merendahkan pemakanan Nabi kita. Sebenarnya daging kambing adalah daging paling kurang kolesterol.

4. Kita diajar bahawa makan McDonalds adalah bagus, namun sebenarnya McDonalds adalah makanan yang sangat tinggi MSG dan kolesterolnya dan paling banyak lemak tepu trans.

5. Para kafir ni juga menggalakkan kita minum dan makan makanan yang langsung tak berkhasiat, contohnya coke dan maggi. Coke tu sangatlah beracun, pastu sangat tidak bagus untuk kesihatan (gula tinggi, berasid, pH dalam lingkungan 3.5, ada racun tersembunyi). Dan para Melayu kita juga yang ketagih minum.

6. Untuk pengetahuan, para kafir agen dajjal ni gak mengwar-warkan kebaikan minum soya (sebab USA merupakan pengeluar soya terbesar), namun sebenarnya soya dapat melemahkan kejantanan lelaki dan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan. selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara, kanser ovari, kanser prostat, serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acd yang membuatkan penyerapan kalsium, magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.



just nak share email yg aku dpt dgn pengunjung blog ni....

Rabu, 17 Februari 2010

cerita sempena cuti raya cina 2010

bnyk citer yg aku alami sempena cuti raya cina kali ni....penat, letih, terkejar ke sana sini emm mcm2


1. cerita 1 - persediaan kenduri kawin anak jiran blkg rmh

sesampainye kat rmh mak di jerantut pada hari sabtu 13/2 tu aku rehat jap, solat then trs ikut ma ke surau utk menolong (tlg ke heheheh) apa yg patut coz mlmnye nnt ada majlis akad nikah. yg perempuannya tlg kejekan ayam (ye ke word tu....kalau ikan org ckp siang ikan kan emm kalau ayam nak ckp potong ayam ke ek). adik aku si elly lak tlg potong daging kerbau dgn kaum bapanya.... tp kerbau yg ditempah oleh jiran blkg rmh aku tu sampai lmbt coz katanya di import dr temerloh kat kg dia. tp aku tak leh duk lama2 kat situ coz panas dan sakit kepala lak, tgal lah ma n elly duk bergotong royong kat situ. tp aku puji kejiranan tu coz sepakat je bergotong royong bila ada kenduri kendara cam tu.

2. cerita 2 - kenduri kawin

hari ahadnya diadakan kenduri kawin. dah lama gak aku tak merasa lauk kenduri kan jd lupakan diet dulu yeyey.....sedap giler lauk rendang daging kerbau. laluan kat area rmh ktorg dipenuhi dgn kete yg dtg utk ke kenduri tu.





3. cerita 3 - pagi isnin

ktorg plan mcm2 ni...kononnya nak masak laksa kelantan siangnye then bbq di sblh mlmnye. jd aku, k chik, ma, yus dan si kecik baby yasmeen pun pegi pasar utk beli apa yg patut. bila dah siap beli brg2, tetiba lbh kurang kul 10pg, adik aku si fizah telefon ckp dia tumpah drh....jd semua dah kelam kabut, balik rmh smpn semua lauk2 basah dlm fridge then pack apa yg patut utk ke kl. mengah giler.

nasib baik jln ke kl tak jam, so blh la sampai ke kl dlm masa yg singkat tp masing2 bwk ikut speed limit coz takut kena saman oppss sikap kan. adik aku si fizah yg mengandung 7 bln tu ditempatkan kat prince court hospital, kat area klcc tu. hubby dia terpaksa bwk ke situ, coz klinik yg biasa dia pegi tu doc semua cuti...apa daaa. kata si zahra, anak buah aku....ibunya duk kat hotel hehehehe.

oleh kerana wife nijam dah tak larat so dorg balik ke kuantan petang tu gak dgn adik bongsu ku si farah.


4. cerita 4 - selasa

aku, k chik n famili dah berpakat nak balik kuantan ari ni gak. jd tgal lah ma, nana, teh, elly kat hospital coz dorg tak keje or sekolah lg ari rabu. nana sekolah next week, elly mengajar ari khamis. teh mmg jd baby sitter zahra n ziyad hehehe.

oppppsss lupa nak citer. pgnya ktorg brunch kat cheras, downtown....ceh k chik flash back le dia selalu mkn kat situ time study dulu. mmg sedap giler masakannye. lupa diet lg...mkn nasik dgn ikan talapia, sambalnye pergghhh sedappppppppp.

sblm anta ee kat rmh sewa dia kat wangsa maju, ktorg g cuci mata n beli sket brg, mkn kat nando's jaya jusco alpha angle. then gerak balik ke ktn lbh kurang kul 5 lbh. jalan raya nak ke ktn smooth je tp ya allah...kat lane sblh sana nak masuk kl kan...kenderaan nye que sampai ke bentong tu. ya ampun, aku x leh imagine kalau aku ada sama kat sblh sana....ayooo tlg lah.

penat giler sampai kat rmh tp apa nak wat coz esoknya rabu kena keje dah.

ini je lah citer aku kali ni ye.

Jumaat, 5 Februari 2010

tapi...papa buat kat mama boleh?

Terkedu…!!!! Itu saja satu perkataan yang mengambarkan perasaan aku saat aku mendengar kisah yang diceritakan teman. Aku tidak mampu untuk berkata, marah tak mampu aku zahirkan, tapi sedih yang teramat rasanya..

Kisahnya :

Nini bekerja disebuat pusat asuhan dikawasan elit yang kebanyakkannya didiami orang melayu di X . pusat asuhan yang menempatkan anak2 golongan bijak pandai dan dah tentunya juga berada. Pusat asuhan yang bagus, system yang teratur, disiplin yang baik. Malah bagusnya majikan Nini menerapkan nilai2 pendidikan Islam sedari kanak2 ini kecil lagi.

Dari peringkat bayi hinggalah prasekolah, terdapat lebih kurang 50 org semuanya anak2 jagaan mereka. Semua berjalan lancar hinggalah pada satu hari, mereka menerima seorang ahli baru, kanak2 lelaki berusia 4 tahun. Daniel namanya. Kecil tapi teserlah ketampanan wajahnya seiras wajah siayah. Di pusat asuhan itu juga ada seorang budak perempuan berusia lingkungan 3 tahun, Norish yang juga sangat comel dan cantik.

Kelihatan dari hari pertama, Daniel sudah mula tertarik untuk berkawan dengan Norish. Kemana Norish kesitulah Daniel mengekori. Apa pun aktiviti yang dilakukan Norish, Daniel pasti akan turut sama.

Di dlm pusat asuhan itu, bayi akan diletakkan satu bilik, kanak2 lelaki dan kanak2 perempuan juga akan diletakkan dibilik berasingan. Tiap hari selepas makan tengahari, mereka akan dikerahkan untuk tidur dan tentunya dalam bilik masing2.

Pada satu hari, Nini yang sedang memeriksa setiap bilik bagi memastikan tiada masalah telah terkejut kerana terlihat kelibat Daniel duduk disisi Norish yang sedang tidur sambil mengusap2 wajah nya. Nini segera mendapatkan mereka dan memujuk Daniel untuk pergi kebilik kanak2 lelaki dan tidur.

Esoknya waktu ada aktiviti bermain, Daniel kelihatan begitu rapat dan mesra kepada Norish, dibelainya rambut Norish dan diciumnya pipi Norish. Nini mula rasa pelik. Tapi merasakan itu sekadar biasa untuk kanak2 seusia, yang mungkin menunjukkan sayang, maklumlah kebiasan kita juga mencium kanak2.

Tengahari itu, sama seperti semalam, Daniel sekali lagi ke bilik Norish dan rupanya di berbaring sebelah Norish dan terlelap sama sambil tanggan nya memeluk Norish. Bila Nini kejutkan dia menangis kerana tidak mahu tidur dibilik kanak2 lelaki.

Kebetulan hari itu keluarga Norish lambat datang menjemput. Norish bermain2 dan seperti biasa Daniel adalah peneman yang setia. Kali ini dia agak bertindak luar biasa, memeluk dan membelai Norish. Nini seperti biasa akan menegah dan memisahkan pelukan itu.

Namun hari ini adalah kemuncak kepada apa yang selama ini menjadi tanda tanya kepada Nini..hari itu kebetulan hujan. Tiada aktiviti bermain diluar. Semua kanak2 bermain di dalam bangunan. Tapi tidak kelihatan Daniel mahupun Norish. Puas dicari kelibat mereka diserata bilik tapi tidak ketemu.

Akhirnya Nini separuh pengsan bila dia menolak pintu stor dibelakang dan terlihat Daniel yang berusia 4 tahun itu duduk dipeha Norish dan sedang mencium perut Norish sambil melondehkan seluarnya dan Norish sudah tidak berbaju Cuma yang tinggal seluar dalam!!!

Pantas Nini menjerit dan mengangkat Daniel sambil Norish menangis (mungkin terkejut kerana Nini menjerit, sebab sebelumya dia hanya diam). Norish segera dipakaikan baju dan Daniel juga segera di paksa memakai semula seluarnya.

Di bilik pengetua yang tenang dalam ribut. Daniel ditanya mengapa dia bertindak demikian dan dengarlah jawapannya

“Papa buat kat mama boleh, kata papa dan mama tu cara kita nak tunjuk kita sayang, kalau kita sayang kita buatlah macam tu”

!!!!!!!!!

Segera keluarga Daniel dipanggil, pada mulanya mereka menafikan cerita Daniel, tapi bila Nini dan pengetua menceritakan perbuatan Daniel kepada Norish.. si ibu terkejut dan mula menangis sambil mengakui sebenarnya ini adalah pusat asuhan yang ke 3 mereka tukarkan Daniel. Tapi kejadian yg sama telah juga terjadi. Pengetua secara diplomasi menasihatkan mereka dan minta agar anak mereka dirujuk kepada pakar untuk mendapatkan rawatan.

Bapa Daniel agak ego dan tidak mahu menerima teguran dan agak sombong dengan mendakwa tidak ada apa silapannya tapi ibu Daniel mengaku bahawa Daniel pernah beberapa kali melihat mereka melakukan hubungan intim. Pada mulanya mereka agak kekok ,tapi akhirnya merasakan tiada apa yg perlu dirisaukan kerana Daniel masih kecil, tapi rupanya kesan dari tindakkan itu telah merosakkan ‘jiwa’ Daniel. Apatah lagi dgn penjelasan yang salah.

Moral : sebagai ibubapa, tolonglah!! Usah risau dengan anak yang kurang mendengar kata2 kita kerana mereka lebih terdidik dari apa yang mereka lihat iaitu tingkah laku kita. Dalam islam juga ada garis panduan antara anak dan ibu bapa, batas aurat dan juga waktu bila yang boleh dan tidak anak2 untuk masuk kebilik ibubapa.

Anak2 sekarang bukan macam anak2 dahulu, mereka sangat pantas berfikir dan naluri ingin tahu lebih hebat, selaras dengan kemajuan dunia. Jadi tolonglah agar berhati2 dalam hal2 yang sebegini. Bila ketika dan waktu yang sepatutnya dan tidak sepatutnya mereka ketahui, supaya kisah seperti ini tidak berulang..

Ah jantung ku .. kau bagai ditusuk sembilu..


Nota: aku dpt emel ni dr kawan, jadi aku postkan di sini utk rujukan bersama. budak2 kecik skrg dah advance, jd pemikiran org dewasa pun kena berubah kan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails