Pengikut

Rabu, 7 Oktober 2009

cerita di akhir sept, open house hari raya RAM & bday

lambat betul aku update cerita di blog kesayangan ni kan.

cerita pertama:

pada akhir bulan september yang lalu iaitu pada hari raya ke 6, aku telah menerima kunjungan hormat daripada ajk ramfc untuk negeri johor iaitu cik sue. katanya beliau ingin menenangkan fikiran. lokasi dipilih ialah pantai cherating.

berkampunglah sue di sana buat beberapa hari. aku juga membawa sue ke kemaman untuk merasai makanan pantai timur seperti nasi dagang, satar, keropok lekor dan ke kedai kopi hai peng (gara2 sue tertarik dengan promosi hebat daripada cik elle yang amat menggemari kopi). buat pertama kalinya juga aku dapat merasa jeli kelapa yang sejuk nyaman diambil ketika terik mentari... sedapnye sejuknye masuk ke dalam tekak.

di samping itu, sue juga telah membawa biskut raya dan berjenis2 kerepek dari johor.....banyak betul. kesian sue sampai penuh beg dengan makanan tu.

sebagai balasan, aku juga membekalkan sue sedikit biskut raya sebagai tanda terima kasih. tidak dilupakan juga, aku telah membawa sue ke rumah cik teja yang kemudiannya menjamu kami dengan makanan istimewa.



cerita kedua:

isteri mielong, kak dayang (isteri abg ram), aku, sue


abg ram dan sue

abg web, aku, abg ram



pada 3.10.2009 yang lalu, aku telah menerima undangan untuk menghadiri jemputan rumah terbuka aidil fitri di rumah penulis kesayangan ramai iaitu abg ramlee awang murshid di bandar baru bangi.

berpandukan alamat yang diberi akhirnya terjumpa juga sebuah kediaman baru yang dihuni oleh abg ram dan keluarga. cantik rumah tu dengan hiasan dalamannya juga menarik. seperti biasa, tokei catering ialah abg web dan yang penting tanpa chef hana tidak menjadilah masakannya hehehehe.

banyak makanan yang disediakan tetapi macam biasalah bila dah terjumpa makanan lupa pulak nak mengambil gambar sebagai kenangan. bila dah kenyang baru teringat....(tidak seperti osh ramfc yang mengambil gambar makanan dahulu sebelum makan hehehehe)

selesai mengenyangkan perut, aku dan sue meneruskan perjalanan dan kami sempat singgah ke nilai 3. hebat jugalah tempat itu untuk membeli belah barang2 keperluan rumah.

selepas menghabiskan masa dan membeli sedikit barang, kami bergegas pula menuju ke rumah cik ain di linggi, negeri sembilan. sempat lagi kami dijamu dengan makanan oleh keluarganya. terima kasih ain.



cerita ke tiga:

ramai dikalangan ahli keluarga ku yang menyambut ulang tahun kelahiran pada bulan oktober ini. jadi aku ingin mengucapkan selamat hari jadi kepada adik2 ku seperti di bawah ini.


hepi bday untuk adik lelaki sulungku, khairul nizam atau dikalangan keluarga lebih dikenali sebagai nijam yang lahir tanggal 7.10.1981. adikku ini bakal bergelar ayah mungkin jika diizinkan allah pada tahun hadapan. jangan tertipu dengan gambar di atas ye...sebab masa ni muka dia kecik je tetapi sekarang setelah berkahwin dengan hasil masakan isterinya.... nijam dah 'besar' sikit. tak mengapalah, asalkan bahagiakan.




tidak dilupakan juga adikku azizah juga dikenali sebagai kak chik akan menyambut hari lahirnya 28.10.1979. baby yasmeen bertuah dapat mami teacher ye hehehe.

adik ipar ku, suami kak chik iaitu yusniwandi juga lahir pada bulan ini 10/10 (lupa dia lahir tahun berapa). semoga berbahagialah pasangan ini sehingga ke hujung nyawa... amin.



seorang lagi adik iparku iaitu zahlan juga menyambut ulang tahun kelahirannya iaitu pada 11/10 (maaf....lupa tahun juga). semoga terus berjaya dan menyayangi adik ku sehingga ke hujung nyawa.



ralat: sebenarnya semasa bulan mac dulu iaitu 6/3 aku berkongsi tarikh hari jadi dengan adik ku hafizah dan adik ipar ku, aidai yang juga isteri kepada nijam. tetapi dalam keseronokan membuat 'entri' pasal harijadi sendiri maka terlupa pula kepada mereka. seronokkan berkongsi tarikh harijadi yang sama dengan ahli keluarga sendiri kan.



inilah adik ke dua aku iaitu hafizah atau kami panggil dia kakak, lahir pada 6.3.1977.... jangan ditanya kenapa dia dipanggil kakak kerana semasa zaman kanak2 dulu bila bermain pondok2 (bestnya teringat zaman kecil2 dulu kan) adik ku akan menjadi kakak dan aku dah biasa menjadi kakak jadi bila berlakon memang aku cuba elak untuk menjadi orang paling tua... jadi itulah hasilnya sampai sekarang dia dipanggil kakak.

adik iparku, aidai tiada pula gambarnya di dalam simpanan ku.... tetapi wajahnya boleh dilihat di entri hari raya ini iaitu di sebelah kanan ku.

3 ulasan:

-Ain-Dak In- berkata...

eiii kak ila..ape cik..cik ni..adeiiii....

huhuhu...

nati jmpot2 la dtg ke nilai lg erk..
eh...ke linggi lg..
hahahahahaha...

sue onn berkata...

jgn jemput ke nilai ain..tak larat nak jalan..shopping tak ingat balik dia...seb baik dah janji dgn ain kalau tak kompem sampai malam kat situ....

selamat ulang tahun kepada yang meraikannya..ramai sgt nak disebut nie..semoga dipermudahkan segala urusan, dilindungi dan diberkati Allah sentiasa dan berbahagia selalu..

illaieylla berkata...

ain: tu la tetiba rasa nak formal lak hehehehe. mmg rasa nak g nilai lg lah... jom ain. pas tu kiter bbq kat halaman rmh ain yg besar tu kan

sue: ala merungut ke tu. jom kiter g lg nak sue. alah bkn shopping apa pun kan, beli sikit je ari tu. tp kelabu mata la tgk bnyk benda kat nilai 3 kan. terima kasih utk wish tu.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails