Pengikut

Khamis, 17 September 2009

selamat hari raya aidil fitri & hepi bday bonda tersayang..

selamat hari raya aidil fitri aku ucapkan kepada semua adik2, kawan2, RAMFC, pengunjung2 blog ini samada yang baru atau yang lama. maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kiter di alam nyata mahu pun di alam maya ini. aku akui, sebagai manusia biasa aku banyak membuat kesilapan.


jadi kesempatan yang ada ini aku gunakan untuk memohon maaf andai ada terlanjur bicara bahasa.


di hari raya ini juga iaitu pada tanggal 22/9 nanti, bonda ku akan menyambut hari kelahirannya yang ke 59 tahun.


nostalgia sikit gambar di atas tu kan.... tu gambar aku dengan ma semasa aku berumur berapa tahun pun dah lupa la. sekadar mengingati bahawa sedari kecil aku telah dibimbing oleh mama. diasuh, dibelai, dimanja tapi sebagai anak ada masanya aku telah mengecewakan ma..... tanpa menggunakan akal yang panjang bahawa apa yang dilarang itulah yang terbaik.


namun sejak kebelakangan ini, hidup aku dan adik2 hanya bergantung kepada ma yang tanpa jemu memberikan kasih sayang walaupun duka dihatinya tiada siapa yang tahu. aku kagum dengan semangat dan ketabahan ma. semoga ianya menjadi contoh kepada kami sebagai anak2nya untuk terus melayari hidup yang penuh pancaroba ini.


diusia ini, aku masih lagi ingin mengucup tangan ma memohon ampun maaf andai ada salah dan silap baik dari aku mahupun daripada adik2 yang lain. semoga kami diberi kesempatan untuk membalas jasa2 ma.


semoga ma dipanjangkan umur, diberi keberkatan hidup untuk terus melihat perkembangan kami, menantu2, cucu2; diberikan kesihatan yang baik.


sekian....daripada kak la.... yang mewakili semua ahli keluarga mengucapkan selamat hari lahir buat ma yang dikasihi.

6 ulasan:

sue onn berkata...

salam aidilfitri tuk kak illa sekeluarga..

sue ambik kesempatan nie tuk mohon maaf juga selama perkenalan kita ..dalam gurau senda dan berbicara ada yg mengguris hati dan perasaan. semoga Syawal kali ini lebih bererti disamping keluarga dan insan yg tersayang...

ada tika kita alpa..ada tika kita terlupa...ibu...insan yg tinggi darjatnya..dalam tidak kita sedar terlalu byk perilaku kita yg melukakan hatinya tapi dia masih mampu tersenyum dan tetap berdoa dalam hatinya agar kita sentiasa berjaya dan dilindungi selalu.

teringat bait2 lagu...ibu mitahli

Ibu mithali ibu yang sejati
Kasih sayangmu kasih yang suci
Pengorbananmu disanjung tinggi
Jasamu tetap di sanubari...

semoga berbahagialah sekalian ibu2 di dunia ini.. sehingga nafas yg terakhir sekalipun..jasa mereka tak mampu kita balas...

selamat ulang tahun kelahiran buat bonda Kak Illa. Semoga dipanjangkan umur..dimurahkan rezeki..diberi kesihatan yang baik dan sentiasa dilindungi OlehNYA

Ibu oh ibu hatimu suci
Tulus ikhlasmu mendidik daku
Sanggup bersusah dan menderita
Demi kebahagiaan sekeluarga.....

illaieylla berkata...

wsalam sue
terima kasih utk komen ni.
akak pun nak ucap selamat hari raya buat sue sekeluarga, semoga kiter saling bermaafan.

tanpa ibu, siapalah kita kan. tanpa jemu mendidik kita hingga menjadi sebegini rupa.

berbahagialah kpd sesiapa yg masih mempunyai ibu, kpd yg bakal bergelar ibu semoga tabah selalu

Razif Radzi berkata...

Selamat Hari raya!!

Maaf zahir dan Batin...

(seronokkan dapat cium tangan bonda lagi...teringat 10 tahun yg lalu,kucup tangan bonda utk yg terkahir kali....)

Frodo Baggins berkata...

kakilla

selamat hari raya maaf zahir batin
semoga kak illa berbahagia selalu
salam jugak kat eli! huahuahuahua

GC berkata...

Salam Cik Illa, & Cik Sue,
Mmg jasa bonda x akan terbalas sampai bila2..
Bonda kita lahir 21/09...kami sambut sederhana tapi meriah. ;D

Tanpa Nama berkata...

Kak,

selamat hari raya. sk explore blog akk... salam singgah & salam berteman depada http://wanfeedahoney-myendlesslove.blogspot.com. jomlah jengah jap

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails