selamat hari raya aidil fitri aku ucapkan kepada semua adik2, kawan2, RAMFC, pengunjung2 blog ini samada yang baru atau yang lama. maaf andai ada salah silap sepanjang perkenalan kiter di alam nyata mahu pun di alam maya ini. aku akui, sebagai manusia biasa aku banyak membuat kesilapan.
jadi kesempatan yang ada ini aku gunakan untuk memohon maaf andai ada terlanjur bicara bahasa.
di hari raya ini juga iaitu pada tanggal 22/9 nanti, bonda ku akan menyambut hari kelahirannya yang ke 59 tahun.
nostalgia sikit gambar di atas tu kan.... tu gambar aku dengan ma semasa aku berumur berapa tahun pun dah lupa la. sekadar mengingati bahawa sedari kecil aku telah dibimbing oleh mama. diasuh, dibelai, dimanja tapi sebagai anak ada masanya aku telah mengecewakan ma..... tanpa menggunakan akal yang panjang bahawa apa yang dilarang itulah yang terbaik.
namun sejak kebelakangan ini, hidup aku dan adik2 hanya bergantung kepada ma yang tanpa jemu memberikan kasih sayang walaupun duka dihatinya tiada siapa yang tahu. aku kagum dengan semangat dan ketabahan ma. semoga ianya menjadi contoh kepada kami sebagai anak2nya untuk terus melayari hidup yang penuh pancaroba ini.
diusia ini, aku masih lagi ingin mengucup tangan ma memohon ampun maaf andai ada salah dan silap baik dari aku mahupun daripada adik2 yang lain. semoga kami diberi kesempatan untuk membalas jasa2 ma.
semoga ma dipanjangkan umur, diberi keberkatan hidup untuk terus melihat perkembangan kami, menantu2, cucu2; diberikan kesihatan yang baik.
sekian....daripada kak la.... yang mewakili semua ahli keluarga mengucapkan selamat hari lahir buat ma yang dikasihi.