Pengikut

Selasa, 31 Mac 2009

Budu lawan penuaan

MUNGKIN perkataan budu agak janggal atau dipandang sepi sesetengah orang. Namun bagi peminat fanatik, ia dianggap makanan tradisi yang wajib ada dalam menu harian mereka.

Percayakah jika dikatakan budu iaitu sejenis cairan yang diperam dalam tempoh tertentu bersama ikan bilis atau pekasam lain dan enak dicicah bersama ulam-ulaman, boleh dijadikan antara medium terbaik untuk mencantikkan wajah seseorang? Barangkali ada pihak yang tersenyum sinis namun kajian sekumpulan penyelidik di Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim) membuktikan ia mampu direalisasikan.

Menurut Penyelidik Kanan Alam Sekitar dan Bioproses Pusat Teknologi Sirim, Hamidah Sidek, kajian terhadap budu menunjukkan ia mempunyai potensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit.

Selain membentuk sel biak terbaik terhadap kolagen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50 peratus dalam membantu dari segi antipenuaan.

"Berdasarkan penyelidikan terperinci mengenainya, proses sintesis terhadap kolagen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kandungan makanan itu.

"Kulit perlu dilindungi daripada elemen negatif selain mengimbangi sel manakala bahan berkenaan juga mampu melindungi daripada pancaran ultra ungu matahari," katanya.

Menurutnya, Sirim sedang mencari pelabur atau peniaga dalam bidang kosmetik untuk melariskan formula yang dirintis.

Katanya, budu keluaran Ketereh antara ramuan tertua dan begitu sinonim dalam sajian makanan di negeri Pantai Timur, malah menjadi sajian di seluruh Semenanjung Malaysia.

Menggunakan BK sebagai singkatan Budu Kelantan atau Budu Ketereh pada rumusan produk yang bakal dilonjakkan, beliau berharap impian untuk melihat budu menjadi jenama popular satu hari nanti bukan hanya terbatas di Malaysia, bahkan melonjak ke luar negara.

Dia turut menafikan kesan penggunaan budu boleh menyebabkan kegatalan pada kulit atau menimbulkan bau kurang menyenangkan.

Baginya, kebanyakan produk berjenama dunia yang eksklusif juga mengandungi bauan yang tidak enak.

Menurutnya, penemuan saintifik yang diolah dengan bioteknologi terkini untuk menyah bauan yang kurang disenangi boleh dilakukan dengan campuran ekstrak tertentu.

Ramuan yang terdapat dalam budu mempunyai kandungan tertentu turut bergabung dengan ekstrak lain yang bersifat bebas radikal, tiada campuran kimia atau bahan pengawet yang memudaratkan tubuh.

Katanya, unsur yang digunakan seperti raksa atau plumbum diselitkan dan diseimbangi dalam tahap yang dibenarkan Kementerian Kesihatan.

"Kami berhasrat mensasarkan produk ini di kalangan masyarakat di negeri Cik Siti Wan Kembang sendiri sebagai sasaran utama memandangkan budu berasal dari negeri itu. Tetapi kami tidak menolak jika ada pengusaha lain yang meyakinkan untuk menaik taraf budu ini ke tahap lebih tinggi.

"Keyakinan kami didukung kuat oleh sifat masyarakatnya yang sinonim dengan makanan berkenaan selain menunjukkan sikap jangan perlekehkan budu kerana ia mampu menjadi bahan terpenting dalam produk kecantikan.

"Bukan sekadar makanan, tetapi ia sekali gus mampu melakar sejarah tersendiri dalam dunia kecantikan yang tiada sempadan. Namun, kami ada cara dalam melonjakkannya untuk menjadi jenama terkenal dan perkataan budu itu tidak akan ditekankan jika dikhuatiri mengundang pandangan negatif segelintir masyarakat terhadapnya.

"Mungkin pendekatan yang diguna pakai untuk lebih komersial adalah proses penapaian bahan berasaskan marin untuk penggunaan kosmetik. Kami percaya ia akan melindungi atau memberi kesan terhadap pembaikan kulit secara perlahan-lahan.

"Berdasarkan kajian, keluaran yang baik adalah produk yang tidak memberi kesan terlalu cepat terhadap kulit wajah seperti didakwa sesetengah pengusaha produk kecantikan.

"Mungkin ada bahan campuran kimia tertentu dan pengguna harus ada pengetahuan mengenai produk supaya tidak memberi kesan buruk kelak.

"Sebenarnya, kesan melebihi tiga minggu lebih memberi kesan berpanjangan bagi kebaikan kulit wajah," katanya.

Sebagai pertubuhan yang dipertanggungjawabkan terhadap aspek mutu atau piawaian dalam jenama atau pembuatan bahan di negara ini, Sirim turut meletakkan syarat tertentu kepada mana-mana syarikat yang bakal terpilih untuk meletakkan jenama berkenaan pada tahap sewajarnya kerana pelbagai aspek diambil kira sebelum 'menjual' formula itu kepada pihak pembeli.

Lebih membanggakan, usaha lapan penyelidik Sirim itu turut mendapat penghargaan di Jepun ketika persidangan di negara itu baru-baru ini yang mengiktiraf usaha dilakukan kumpulan penyelidik berkenaan yang dikatakan antara penyelidikan terbaik.

"Sebenarnya sewaktu menghadiri seminar dan membentangkan hasil penyelidikan di Jepun, kita berasa jauh ketinggalan dalam aspek teknologi berbanding negara lain termasuk Korea. Tetapi ia tidak menjadi halangan kepada kami untuk terus mengkaji pelbagai lagi penemuan baru untuk diketengahkan.

"Apa yang terpenting, aspek bioteknologi amat penting dalam memastikan ia bebas bahan kimia yang boleh memberi kesan tidak baik kepada tubuh seseorang. Untuk itu, kajian kami lebih mengutamakan aspek bahan tempatan yang boleh dikomersialkan," katanya.

Menurutnya, jika beberapa jenama kecantikan dari luar negara begitu terkenal menggunakan bahan penapaian atau yang diperam bahkan ada yang berbau busuk, dia menyangkal BK yang menjadi penemuan pertama Sirim akan ditolak.

Sebagai ketua penyelidik, Hamidah tidak menolak tanggapan mungkin budu menjadi penyebab beberapa aspek lain seperti kebanyakan wanita Kelantan mempunyai tekstur kulit lebih menarik atau ia mungkin atas faktor genetik.

"Mungkin kajian pihak lain boleh membuktikannya apabila ada yang mengatakan ramai golongan cerdik pandai terdiri daripada orang Kelantan mungkin disebabkan budu menjadi sarapan mereka.

"Ia ada seribu kemungkinan cuma kajian kami hanya menjurus kepada budu sebagai satu aspek penapaian yang boleh jadi formula menarik dari aspek kecantikan," katanya.


**Jom mkn budu.......bestnya kalau balik kg kat kelate tu mkn beramai2 cicah lauk ikan rebus or anything dgn budu........terliurnyeeeeeeeeee. Patut la cik mek molek kelate come lote belaka n cik abgnye hensem hehehehe

Jumaat, 27 Mac 2009

berangan jap......














tadi aku gi ronda2 kat blog paknil so terjumpa la ada peminat dia buat benda alah ni......
www.photofunia.com
hehe cantik gak kan......
rupanya linda amri pun dah cuba benda alah ni.....

Rabu, 25 Mac 2009

MIKHAIL........bkn sekadar sebuah nama

CERITA TENTANG.................

1. manipulasi sesama manusia
2. tentang birokrasi
3. kerasukan, keghairahan hamba kpd duit
4. hilangnya moral manusia dan menjadi hamba najis dadah
5. seorang abang yg sanggup menjual adiknya demi dadah
6. dunia kepolisan....betapa bijaknya polis msia
7. tanpa iman, manusia mudah terpesong
8. tanpa sedar, kita masih lg dijajah x kira dlm apa jua bentuk
9. kasih sayang x mengenal batas walau antara penjenayah dan mangsanya
10. walau ke mana jauhnya seseorang itu pergi, gadis melayu juga yg menjadi idaman. teringat lagu siapa bilang gadis melayu x menawan, x menarik hati tiada memikat..........
11. akhir sekali.......pintu taubat sentiasa terbuka utk insan yg ingin berubah


sekian, sekadar pandangan dr ku.

Khamis, 19 Mac 2009

MIKHAIL




MIKHAIL..........
Bukan sekadar sebuah nama.......
Syoknyeeeeeeeee, esok x sabar nak ambik dr adikku yg dgn
rajinnye pegi terjah ofis alaf21 di Shah Alam...

Sabtu, 14 Mac 2009

Love Story (Where Do I Begin by Andy Williams)

Where do I begin
To tell the story of how great a love can be
The sweet love story that is older than the sea
The simple truth about the love she brings to me
Where do I start
With her first hello
She gave new meaning to this empty world of mine
There'd never be another love, another time
She came into my life and made the living fine
She fills my heart
She fills my heart with very special things
With angels' songs, with mild imaginings
She fills my soul with so much love
That anywhere I go I'm never lonely
With her around, who could be lonely
I reach for her hand-it's always there
How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there
How long does it last
Can love be measured by the hours in a day
I have no answers now but this much I can say
I know I'll need her till the stars all burn away
And she'll be there
***To ladies, you can change 'her' to 'he' for your convenience.

Jumaat, 6 Mac 2009

Menganjak lg usia ku........


Detik ini, jam ini, hari ini bertmbh lg usia ku yg ke.......


Tiada apa yg ku hrpkan di kala menyambut hari kelahiran ku cuma berdoa dr Allah semoga aku diberi kesihatan yg baik, dimurahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan harian, dijauhkan segala kemunafikan/hasad dengki/hasutan syaitan, dibuka pintu syurga/kebenaran dsb.


Cuma ada beberapa perkara yg aku nak highlightkan:-


1) Ekonomi - alhamdulillah, wlpun x kaya mcm org lain tp aku bersyukur krn punya pekerjaan yg baik yg blh menampung kehidupan aku dan keluarga.


2) RAMFC - aku mula menyertai kelab ini sejak thn 2008 lg. Mula berkenalan dgn kawan2 baru. Bertukar2 cerita mengenai karya penulisan penulis tersohor iaitu Abg Ramlee Awang Murshid. Semua bebas bercerita apa saja, bergaul mesra bagai sudah bersua dan lama berkenalan tp sbnrnya ada yg baru pertama kali berjumpa secara bsemuka.


3) Kesihatan - makin pulih dr operation appendix bln 12/2008 dulu. Kesan pembedahan tu masih terasa terutamanya bila aku tetiba teringin nak mkn pedas (kekadang tu terambik gak), angkat benda berat ke, masa joging ke lari laju sikit, x blh buat keje penat2. Tapi alhamdulillah berkat doa dr bonda tercinta, sahabat, adik2 ku, kawan2 maka ada la nmpk perubahan tu sikit kan.


4) Keluarga - anak2 saudara yg comel ensem makin btmbh....zahra, baby yasmeen, ziyad.....inilah permata hati keluarga kami. Kalau lama x jumpa dorg mmg terasa rindu sgt terutama sekali mama ku or digelar nenek oleh cucu2nya......


5) Private life - spt biasa je. Jodoh? Insya allah, hny DIA yg tahu siapa utk ku


Itu saja utk kali ni sempena ulang tahun kelahiran ku.

Abah, ma terima kasih..........

Isnin, 2 Mac 2009

lepak santai RAMFC 28022009


akhirnya................1 perjumpaan bg peminat novelis tersohor tanahair iaitu abg ramlee telah diadakan dgn jayanya. walaupun kureng mdpt sambutan dr ahli2 lain yg mgkn terlibat dgn kekangan masa or komitmen lain, tp xtvt tetap diteruskan dgn meriahnye. kecoh, gurau senda, gelak tawa antara kami wlpun ada di antaranya yg baru pertama kali bertentang mata. itulah hikmatnya mpunyai kenalan yg bkongsi minat yg sama atas nama penulisan karya abg ramlee awang murshid (wlpun syima baru je join....)


stlh bermcm halangan n perancangan dibuat oleh ajk kl/wpkl sejak dr thn lps lg, maka xtvt yg dirancangkan telah menjd kenyataan pd 28.02.2009 yg bertmpt di tmn warisan pertanian. bg aku yg biasa punctual ni, so dtg awal drpd org lain n lepak le sekejap kat situ. lokasi tu utk breakfast n xtvt mcari harta karun. slps bertungkus lumus melilau merata tmpt mcari jawapan so dlm pukul 1.30pm, semua bergegas ke tmn putra perdana utk penyerahan kertas jawapan. abg ram, k dayang n aizuddin menyertai kami di sblh tengahari.


bg org jauh yg bkn menetap kat putrajaya so agak susah jugak la nak mcari lokasi tmn putra perdana, melilau jugak la di bwh terik mentari tu kan. aku siap sound si attokz jgn nak kenakan penalti masa kat aku sbb aku terlmbt beberapa minit. akhirnya semua org dah berkumpul then diberi masa utk mkn thari yg disediakan oleh abg web n chef hana, solat then games pun bermula. sampai tergolek2 aku, elle, syima sbb ketawakan diri sendiri yg x ingat apa ayat2 yg attokz sediakan utk games telefon karat.


apa2 pun, tahniah kpd elle, attokz n others yg bertungkus lumus utk mjayakan xtvt ini. x sia2 gak la kehadiran ku ke xtvt tu sbb aku n k lily dpt 3rd prize utk tressure hunt, ada goodie bag, lucky draw kan. oleh itu sbg kenangan antara kami, bnyk gmbr yg di snap oleh kamera masing2. aku nak letak 1 je kat sini, lain2 gmbr blh dilihat di facebook aku. sblm tlupa, jgn lupa jemput ktorg lg utk next xtvt.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails