Pengikut

Sabtu, 10 September 2011

7 bulan yang bermakna

ok aku memanggggggggggggggggggggggg teruja sangat ni. selain daripada melalui kehidupan sebagai seorang isteri yang aku rasa dah cukup bermakna, alhamdulilah lengkap segalanya..... ni lagi satu keajaiban yang berlaku.

menitik air mata bila melihat ciptaan allah melalui rasa dan perlakuannya. dengan usia kandungan yang memasuki 7 bulan ni ya allah aku suka sangat. lupakan sekejap payah nak tidur ke apa, sakit nak bergerak dan macam2 lagi. tapi aku dapat melihat sendiri baby ku bergerak melalui perut ni. subhanallah..... aku tak tau apa yang baby ku buat di dalam sana, samada dia meregangkan otot ke, tendang aku ke tapi perut ku ini sentiasa aku lihat.... dan memang nampak gerakan tu.

inilah yang dikatakan orang saat manis bakal ibu kan. ku mohon pada mu ya allah semoga zuriat yang akan keluar nanti sihat sempurna segalanya. tak sabar untuk aku menimang cinta kami ini. tapi aku rasa baby ku ini memang suka bermain2.

baby....ayah cakap kan biarlah baby main2 kat dalam tu. maknanya baby umi dan ayah aktif kan. atau baby tak sabar nak keluar jumpa ayah, kak nina, abg awin, abg johan, kak elin, nenek, pakcik makcik semua ek. heheheh tapi jangan keluar sekarang ye sayang.... baru 7 bulan ni. karang jadi kes tak cukup bulan pulak.

baby umi kena keluar bila cukup masa 9 bulan nanti tau.

sekarang umi sibuk sangat dengan hal nak berpindah ke pejabat baru. itu ini semua banyak hal nak dibereskan. kesian kat baby sebab banyak sangat umi kena bergerak. sabar ye baby.

walau terlambat melalui saat ini, tapi syukur kerana allah masih mendengar doa ku

4 ulasan:

JUMEE ZAILA AHMAD berkata...

dari jauh ku pohonkan doa, semoaga illa sihat sehingga saat melahirkan. semoga allah permudahkan semuanya ye... sabar ye..inilah saat manis bgelar seorang isteri dan ibu. Bersyukurlah kerana kita masih dapat merasai saat itu....

illaieylla berkata...

tq my fren. kannnnnnnnn.... kalau tau dari dulu lagi saya dah kawin kwang3

Mohd Abu Al Ghida Jamaluddin berkata...

tahniah ye kak...

illaieylla berkata...

@mohd abu...

terima kasih dik

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails