2 3 hari sebelum balik ke rumah bonda aku sibuklah duk membeli kuih raya tunjuk2 (al maklum le dengan keadaan aku yang sarat ni mana boleh nak membakar kuih ke apa kan) untuk bekalan bawak balik ke rumah ma.
alhamdulillah, setelah suami ku menyiapkan segala kerjanya maka bergeraklah kami ke jerantut pada tengahari isnin tu iaitu hari terakhir berpuasa. kelakar pun ada gak bila diingatkan balik. suami ku tu cadangnya memula nak membeli barang2 basah macam daging dan ayam kat kuantan ni je. tapi mak aih....bonet kereta dah penuh dengan barang2 jadi nak membeli masa dalam perjalanan balik tu le.
jalan punya jalan tak jumpa pulak orang menjual daging / ayam kat tepi jalan tu. aku dengan suami dan gabra ni.... ye lah karang beraya tanpa menu utama mana boleh kan. ok sampai rumah ma simpan barang2 dulu lepas tu kami bergerak ke pasar jerantut. alhamdulillah ada lagi orang menjual daging. lega.
hah ni satu hal nak kongsi dengan korang. masa nak beli santan tu borak sedap la. makcik tu ingat lagi aku kawin dengan pegawai polis tahun lepas (kwang3.....siap address tu), dia pun duk kat area rumah ma gak. tup2 masa nak bayar ha amik kau 2kg santan rm24.00. ok bayar je lah. ceh rupa2nya tu harga mencekik darah. kat pasar besar kuantan 1kg baru rm6.00.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan