rumah tu ada kenangan tersendiri..... dulu2 ada abah disamping kami. tapi ye lah dia sendiri yang mengundurkan diri untuk keluarga baru jadi hidup mesti diteruskan.
rumah ma itu jugalah yang menjadi saksi pernikahan aku tahun lepas. berlalu sudah hidup alam solo ku yang secara otomatiknya telah bertukar status kepada isteri orang dan ibu segera. meriah.... eh sape kata tak meriah ek, mantan ketua polis pahang iaitu datuk robiah siap datang tau masa kenduri aku tu (alamak tetiba macam ada unsur riak nak menunjuk laks hehehe sori). ma, adik2, saudara mara, pihak ipd jerantut, jiran tetangga dan semua yang terlibat tu aku ucapkan jutaan terima kasih.
ok kita berhenti cerita kat atas tu.
yang sebenarnya aku nak kongsi cerita dengan korang ni pasal kebisingan tahap melampau yang mengganggu ketenteraman awam terutamanya bagi rumah yang mengadap jalan utama jerantut. aku ni dah le kalau nak tidur kena suasana aman tenteram tanpa ada gangguan bunyi dan cahaya.
tapi ya allah.... aku pun tak taulah kenapa jalan kat depan rumah ma tu dijadikan mangsa untuk bebudak berlumba motor dan kereta. bayangkan aku yang matang ni pun payah nak tidur disebabkan oleh kacau ganggu tu, anak2 saudara aku lagilah payah nak tidur. asal malam je dorang berlumba. preng sana preng sini.....memekak tak hengat. yang masa malam merdeka tu lagilah adik aku kata macam nak berperang dah..... gamat entah apa2.
aku ada la berbincang dengan en asben dari aspek perundangan. ye lah kalau boleh disumbatkan semua yang berlumba haram tu ke lokap dan perbincangan kami serius dengan disertai adik ku. wah topik hebat tu hehehe. apesal dorang tu tak pergi berlumba kat dalam kebun getah ke hapa. kan baru betul cabaran tu. dalam gelap apanya. ni dekat kawasan bandar desa tu jugaklah yangdijadikan port. ish aku memang menyampah hangin betul dengan makhluk yang tak memikirkan keadaan orang nak tidur ke apa.
apa2 pun kan.... kepada yang suka berlumba tu tolongggggggggggggggggg le cari tempat yang sesuai untuk korang berlumba. berlumba dapat hadiah untuk negara diri sendiri tak pe lah jugak tapi kalau berlumba dapat mati katak emmm tak ke kerja sia2 namanya tu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan