Pengikut

Rabu, 7 September 2011

3rd n last trimester

alhamdulillah syukur pada mu ya allah.......

usia kandungan ku kini dah berada di tahap terakhir iaitu 3 bulan terakhir kehamilan. takut jugak sebab orang kata masa ni lah risiko kita boleh terrrrrrrrrrrrrbersalin bila2 masa je. pengalaman adik2 sendiri dan adik ipar yang mengatakan bahawa masa ni lah kita kena bersedia dengan beg persalinan baby setiap masa. bagi yang bekerja letak je lah beg tu ke dalam kereta kan senang.... maklum le nanti kalau ada apa2 hal karang terus je bawak beg tu ke hospital berdekatan.

imbas kembali detik 1st trimester yang bagi ku amatlah senang untuk dilalui kerana aku tidak mengalami alahan. tetapi bila masuk je 2nd trimester hah lembik habis....sempat la merasa duduk kat dalam wad kan. eh sekarang pun aku masih lagi lembik di waktu pagi iaitu bila nak berus gigi. mak aih..... habis benda kat dalam tekak ni nak dikeluarkan. menghabiskan masa 10-15 minit di dalam tandas tu memang dah jadi biasa. sisa2 batuk tu masih ada lagi..... tekak ni pulak masa mengandung ni lah nak minum ais je, kan cari penyakit namanya tu.

jadi aku harap untuk tempoh 3 bulan terakhir ni janganlah ada apa2 hal berlaku lagi. minggu depan nak ke terengganu untuk pertunangan johan. lepas tu insya allah bulan depan ke kl untuk majlis konvo elin. semoga aku diberi kesihatan dan kekuatan menjaga dan membawa kandungan ini.


pesanan kepada kawan2 di facebook:
maaf kerana tidak dapat membalas segala komen yang dilontarkan. fb dah diserang virus. aku cuma dapat membaca notification kalian di email je. sekali lagi terima kasih kerana masih sudi berhubung dengan ku.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails