owh cerita pasal kawin lg ke hehehe sori ye. kalau ada sesape yg tak suka baca entri ni so apa boleh buatkan....kiranya inilah dunia aku skrg wokeh...
tarikh ini genaplah sebulan aku memegang title seorang isteri kpd seorg suami yg amat aku sayangi dan cintai seumur hidup ku.....tak sangka kan macam baru semalam je kenduri tu berlangsung dgn meriahnya dan pejam celik pejam celik rupa2nya dah sebulan. terima kasih ya allah atas segala2nya. setakat ini kami tak pernah lupa untuk mengungkapkan rasa cinta antara satu sama lain....owh so sweet kan. he always said that he love me....and i love u 2 abg....tak lupa juga kerana aku dikurniakan 4 org anak yg dapat menerima diri ini sbg ibu mereka. walaupun aku tak de pengalaman menjadi seorg ibu sebelum ini tp pengalaman menjaga anak2 saudara walaupun kejap je boleh gak diambil kira kan.
permulaan hidup dgn title baru ni mmg agak kelakar sikit la. ye lah kalau nak compare time bujang dulu kan....aku kunci alarm agak lambat sket. lps solat subuh baru lah nak iron baju utk ke ofis. so for first 2 3 days tu a bit messy la....dgn bangun lambatnya....mana nak sediakan breakfast for my hubby and the kids, nak iron baju lagi....owh tak tau mana satu nak buat. but later i managed to deal with it. mlm basuh n sidai baju, lipat kain, iron baju aku n kids...luckily baju my hubby hantar dobi je so tak la kelam kabut kan hehehe.
but one thing about my hubby ni ialah dia a bit fussy psl makan. maklum le selera org selatan n melaka kan. jadi bila bertembung dgn lidah orang pantai timur ni so tak boleh tekak dia nak terima segala masakan yg ada gula aduhaiiiiiiii bang oit mana la nak balance rasa kalau tak bubuh gula kan. kang asik rasa pedas je emmm terjelir lidah hehehe. tp aku puji suami ku ni yg pandai memasak...jadi kalau dia rasa nak makan apa2 so dia masak sendiri je lah. ada masa terluang barulah aku lak yg memasak. elok la kan rmh tangga tu saling membantu kan...tak de la semua keje rumah nak dibebankan kat isteri je. sometimes its hard to believe that senior officer kat polis dept ni aka suami ku cekap kat rumah.
biasalah hidup berumahtangga dengan seseorg yg totally different in all aspects kan so sure mesti ada yg tak kena sikit kan. but we tried our best to overcome it n tak mo ia mengganggu keharmonian hidup kami. we practiced open discussion n communication ((walaupun kadang kala sakit gak telinga dengar segalanya hahaha)), honest n trust each other are d 1st priority. n sbg manusia biasa yg serba kurang ni, aku pun tak harap yg suami ku sempurna segalanya kerana tak ada benda yg sempurna kat dunia ni kan...cukuplah kalau dia menjadi dirinya sendiri di mata ku ini.
ok cukup kat sini je cerita aku ye. nanti kalau rajin aku stori lg errr kalau yg meluat tu so pegilah kat blog lain baca kisah lain lak ok....as a human being we can't please everybody n others also can't please us....bai wassalam