Pengikut

Rabu, 15 September 2010

blog dah bersawang

aduhaiiiiii dah lama ku tinggalkan dunia penulisan blog ni.

sibuk ke? mungkin gak le tp aku ada misi yg lagi besar dari ini....banyak benda yg perlu aku selesaikan sebelum aku noktahkan satu perjalanan untuk satu komitmen yg mungkin menuntut segala perhatian ku ((cewah macam dah bersedia jiwa raga tu hehehe tak tahan tul))

ramadhan yang lepas aku lalui dengan sebaiknya... berbuka puasa dgn cik abangku dan anak2... lepas tu meredah lautan manusia untuk membuat persiapan raya dan sedikit barang2 untuk hari bahagia ku yang dibeli di kl. dan mgkn sedikit masa aku luangkan untuk berbuka puasa dgn ma dan adik2....maaf, mgkn jika dipanjangkan umur kita akan bersama lagi

syawal merupakan hari paling bahagia ((bukan aku tak pernah bahagia sebelum ni ngeeee)) tapi ini merupakan syawal yang terakhir ((insya allah)) untuk si bujang seperti ku....tiada yang luar biasa pun pasal hari raya ku tapi dapat bersama si dia merupakan suatu hal terindah bagi ku. melewati hari2 bujang ku emmm rasa macam sedih lak nak ditinggalkan tapi aku pasti andai itu takdirnya maka akan aku persiapkan segalanya untuk menempuh satu alam baru. dan aku pasti dengan apa yang telah ditentukan olehNYA adalah seperti yg telah ditetapkan di loh mahfuz.

ada jugak aku terdengar kerisauan dari kawan2 terapat yang takut jika aku bakal melupakan mereka saat aku bertukar status nanti. well kawan2 dan adik2....seandainya korg mengenali diri ini maka soalan itu tak perlukan jawapan kerana aku pun tidak pernah terniat untuk memutuskan ikatan persahabatan kita....gelak ketawa tangis suka duka itulah yang telah mewarnai hidup bujang ku selama ini. tp sedia maklum kan, apa2 yang aku buat perlu mendapat restu dr si dia....ambik berkat la org katakan kwang3.
harapan aku untuk hidup baru yang bakal menjengah sikit masa lagi ((countdown tu beb ngeh3)) ialah semoga mendapat keberkatan hidup daripada ilahi. harapnya si dia dapatlah menjadi khalifah di alam baru ((walaupun ini bkn alamnya yg pertama ngeeee tp kira yg pertama la buat aku wokeh)), bimbinglah aku dan anak2 yg sedia ada dan bakal menyusul ((wah tak tahan tu....)). walaupun masing2 serba kekurangan dr segala segi ((tiada manusia yg sempurna wokeh)) tp aku harap kita saling melengkapi segala kekurangan itu dan cuba mencipta kesempurnaan. teringat lak lagu tok ti....Sayangi daku, Peluklah daku, Janji dengan ku, Semai cinta nan satu, Tuhan menguji, Takkan berhenti, Hanya ku pinta, Sama setia menjaga, Hingga ke alam syurga

kalian....doakan segalanya yg terbaik untuk aku ye...ma, adik2, famili semua....terima kasih kerana selama ini menjadi tunjang kekuatan ku di saat aku rebah, terima kasih juga kerana sedia berkongsi kegembiraan yang aku ada....kalian segalanya untuk ku. bakal famili baru....si dia, johan, elin, awin, nina....terima kasih kerana korg dapat menerima diri ini seadanya dan aku tak sangka bahawa segalanya dipermudahkan dan bantulah umi dan ayah untuk kesenangan dan kebahagiaan hidup kelak.
ok itu saja...jumpa lagi di entri lain ((itupun jika mood menulis datang hahaha))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails