aku la tu yg pakai key ijau hehehe sekali cuba best lak rupanya
hai jumpa lagi...
ok kali ni aku nak citer sket psl xtvt kembara or adventurous moment masa ikut company trip aku ke pulau tioman dr 23/10-25/10/2009 baru2 ni... kali ni biarlah aku guna bahasa simple je lah ye coz dah penat la time keje pun kena guna dwibahasa standard kan... so kat rmh sendiri ni biarlah aku jd diri sendiri kan hehehe.
sblm tu biarlah aku citer sket psl diri aku yg dari kecik ni mmg bkn adventure type. percaya or tidak...sejak dr sekolah aku x prnh sekali pun join camping ke apa ke coz bnyk benda yg buat aku geli, takut mcm2 lah kan. jd bila tingat balik semenjak 2 menjak ni dah bnyk benda yg aku x buat zaman dulu kala so aku rasa cam dah lengkap 3 suku hidup aku ni hehehe.
dgn takut nak masuk hutan rimba tp tmn negara kat jerantut tu aku dah redah... wpun pacat ((ke lintah ek)) ada kat dpn mata aku, sbb dah hisap kaki aku kan...then ada geng rhb dulu yg berdarah2 kaki sedekah darah kat pacat ke lintah tu. jd kesempatan hujung minggu yg lps aku dan ofismate dah buat lawatan ke pulau tioman.
intro jap ek...adik aku yg no. 3 dulu prnh jd cikgu kat sm tekek, pulau tioman. selalu dah dia ajak aku ke sana (skrg dia dah mengajar kat sek di kuantan ni) tp cam biasa la aku ni lemah sket psl naik feri ni ke bot ke.... ye lah kang dah muntah mabuk laut ke x ke menyusahkan org lain nak pay attention kat aku je kan. bnyk la fobia aku masa tu. ni pun kalau ikutkan aku berani2 takut je mencuba join kat pulau tioman baru2 ni. alhamdulillah...ketakutan naik feri tu dpt aku atasi..yeyey x muntah pun. laut lak tenang je. ktorg menginap kat island reef resort utk 3d 2n tu.
hari pertama......
ari jumaat tu lps dpt kunci bilik, aku n other ofismate turun utk lunch. sedap gak makanan kat situ. lps rehat jap dlm kul 4.30 ptg, ktorg disuruh oleh tourist guide iaitu ken utk bersiap2 utk xtvt pre-snorkeling. ha ni lg takut.... coz aku x pandai berenang. tp aku diyakinkan oleh ken katanya kalau pakai life jacket, google n alat pernafasan mulut tu so kiter x akan tenggelam. kami pun diajar la utk bernafas dgn betul. wah aku excited sungguh tau coz kat tmpt tu pun blh tgk coral. then ada lak dorg terjumpa gamat itam yg dipanggil gamat mamak. pas tu mlm dinner.
hari kedua.....
lps bfast, semua dah sedia dgn proper attire coz xtvt ari tu ialah ke marine park. ken pun dah siapkan our lunch set utk dimakan di sana. naik bot lak. takut gak tp beranikan diri so semua dah stabil. mula2 kami di bawa ke duty free shop kat kg tekek, terjumpa marina yg cantik2 kat situ. lps semua mengabiskan duit, so kami naik bot lg utk ke marine park. wah ramai tul org kat jeti tu.
errr dlm hati aku ni duk ckp nak turun ke x tgk ikan2 yg jinak tu. ye lah dgn training pre-snorkeling semlm tu rasanya ok coz nmpk lg pasir kan. tp aku dgn berani2 takutnye (berani coz kiter mgkn x tenggelam kalau pakai life jacketkan) turun gak le lps control pernafasan utk tgk ikan2 n berenang? (kalau blh dipanggil berenang hehehe) ke boya kat tgh tu...alhamdulillah selamat menyeberang. tp lps tu nak balik semula ke jeti aku dah terminum air masin coz lupa cam ner nak apungkan diri n google tu lak masuk air. aku dah panik, cuba gak mintak tlg tp semua org 'bz' dgn hal masing2 n tangan lak duk control google n cari pernafasan (mmg aku rasa masa tu aku dah hanyut x tau ke mana) tp tetiba aku yakinkan diri yg aku kena bertenang. so alhamdulillah dpt la aku naik semula ke jeti.
lps lunch kat gerai kat situ, basahkan diri dr air masin....kami semua bertolak ke pulau x bernama (coz lupa nak tny ken). kat sini kami nak tgk coral. so mana yg pandai berenang tu best la dpt turun snorkeling sekali lg kan. mula2 aku x nak turun tp dlm hati ckp alang2 dah sampai ke sini wat pe x mo turun kan. so dgn lagak ala2 berani takut ni aku pun turun le snorkeling dgn berpaut pd pelampung (sblm tu dah pakai life jacket, google, alat pernafasan) bersama dgn ofismate aku then kami dibawa bersiar2 oleh ken.
subhanallah....cantiknye coral kat sini (tmpt lain aku x tau ek coz x prnh g tmpt lain). aku kagum dgn ciptaan allah kat laut ni. coral yg mcm bunga tu besar sungguh....terasa cam tgk akuarium besar lak. mmg ajaib pengalaman sendiri ni. selalu tgk kat tv je kan. tp aku rasa cam terjumpa nemo lah... mmg rugi kalau aku x turun snorkeling tu. coral bersepah cam tmn bunga kat daratan je....cantik. x abis2 aku memuji kebesaran allah. tp disudut lain, aku sebenarnya dah menggigil coz terfikir kalau lah aku terjatuh kat dlm ni mst org x jumpa dah. then ken terjun ambik gamat muda n tunjukkan pd kami tp errr ada citer lucu n emmmm biarlah aku dgn ofismate je yg tau hehehehe. sejuk air kat situ.
ptg balik bilik, aku masih lg terasa saat2 snorkeling tu especially bila nak pejamkan mata...terbuai2 naik bot. masing2 share citer masa bbq dinner tu.
hari ketiga....
lps bfast, ada yg g scuba diving....dan pd yg x reti mcm aku n d geng so cukuplah main volleyball je. then balik ke tanjung gemuk dgn feri kul 12.30pm. penat la wat citer so korg tatapilah gambar2 kat bwh ni.
aku sebilik dgn roza...duk lak sebelah bilik makcik
ni sesi pre-snorkeling
lps lunch kat marine park
posing sblm balik
alah lintang pukang dah susun gmbr.... slmt dtg ke kg genting (pd hal time nak balik dah ni hehehe)
inilah island reef resort
antara mereka yg dirai coz lahir bln october
kat marina (lupa nama) kg tekek
excited giler ni nak g snorkeling
kan dah ckp...tgk pic masa mula2 sampai kat tg gemuk dah duk last sekali hehehe