Pengikut

Jumaat, 13 Julai 2012

sukma pahang 2012


sekarang kat negeri pahang ni sedang berlangsung sukan msia aka sukma. antara venuenya ialah di daerah kuantan, pekan dan temerloh.

bagi penduduk yang tinggal berdekatan dengan venue2 tu silalah pergi tengok segala jenis sukan yang dipertandingkan. tapi umi sendiri payah nak berangkut anak pinak keluar bersesak2 tu....ada masa tengok tv je lah ek.

banyak gak umi ternampak kelibat van bas kereta kontinjen dari negeri2 lain yang berkampung di daerah kuantan ni antaranya ialah di sebelah kuarters umi iaitu di d'embassy. kulu kilir dorg keluar masuk.

tapi yang tak sedapnya bila umi baca paper kata peniaga2 makanan eh segala jenis benda yang boleh diniagakan tu semuanya naik harga. habis orang merungut bagai. makan kat restoran dalam 30 orang kena ketuk sampai rm1800. masa baca tu cakap dalam hati betul ke. tapi bila encik suami kata kawan dia yang jadi coach golf dari johor pun dah terkena makan ikan bakar 12 orang rm500 hah baru umi percaya.

dan yang paling tak logiknya ialah sewa motosikal sehari pun naik jadi rm120. oi memang mencekik darah betul la kan. kesian orang2 luar yang datang ke pahang ni kena ketuk. tak baik tau. kalau sekali pun nak cari keuntungan biarlah berkat, jangan sampai disumpah seranah orang kannnnnnnnnn.

jangan sampai orang tak nak pahang, kuantan sudah....jangan kena boikot ye...fikir2kan dan selamat beramal hahaha

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails