Pengikut

Khamis, 5 Julai 2012

persiapan menyambut menantu-hari terakhir

sori....lambat update story pasal hari terakhir persiapan nak menyambut menantu pada 29.6.2012 yang lepas. elelele macam le ada reader or silent reader passed-by kat blog ni eh...perasan je. whatever lah...yang penting umi dan suami selaku tuan tanah kedaung (eh kat mana umi dapat word tu pun cam lupa lak tp best lak bila guna hehehe) very the exhausted tau.

barang2 untuk door gift semua sampai pada petang 29.6.2012 so apa lagi semua pakat bekerja keras le...tak kira lelaki pompuan tua muda. telur pindang dari muar, box berisi muffin and glass jar dari kajang, tapai dari melaka...wah serata msia tu hahahaha.

dinner lak kami order dari caterer yang diuruskan oleh kpl mek, merangkap orang kuat untuk wedding johan ni so mana yang lapar tu makan dulu. umi cam biasa nak mandi tapi encik suami kata tak payah mandi lagi selagi kerja2 tak habis...kang berpeluh lagi katanya. emmm ikut je lah. malu lak bersalam peluk cium dgn adik beradik ipar duai yang datang dengan badan berpeluh bagai hahaha. 

kaki dan tangan umi memang tak duduk diamlah pada hari terakhir tu. ada aje kerja nak dibuat. kejap ke dapur, kejap ke depan...raisha pun entah ke mana ke tangan sapa dah perginya....sian anak ku. dannnnn umi cipta satu lagi rekod iaitu mandi pada jam 11.30 malam, dinner pukul 1.30 pagi dan tidurnya pada pukul 3.00 pagi. fuhhhh bila dapat baring dalam kedinginan air cond tu alahai cepat je terbang entah ke mana2...maklum le penat kan.

jom layan gambar2 hasil tangan adik bongsu umi iaitu farah.

bekas telur diorder oleh johan, dari supplier kat kl yang mengimportnya dari china. dilapik dengan shredded paper then lepas tu baru masuk telur pindang. dibungkus dengan kain net, ikat, letak stiker tu

 ni bekas kristal pemberian abg ipar ku dari jb...tengkiu abg salleh

 tengok tu...semua bertungkus lumus. abis ceruk rumah diduduki.

 ni sudut kat depan tv. yang bertudung hitam, inner hitam itulah tokei gift box iaitu adik ku fizah. 

 glass jar yang diisi ke dalam gift box

 yeyyyyyyy ni lah gift box nya

 ma, anak ku elin (raisha tengok je), adik2 ku dengan adik ipar bertungkus lumus menyiapkan door gift

pandai adik mengambil gambar dari semua sudut ye


terima kasih kepada semua ahli keluarga yang sudi menolong kami membuat persiapan terakhir menyambut menantu pada hari jumaat yang lepas.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails