Pengikut

Rabu, 11 Julai 2012

our little princess-7 months

cepatnya masa berlalu. kejap je raisha dah 7 bulan umurnya. kalau tahun lepas duk membilang hari dengan trimester terakhir...resah gelisah nak tidur, berat bawak perutnya, berat, malas, letih macam2lah.

 saat pertama melihat cinta kami lahir


ingat lagi waktu contraction pagi 24.11.2011 tu...umi memang menanggung hazab yang amat. diberi peraldhine (ke apa nama gitulah kut) suruh kurangkan contraction. boleh tidur sekejap lepas tu sakit semula. bila paginya dalam kesakitan contraction yang datang 5 minit sekali tu, umi sempat lagi ke toilet dengan berjalan lagi perlahan dari penguin hehehe. siap berus gigi, cuci muka dengan facial form lagi tau....jaga kebersihan la konon hahaha tapi sekejap2 berhenti menahan contraction. walaupun sakit nak bersalin, kebersihan, merapikan diri kena jaga wokeh...

al maklum le umi ni segan kalau orang tengok dalam keadaan comot kusut masai kan hahaha mengada tak. karang nak meraung kesakitan segan lak kalau tak gosok gigi bagai kan kwang3. hah beberapa minit lepas tu  umi dah menjerit dan ingat dunia dan terasa tusukan pisau dan lahirnya NUR RAISHA (cahaya pemimpin/raja) kami. syukur ya allah

dah berubah kan muka raisha

dannnnnnn inilah wajahnya sekarang. dah lasak, dah pandai menggomol umi, ketawa mengekek, laju mengesot ke depan, merangkak belum lagi. eh nak pakaikan dia diapers biasa pun tak boleh dah tau so umi terpaksa belikan diapers jenis sarung tu...hah senang kerja kan.

cepat la besar ye sayang...kak nina tu tak sabar nak bawak jalan2 kat taman rumah kita tu. opppsss dah terbayang ligatnya dia bila dah boleh berjalan berlari kannnnnnn

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails