Pengikut

Khamis, 17 Mei 2012

our little princess-demam

ololololo kesiannya sayanggggggg.....demam eh. actually hari selasa 15/6 ari tu umi dah ambik emergency leave sebab jaga raisha yang demam ni. si tetik ni lak demam dia on and off. lepas tu hari rabu umi pergi kerja semula tapi sempat le bagi kak nani ubat suruh dia bagi kat raisha ikut time. thank you kak nani sebab sudi menjaga si tetik kami ni.

picture kat bawah ni masa dia demam malam tadi. tu baju ke dua yang dia pakai. balik kerja petang tu terus umi sejukkan badan dia, balut dengan kain basah dan tualanya. bila tengok keadaan sejuk sikit, pakaikan baju tidur semula tapi kain lembab tu still adalah.


rupa2nya sebagai ibu kita tak akan sanggup lihat anak2 sakit kan. contohnya macam raisha ni lah. tengok mata dia yang tak bersinar tu alahai kalau boleh balikkanlah sakit tu dekat umi. so last night raisha tak tidur dalam cot dia tapi tidur atas katil dengan kami. hehehe nasib baik king size bed boleh muat ramai kannnnn. masa ni dah pukul 12 midnite lebih kurang tapi raisha still berjaga. kejap umi bawak raisha temankan ayah yang kusyuk duk tengok citer hindustan kat tv2 kejap bawak dia masuk bilik


tengoklah tu...dalam sakit pun sempat lagi mata pandang kamera eh...clever girl raisha ni. umi dah pening2 lalat masa ni sebab tak tidur lagi. bila nak tidur sempat ayah kacau lagi hehehe lastly tak tau tertidur pukul berapa. tapi rasanya macam dah biasa tidur lambat sejak si kecik ni lahir....terpaksa tolak ke tepi perasaan nak tidur dipanggil bantal tilam segala tu.

lepas tu bangun pagi2 lagi pukul 5.30am sebab masakkan bihun goreng untuk awin bawak bekal ke sekolah untuk sarapan 1msia katanya...macam2 la program sekolah awin tu. see....jadi ibu ni terpaksa berkorban segalanya....dengan tak cukup tidurnya segala bagailah. tapi itulah pahala yang senang untuk kita dapat dan kalau buat salah/dosa pun cepat jugak dapat...sedia maklum macam umi ni yang menjaga anak2 yatim macam awin / nina tu...amanah dan tanggungjawab tidak boleh dipersiakan...kang menjawab la kat kubur nanti...nauzubillah

sayanggggggggggggggg anak2 umi......harapnya hari ini raisha dah sembuh sepenuhnya sebab esok kami sekeluarga akan travel ke jb untuk menghadiri kenduri kahwin anak saudara. emmm ramai lak anak2 saudara yang sampai seruan mendirikan masjid tahun ni ye...

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails