Pengikut

Jumaat, 4 Mei 2012

luahan hati isteri polis

tiru entry luahan hati seorang anak polis eh....bukan tirulah...just nak menambah dan membuat luahan hati daripada sudut isteri seorang pegawai polis ni hehehe

emm idea banyak tapi bila dah pegang keyboard ni kelu lak dan tak tau dari mana nak mulakannya. serius blank tetiba. so tak pe la kan kalau point umi ni lintang pukang ke hapa.

mengambil iktibar daripada peristiwa b***** baru2 ni. menyampah pun ada (memang menyampah pun) bila melihat anggota2 polis yang sewenang2nya dibantai begitu rupa, diberi gelaran dengan pelbagai. eh korang ni kepala duk kat lutut ke. apesal yang geram sangat kat pdrm tu. sebab dia jaga keselamatan eh. sebab mereka sekat cara korang nak berpiket tak tentu hala tu eh. ke sebab mereka nampak berbeza bila memakai uniform tu. elelele kalau nak uniform tu cakap je lah, pegi kedai suruh tailor jahit cam tu. jabatan/kementerian lain pun ada gak uniform tapi kenapa geram sangat dengan pdrm tu. *&#^%$. korang tuduh mereka makan rasuah manjang eh...ada bukti ke...sila kemukakan dan buat pendakwaan. tolong bukak mata sikit ye. kenapa jabatan lain yang ada makan rasuah tu korang diamkan diri je, asal nampak yang buruk rasuah bagai asyiklah kena kat pdrm eh. oit mereka pun ada jabatan agama yang tau hukum hakam bagai tu.

jangan cakap kosong je nak main tuduh hentam keromo. yang kerja sendiri ke, perasan alim pun ada gak rasuah bagai tu tapi kenapa orang tak highlight. sebab mereka tak de pakai uniform...betul tak. tu memang mentaliti yang emmm malas nak sebut ada dah.

untuk info., pdrm tu hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebagaimana mereka telah tandatangan borang akujanji kerja tu (betul ke ni...appointment letter la lebih kurang kan...umi tak pernah keje gomen so tak tau apa istilah dorang guna). walaupun masa tu yang dibantai, disepak terajang adalah bukan suami umi tapi bila melibatkan police society memang terasa sangat. bayangkan kalau kena kat famili korang ha mesti menangis kan. umi ni walaupun baru 2 tahun join police society tapi terasa setiap kali bila menghantar suami pergi kerja, siap cium tangan errr rasa macam ooooo adakah ini pagi yang terakhir umi dapat jumpa suami. tapi kalau dia balik dengan selamat petangnya....ya allah syukur kau panjangkan lagi nyawa suami ku. sebab apa umi ada perasaan macam tu, sebabnya ialah setiap kali mereka keluar kerja dengan bergadai nyawa....dengan tidak disukai masyarakatnya, kut kang ada peluru sesat kena tembak bagai ke.

ataupun nak umi cakap gini je...kalau dah tak percaya sangat dengan kewibawaan/integriti kerja pdrm tu kan...kalau korang ada masalah famili kena rompak ke rogol ke harta benda kena curi ke apa ke so pegi buat report kat balai raya ke, balai bomba ke...kelakar kan. memang la, dah nak menyamakan kepala duk kat lutut so kena ajar gitulah kan. try lah terus menonong pergi ke mahkamah emm mesti kena halau baliknya sebab pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana tiada report polis bagai tu (eh pandai lak umi bab2 ni eh).

penat fikir hal ni. jadi umi sebagai isteri pegawai polis ni berbangga dengan suami dan anggotanya yang melakukan tugas dengan penuh dedikasi. hidup pdrm demi keamanan negara yang tercinta ini.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails