Pengikut

Isnin, 21 Mei 2012

(lagi) anak saudara kawin

balik kampung eh balik ke bandar jb lagi kami anak beranak dari hari jumaat lepas hingga ahadnya. walaupun suami ku ini orang jb, ada rumah tapi semua disewakan. nak tak nak terpaksalah mencari hotel dan yang sewaktu dengannya sebagai persinggahan sementara. hehehe murah rezeki betul eh sebab ada orang sponsor hotel...yeyey terima kasih daun keladi, ada masa belanjalah lagi eh. 

emmm ramai lak anak2 saudara suami ku yang dah sampai seru untuk mendirikan rumahtangga tahun ini. kenduri pasal anak abang aim dalam bulan 3 baru ni lupa nak blog out errr sebab kepanasan kut. jadi gambar segala bagai tak sempat nak snap.

kali ini anak abang salleh kami berkahwin dengan jejaka pilihan hatinya. umi pun lupa pulak tu anak no. berapa. alhamdulillah raisha dah sihat dari demam cuma batuk selesema tu still ada la. jom layan gambar2 kat bawah ni. umi pun tak tahulah apa kena dengan kamera umi tu. hari sebelumnya dah tengok bateri full tapi bila sampai kat lokasi nak snap je terus dia bagi warning kata bateri low. dulu pun jadi gak masa johan-sabrina bertunang...banyak pic yang terlepas nak snap. ni kualiti kurang sebab snap dari hp samsung galaxi s umi je.

haruslah pic tuan tanah berada di carta teratas hahaha. tu kerja baru raisha iaitu menghisap jari. eh orang kata kalau baby hisap jari dia budak baik...wallahuallam. 

hah termenung lak raisha ni bila kak nina snap eh. kita pakai long pant n sock ye raisha sebab wedding kat dewan karang sejuk hehehe tapi ampun panas kemain.


 ha nilah orang yang diraikan hari tu. sorilah auntie lupa lak namanya hehehe anak sedara ramai sangat kannnn. for info., abang salleh tu buat bisnes restoran dan bridal saloon. jadinya segala baju kerusi pelamin yang kat belakang tirai tu semua dari saloon dialah. kalau orang jb mesti kenal dengan az saloon kan. baju kawin umi dulu pun pakai yang dari az saloon. glemer tu even linda jasmine-que haidar pun dah try baju kat situ.

hahahaha sila jangan kutuk. umi pun lepas tengok semula pic ni masih tak faham apesal duk lentok kemain kat pengantin tu aduhaiiiiiiiii. ke nak ambik seri berkat pengantin kut kwang3... 

anak2 dara ku nina elin dan sepupu mereka. cepat2 sape nak ngorat elin coz dia still available hehehe tapi kena tanya tuan badanlah dia dah berpunya ke belum 

elin...tolong snap pic umi dengan ayah dan adik ni. alamak nampaknya umi sorang je yang pandang kamera. suami ku tu duk ketap bibir nape ntah. si tetik raisha mengamuk tetiba 

amboi lebarnya sengih umi hehehe. tengok si tetik tu sekali tak duduk diam. baby makin nak membesar banyak ragam dah raisha tunjuk eh.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails