Pengikut

Sabtu, 16 Jun 2012

persiapan menyambut menantu-2

semalam terima call dari kakak ipar sulung yang duduk kat muar, johor tu. hehehe actually dia nak call adik dia tapi biasalah suami ku itu kalau kat ofis dia miting bagai payah nak jawab phone.

kak long saadiah tu nak confirmkan berapa biji telur yang nak dibuat telur pindang sebab dia nak masak kat muar dulu lepas tu barulah dibawak ke kuantan untuk majlis kat sini. tradisional betul suami ku kan.... sebabnya dialah yang mintak nak bagi telur pindang sebagai cenderahati.

tanya pakcik google gambar telur pindang ni


ha pic kat atas tu lah tunjukkan cara nak memasak telur pindang, yang direbus bersama daun2 khasnya. eh korang jangan risau ye sebab telur pindang ni walau dimasak 3 4 hari awal tapi dia tak akan busuk macam telur rebus biasa tu. kalau tak silap ianya boleh tahan seminggu gitulah.

hah bersiap sedialah kaum kerabat ku untuk mengisi telur ke dalam bekasnya nanti ye... jom berkumpul di rumah ku nanti.....

2 ulasan:

KayKhAlif berkata...

Akak ipar akak dok kat muar? Hoh, boleh singgah rumah kalau turun ke muar.

illaieylla berkata...

tu la kay oit...
aah kakak ipar akak duk kat muar tp suami akak tak berkesempatan lagi nak bawak akak round ke semua rumah ipar duai. kampung apa ke taman apa tu akak tak pasti lak.

insya allah kalau ke sana nanti boleh akak calling2 eh

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails