Pengikut

Isnin, 25 Jun 2012

majlis akad nikah johan-sabrina

ikutkan umi ni hari khamis 21.6.2012 kena kerja lagi tapi disebabkan petang rabu lepas balik kerja tu babysitter kata badan raisha panas so kenalah cuti hari khamisnya. balik kerja petang rabu terus demah badan raisha dengan tuala sejuk, bagi dia makan ubat dan umi pun tak lena tidur malam tu.

umi siap cakap dengan encik suami kata tak nak pergi ke kuala terengganu hari jumaat 22.6.2012 sebab takut nak travel dengan raisha demam tak kebah lagi tu. tapi encik suami berkeras gak suruh ikut aduhaiiiiii perintah dijunjung suami ku.

dengan disertai adik ku teh, maka famili umi bergerak ke kuala tganu pada pagi jumaat 22.6.2012 dengan memohon semoga perjalanan kami dilindungi. alhamdulillah tengahari selamat sampai ke kuala tganu dan terus check in di primula hotel. 

ok dipendekkan cerita, malam tu famili kami berkunjung ke rumah besan tuan haji long di jalan panji alam untuk acara pernikahan anakanda kami iaitu johan dan sabrina. makanan sedap sangat sebab diorder daripada primula hotel. bukan nak condemn makanan tempat lain tak sedap tapi dah besan ku ialah one of the bod di sana jadi segala persiapan makanan tu mestilah first class kan. 

 teh yg rajin snap pic kami anak beranak. di lobi primula hotel sementara menunggu encik suami mengambil kereta. masa ni raisha dalam keadaan demam yang kejap panas kejap sederhana panas. kalau dia panas tu memang buat hati risau je

 mak ayah tumpang bergambar dengan anakanda pasangan pengantin. well, umi mencipta sejarah tersendiri ni hehehe sebab dalam umur 38 tahun dah jadi mak mertua gitu. umi ada baby dan menantu tu cayalah kan. hidup kita ni memang tak boleh jangka kan....alhamdulillah atas kurniaan yang maha esa untuk segala yang diberikan. 

tu dress recycle sebab suami ku kata tak payah membazir duit nak beli baju baru hahaha kedekut betul suami ku ini. rasa cam rimas lak ada sayap kat baju tu emmm nantilah kalau free nak hantar pergi buang. walaupun sayang dengan dress hajaba tu tapi bila ada baby ni payah la nak berjalan dengan sayap bagai tu kan

anakanda kami, johan bersama pengarang jantungnya, sabrina

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails