lain orang lain pendapat yang ditegakkan. ada yang kata alah masa tu kita yang tentukan jadi pandai2lah bahagikan masa kan. emmm ada betul gak kata2 tu. tapi aku rasa dah tak boleh nak menatap mukabuku sepanjang masa macam zaman dolu kala. zaman berubah, komitmen pada keluarga juga bertambah. ditambah pulak dengan anak2 yang sudah semakin pandai menggunakan laptop segalanya fuhhhh tak terkejar. lagi pun sejak bertukar status ni aku rasa masa yang aku ada amatlah berharga untuk dihabiskan dengan suami anak2 dan ahli keluarga yang lain. aku nak menikmati sepenuhnya segala ruang sementara dipinjamkan ke dunia ni.
ada orang kata alah kalau berkawan di alam maya pun boleh fokus dengan keluarga juga kan. ye betul tu. tapi lain dengan aku. kehidupan dah berubah sejak diikat ni. masa cepat sangat berlalu. aku ambik contoh adik aku yang hidupnya alhamdulillah dikurniakan segala2nya walau tanpa bertenggek menjenguk internet segalanya.
aku nak lihat keluargaku membesar dan dengan anak yang bakal lahir ni rasanya akan menuntut sepenuh masa ku. tengoklah bila dalam masa berpantang 2 bulan ni mungkin aku akan menimbangkan cadangan suami ku emmm harap segalanya dipermudahkan.
ada juga rakan sekerja yang bising bila balik daripada chiangmai hari tu aku menyatakan hasrat suami yang melarang aku daripada menyertai rombongan syarikat tanpanya dan anak2. katanya kita sebagai ibu dan isteri ni perlukan masa dan ruang untuk diri sendiri. suka hatilah nak cakap apa....kau tak melalui apa yang aku dah hadapi. sedikit pun aku tak menyesal dengan apa cadangan suami ku kerana aku memang suka berada di samping keluarga. dan suami tidak pernah gagal untuk membawa aku dan anak2 berjalan ke mana sahaja.
mungkin yang telah menemui jodoh di awal usia tidak sependapat dengan aku. banyak yang mereka lalui yer mungkin ada yang dah jemu dengan perkahwinan masing2. tapi bagi aku yang baru setahun jagung melayari alam berumahtangga ni aku memang nak memanfaatkan segala2nya pada keluarga...satu hari tanpa mendengar suara sang suami adalah hal yang menakutkan hehehe miss u bang.
2 ulasan:
Yearghh!!!
Saya sokong je perkara2 yang baik kerana ianya untuk kebaikan, bukan kemudaratan.
Asalkan masih boleh dihubungi sekali-sekala tak ada masalahlah.
Stress tu kasi kurang lagi kak.
Kurangkan marah-marah.
Lagi cool, tenang dan hepi lagi bagus untuk adik tu membesar lepas dia lahir nanti.
Hehe....
hahahah terima kasih kay kerana sudi singgah ke teratak buruk akak ni. akak pun suka kalau kay masih sudi sms ke calling2 akak ke kan. datang kuantan jangan lupa le jumpa akak ni.
stress??? hanya ibu mengandung je tau cam ner hehehe
Catat Ulasan