Pengikut

Rabu, 30 November 2011

our little princess-day 5

sakitkan sayang.....kesian anak umi

ya allah anak ku sekecil ini dipaksa berpuasa semalaman (sempat menyusukan dia sekejap je). tidur hanya dengan diapers

tubuh kecil yang dimasuki drip dan air melalui kaki


siapa tak terharu melihat gambar2 di atas memang hati dia kering betul. tubuh kecil yang baru berusia 5 hari dimasukkan air segalanya....katanya untuk mengurangkan kadar jaundice yang berada di dalam badan anak ku.

naluri seorang ibu? tidak usah ditanya kerana aku sudah puas menangis melihat keadaan anak ku. teresak2 ke apa semua umi dah buat. luluh hati seorang ibu. mengadu pada suami sudah, mengadu pada bonda pun sudah. selama 5 hari apatah lagi mengendongnya ke hulu ke hilir selama 9 bulan tak pernah berpisah tapi gara2 jaundice umi berpisah tidur dari si kecil ini. hanya bantal peluknya menjadi peneman tidur di wad. walau selang beberapa langkah tapi apalah daya umi yang baru menjalani pembedahan nak berjalan secergas orang lain jadinya pergerakan lambat bila tiba masa untuk menyusukannya.

setiap hari umi berdoa semoga kadar jaundice anak ku turun dan dapat balik ke rumah. syukur dengan berkat doa daripada semua orang maka hari ini 30/11/2011 kami dibenarkan keluar daripada hospital.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails