mula2 aku tak nak pergi scan. ye lah lepas banyak kali pergi check-up puan misi duk tanya dah rasa ke belum pergerakan baby dalam perut ni. ala puan misi ni pun....kan ni pengalaman pertama aku jadinya manalah aku tau masa bila baby ni bergerak atau aku yang tak perasan bila dia gerak kan.
lepas tengok muka puan misi tu semacam je, jadi aku pun pergi buat le buat check-up lepas kerja. pssssttt kalau ikutkan suami ku tak bagi scan baby ni sebab katanya takut ada jangkitan lain daripada ubat sapu tu dan dia kata biarlah jantina baby tu jadi kejutan hahahaha. tak boleh betul la suami ku itu kan....kata puan misi scan tu tak semestinya nak tengok jantina baby je tapi nak tau betul atau tidak jangkaan pembesaran baby dengan tarikh akhir haid kita.
jadi dengan semangat wajanya terkedek2 la mak buyung ni ke klinik. yey alhamdulillah doktor kata pembesaran baby sama dengan tarikh yang aku bagi. insya allah dijangka bersalin akhir bulan november 2011 nanti. mula tu tak nak gak tau jantina baby tapi doktor kata awak sorang je lah tau tapi tak payah bagi tau suami hahaha mana boleh doktor oit. dapat le aku melihat dan merasa pengalaman pertama kali melihat baby ku hasil cinta kami di skrin.
aku tak tau perasaan bakal ibu atau ibu2 yang lain. tapi bagi aku saat itu punyalah syahdu abis. siap aku menitiskan air mata depan doktor. sayang suami ku tak dapat bersama kerana tuntutan kerja. jadi aku kongsi pengalaman tu kat rumah je. melihat hasil cinta yang membenihkan sesuatu tu ya allah syukurnya aku rasa. biarlah orang kata lewat untuk menjadi ibu tapi sekurang2nya aku dapat merasa pengalaman ini semua.
suami yang paling gembira kerana dia memang kepingin baby girl. walaupun itu jangkaan doktor tapi aku tak kisah seandainya yang lahir nanti apa jantina kerana bagiku dia lahir sihat sempurna cukup sifat anugerah ilahi adalah satu bonus. hahaha aku dah selalu panggil baby ku dengan nama yang akan diberikan tapi dia asyik tidur je (ni mesti sebab aku selalu makan ubat).
telah ku hebahkan kepada ma, adik2, anak2 yang sedia ada tentang baby girl ini.
walau aku rasa tak larat dah tapi aku gagahkan diri demi hasil cinta kami ini. eh korang tau tak. aku ni baru nak pergi beli barangan baby (tak nak warna pink sebab dah bosan tengok warna tu hehehe) tapi yang kelakarnya set jamu bersalin aku dah beli tau. hari tu sesaja nak survey barut dekat butik sendayu tinggi eh alang2 dah ada kat situ jadinya beli teruslah jamunya. ok apa sebab dia dah jadikan pil....dan boleh diambil mengikut tempoh hari kita berpantang. makcik ofis ni kata dulu dia punyalah hazab sebab jamu semua dalam bentuk serbuk yang kena dibancuh.
baby girl.....semoga semua selamat ye nanti. tak sabar nak tunggu akhir bulan november.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan