banyak berat awak naik ni
apa tak banyak naiknya misi, setakat ari ni memang tak leh puasa lagi. dah try 1st day tapi yang kat dalam ni duk meragam je. tak pe lah nanti saya ganti pose (hehehe)
eh apesal perut awak keras ni
entahlah misi. saya pun tak tau. dari malam tadi lagi dia buat hal. nak tidur pun susah.
ok, kita ambik darah hb (kat jari) dan cucuk kat bahu.
alamak cucuk lagi ke misi....sakit la
tapi memang sakit la cucuk kat bahu ni, lenguh tau. karang tak payah masak
hah sakit...ish tak boleh ni. suami saya balik dari outstation hari ni, kena gak masak sikit walau tak banyak mana
actually kan...malam tadi aku baca novel karya terbaru aisya sofea, uda dan dara. pas tu si dara miscarriage lak. aduhai tak sangka lak aku terbawak2 dalam tidur pasal ni. bangun pagi tadi terus check perut aku hehehe alhamdulillah baby aku selamat.
ok, nanti lepas raya awak datang lagi ye untuk minum air gula
ye lah misi (so far aku tak de penyakit kencing manis tapi disebabkan sejarah mak aku yang ada penyakit 3 serangkai tu jadi nak tak nak kena minum gak le)
yang peliknya baby aku ni kan....masa duk menunggu turn dipanggil misi eh elok je dia duk menendang aku kiri kanan. lepas tu bila misi panggil dia duk diam, sampaikan misi pun pelik apesal tak bergerak lagi ni. aku citer la yang sekarang baby aku sakan duk gerak. nakal eh baby umi ni.....ayahhhhhhhhh tengok baby ni ha
Tiada ulasan:
Catat Ulasan