wokeh kita dah sampai ke penghujung cerita pasal team building trip to chiangmai (jangan le ada yang tanya jauhnya buat team building kan hehehe i dunno....ikut je). actually trip kami ni dibahagikan kepada 2 iaitu 1st trip dulu dah berlepas dalam bulan 6 dengan staf lagi ramai daripada yang 2nd trip. tiada paksaan untuk trip anjuran syarikat cuma kita sebagai staf kena top-up sikit la yang anggaran tak sampai rm500 pun, the rest tu sponsored by sports and recreation club. yang paling sikit penyertaan ialah staf dari kulai.
perasaan bangun pagi wah semangat betul....maklum le tak sabar nak balik ke msia kan. breakfast ala kadar dengan roti je sebagai alas perut, kami semua bergerak meninggalkan centara duangtawan hotel lebih kurang pukul 7.10am menuju ke chiang mai international airport.
lepas siap check in segala luggage, masuk boarding area hah apa lagi. ada geng trip yang berpeluang menghabiskan duit baht untuk kali terakhir (termasuklah aku hahaha). memulanya nak cuci mata je dekat duty free chiang mai airport tu hehehe well bukan aku le kalau tak membeli walau satu pun. sempat lagi aku menyambar perfume ysl yang memang sedap baunya.
bai centara duangtawan hotel. tak tau bila lagilah aku akan ke sini kan.
hah baru ternampak steward ensem hehehe masing2 belakang partner hah cam lupa diri kwang3. posing sakan. ni aku letak sekeping je. yang suami2 orang tu amboi berkepit sakan.
alhamdulillah we all selamat sampai kat lcct lebih kurang pukul 1.30pm. eh lupa lak nak cerita kat dalam flight tu sempat lagi aku beli meal hehehe cam biasa baby nak makan wokeh. seronok dapat menjejakkan kaki kat msia (alahai mengada baru berapa hari je kan). sebelum naik van sempat le lunch kat mcd.
ok jom balik kuantan, tu van persiaran dah tunggu. kita tinggalkan baht thai 100 = rm10. simpan semua cerita sebagai kenangan ye. kat sana gak aku sempat bercakap dengan baby ku yang dah jauh aku bawak dia berjalan....orang lain tunggu lahir dulu baru boleh berjalan ke sana sini tapi dia dalam kandungan lagi dah travel jauh tinggalkan ayah, abang2 dan kakak2nya.
sepanjang perjalanan aku khabarkan kepada ofismate bahawa inilah trip terakhir ku. ye lah en asben dah pesan tak boleh berjalan tanpa dia n anak2. sebab baru ni pun dia kena attend event tanpa ku, jadi katanya dia tak suka berjalan tanpa isteri (cewah syahdu tu hehehe).
dalam van cam biasa kerja aku ialah tidur.....sebab tidur jugaklah aku miss banyak call dari en asben dan bonda ku. bila aku call balik rupa2nya aku dapat tau yang adik aku kak chik tu bleeding. adoi sian dia. cepat la van sampai rumah. en asben ambik hehehe rinduuuuuuuuuuuuu
2 ulasan:
hamboi kak illa cun... makin comel pipi tuh..hehehehe...
hahaha tau x pe
(cun lagi cam ni gaya kwang3)
Catat Ulasan