Pengikut

Rabu, 20 Julai 2011

team building trip to chiang mai - 1st day

sa-wa dee kha(for lady) or sa-wa dee krab (bkn crab tau hehehe ni for men). semangat thai tu terasa lagi hahaha banyak la.

hari khamis 14.7.2011 lebih kurang pukul 10.30 malam, kami 9 orang dari kuantan branch telah bergerak ke kl dengan menaiki van persiaran. awalkan tapi tu lah yang diperlukan sebab kami perlu berkumpul di lcct pada pukul 4.30 pagi. macam biasa aku kena stay kat depan sebab nak melunjurkan kaki debab ku ini hehehe dan tidur le apa lagi.

lepas check-in so barulah dapat bergerak bebas dan we all breakfast dekat merry brown. lebih kurang pukul 7.00 pagi, kami dah berada di dalam perut kapal terbang untuk ke chiang mai. aku siap bawak bantal alas untuk keselesaan duduk lama2. dalam pukul 10.00 pagi, alhamdulillah kami selamat tiba di chiang mai international airport dan disambut oleh local tourist guide. dalam bas aku duduk kat seat depan.

dan first destination we all ialah ke doi suthep temple. alahai thailand cuti umum lak 4 hari jadi crowded betullah kat temple tu. being a mak buyung ni banyak pergerakan kena kurangkan jadi aku tak ikut they all memanjat tangga yang sayup mata memandang untuk ke temple tu. jadi aku stay kat gerai sambil melilau tengok orang lalu lalang.

lepas cuci mata kat temple, we all dibawa lunch di ruanmith restaurant (sambil menulis ni siap tengok itenerary hehehe mana nak ingat nama semua tu). sedap gak food dia. main food ialah tomyam dan ikan talapia masak sweet sour.

dah kenyang, semua bergerak untuk ke hotel centara duangtawan di tengah2 bandar chiang mai. aku diletakkan sebilik dengan makcik dan iz.....geng dari kuantan. mana2 yang nak pergi massage so they all diberi bas dan aku lak takut nak massage ni ye lah kang jadi apa2 lak dengan urat bagai ni kang ha badan sape gak yang susah....baby dalam perut ni kena jaga gak kan. jadi kada' tidur le apa lagi masa diorang tak de tu hehehe. eh bukan aku nak tidur lah tapi baby ni suruh tidur sebab dia kesian kat umi.

dalam pukul 7.30pm, kami dibawa dinner di jen pao restaurant. semua tempat yang kami dibawa makan ialah halal ok.... jadi mari kita layan gambar2 hari pertama kat bawah ni.


hahahaha orang paling besar duk kat depan lak. ni lepas check in kat lcct. dari kuantan ladies 5, men 4 orang je


breakfast at merry brown. muka toya masing2 sebab tak cukup tidur. mak aih lupakanlah muka kembang aku tu ye hehehe


dalam bas persiaran


sayupppppppppppppp tangga tu kan. ooooo idak le aku nak panjat sama


lunch masa memula sampai


night market jalan depan sikit kat area hotel

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails