Pengikut

Khamis, 10 Mei 2012

our little princess-u jump i jump

no no no...if u jump umi will hold your hand. ni bukan cerita titanic jack and rose ye sayang.
dari weekend lepas lagi raisha dah pandai melompat...
bila tengok dia melompat tu aduhaiiiiiiiiii kelakarnya

jump raisha jump... owh lepas tu dia akan buat aksi yang tersangatlah lucunya or cute actually. eh sebenarnya raisha tu macam faham je bila umi cakap jump raisha jump...hehehe clever girl...that's my baby

bila kamera ada depan mata terus dia kaku menatap kamera...hilang dah aksi melompat tu


tercengang ye...


*** tak sabar nak tunggu raisha makan hujung bulan ni...biskut, berasnya semua dah beli...tunggu dia genap 6 bulan then boleh menyuapkan raisha makan yeyey (kejap je masa berlalu)

Rabu, 9 Mei 2012

hepi bday hubby

dia nampak berkarisma dengan uniform kebanggaan
ha tu flower bouquet dan cup cake coklat moist kukus untuk santapan suami


hepi birthday suami ku pada 9.5.xx.....semoga apa yang dihajati akan tercapai jua dengan izin yang maha kuasa.

dia nampak garang/tegas dengan uniform yang kebanyakan orang meluat sangat tu tapi di rumah dialah yang paling bertimbangrasa tetapi sebaliknya umi ni lak yang jadi tegas berdisiplin demi anak2. selalunya gitulah kan...mesti terbaliknya...almaklumlah bila kat tempat kerja tu kena ikut segala hal tapi bila balik rumah free gitu eh bang.

yey berjaya gak buat surprise untuk suami hehehe self-delivery ok. maklum le umi ni tak de assistant untuk dihantar segala benda tu jadi kesempatan keluar dari ofis sekejap tu umi gunakan sepenuhnya.

actually tu muka suami umi yang terharu la konon2nya dengan surprise dari isteri dia ni. love u always from your beloved wife and kids...

aku menulis bukan kerana...


...nama
...duit
...bla bla bla

umi pernah mendaftar dengan a few adt co. tapi nampaknya bukan rezeki umi untuk menjana pendapatan melalui cara ini. tak kisahlah dah bukan rezeki kita macam blogger lain tu kan yang kenyang dengan menulis je.

tapi sebab dah minat jadi minat menulis diteruskan juga....ala katanya diari di alam maya kannnnnnn. hadis nabi juga menyebut tulislah walau 1 ayat...betulkan kalau salah fakta tapi rasanya betul dah tu hehehe. dan tak kisah jugak walau tiada komen yang diterima sebab umi tau kebanyakan orang cuma suka membaca hehehe tanpa meninggalkan jejak...orang suka orang datang orang tak suka jangan singgah walla gitu lak eh

blog ni pun diwujudkan untuk mencatat segala benda yang jadi disekeliling umi sejak alam solo sampailah sekarang. eh sekarang lagi best sebab banyak benda yang boleh dicoretkan mengenai hal suami, anak2, famili semua...menyeronokkan betul...kenangan itu sukar dibeli dengan wang ringgit.

insya allah...andai ada adik2 umi yang mengikuti hasil penulisan kakak dia ni so bolehlah segalanya dikongsi dengan anak2 umi seandainya umi dijemput ilahi nanti...kenangan tu kannnnn

kesian baby tu


serius....
sejak menjadi ibu yang mempunyai baby kecil ni, hati menjadi semakin sensitif dan peka dengan persekitaran semasa. bukan kata umi melupakan anak2 yang lain eh....oh tidak ye tapi sekarang kita bercakap mengenai seorang baby dibawah lingkungan 1 tahun umurnya.

semasa di alam 'maternity blues' dulu umi dah berduka lara bila terbaca (TER eh) mengenai kisah kalau tak silap kat oversea kut yang baby berumur 2 3 bulan telah dirogol...nauzubillah...habis patah organ dalaman dia. kejammmmmmmmmmmm sangat orang tua perosak cam tu. sambil membaca artikel tu, tengok si kecik raisha umi terus menangis. semoga baby dan anak2 ku yang lain terus dilindungi dan dipelihara keselamatan oleh allah yang maha kuasa.

lepas tu 2 3 minggu lepas ada lagi keluar cerita mengenai baby umur 6 bulan terkena renjatan elektrik. ya allah, dengan baru pandai merangkaknya baby seumur itu akan explore semua benda, tempat, keadaan. tolonglah jangan tinggalkan mereka bersendirian, monitorlah baby anda, baby dibawah jagaan anda supaya dia selamat daripada benda2 gitu.

dan yang terbaru ni memang syahdu habis bila gambar kat atas tu menunjukkan ibu bapa baby berumur 6 bulan meninggal dunia dalam kemalangan di LPT. baby tu pulak tercampak kat tengah highway dengan cedera parah di kepala dan paling tak boleh dibayangkan bila dia menangis keseorangan. nasib baik ada hamba allah yang baik hati sempat membawa ke HTAA. tuhanku...belasnya hati seorang ibu melihat keadaan cam tu.

ya allah...sebak betul umi. bila mengadu dengan suami sempat lagi air mata ni menitis mengenangkan malapetaka yang menimpa baby2 tersebut.

tuhan ku...kau lindungilah anak2 ku daripada kecelakaan itu semua. tak dapat dibayangkan andainya itu terjadi kepada umi dan keluarga...mau gila jadinya.

Selasa, 8 Mei 2012

(susulan) piket/demo di kota suci mekah


orang pergi buat ibadat korang pergi berdemonstrasi bagai. pegilah cari artikel kat akhbar2 utama yang kata kerajaan arab saudi nak review pasal orang2 msia lepas ni yang nak ke mekah buat umrah ke haji ke akan dikurangkan jumlahnya/kuota, dinaikkan caj segala bagai tu, etcetcetc.

sebab kumpulan yang kecik ni la yang dah menyusahkan semua orang nak buat ibadat kan. niat dah terpesong so apa lagi...orang lain yang tak terlibat pun terkena sama.

sebenarnya ni ikut2an je...anasir luar tu nak sangat tengok msia ni jadi hura hara. emmm tak faham betul. tolonglah....jagalah keharmonian negara kita yang tercinta ni. kang dah jadi hura hara kita semua nak lari ke mana, rumah sape nak terjah, negara mana nak terbang, sian si kecik raisha nanti jadi warganegara mana lak kalau keadaan berterusan dek tangan2 jahat tu.

Jumaat, 4 Mei 2012

luahan hati isteri polis

tiru entry luahan hati seorang anak polis eh....bukan tirulah...just nak menambah dan membuat luahan hati daripada sudut isteri seorang pegawai polis ni hehehe

emm idea banyak tapi bila dah pegang keyboard ni kelu lak dan tak tau dari mana nak mulakannya. serius blank tetiba. so tak pe la kan kalau point umi ni lintang pukang ke hapa.

mengambil iktibar daripada peristiwa b***** baru2 ni. menyampah pun ada (memang menyampah pun) bila melihat anggota2 polis yang sewenang2nya dibantai begitu rupa, diberi gelaran dengan pelbagai. eh korang ni kepala duk kat lutut ke. apesal yang geram sangat kat pdrm tu. sebab dia jaga keselamatan eh. sebab mereka sekat cara korang nak berpiket tak tentu hala tu eh. ke sebab mereka nampak berbeza bila memakai uniform tu. elelele kalau nak uniform tu cakap je lah, pegi kedai suruh tailor jahit cam tu. jabatan/kementerian lain pun ada gak uniform tapi kenapa geram sangat dengan pdrm tu. *&#^%$. korang tuduh mereka makan rasuah manjang eh...ada bukti ke...sila kemukakan dan buat pendakwaan. tolong bukak mata sikit ye. kenapa jabatan lain yang ada makan rasuah tu korang diamkan diri je, asal nampak yang buruk rasuah bagai asyiklah kena kat pdrm eh. oit mereka pun ada jabatan agama yang tau hukum hakam bagai tu.

jangan cakap kosong je nak main tuduh hentam keromo. yang kerja sendiri ke, perasan alim pun ada gak rasuah bagai tu tapi kenapa orang tak highlight. sebab mereka tak de pakai uniform...betul tak. tu memang mentaliti yang emmm malas nak sebut ada dah.

untuk info., pdrm tu hanya menjalankan tugas yang telah diamanahkan sebagaimana mereka telah tandatangan borang akujanji kerja tu (betul ke ni...appointment letter la lebih kurang kan...umi tak pernah keje gomen so tak tau apa istilah dorang guna). walaupun masa tu yang dibantai, disepak terajang adalah bukan suami umi tapi bila melibatkan police society memang terasa sangat. bayangkan kalau kena kat famili korang ha mesti menangis kan. umi ni walaupun baru 2 tahun join police society tapi terasa setiap kali bila menghantar suami pergi kerja, siap cium tangan errr rasa macam ooooo adakah ini pagi yang terakhir umi dapat jumpa suami. tapi kalau dia balik dengan selamat petangnya....ya allah syukur kau panjangkan lagi nyawa suami ku. sebab apa umi ada perasaan macam tu, sebabnya ialah setiap kali mereka keluar kerja dengan bergadai nyawa....dengan tidak disukai masyarakatnya, kut kang ada peluru sesat kena tembak bagai ke.

ataupun nak umi cakap gini je...kalau dah tak percaya sangat dengan kewibawaan/integriti kerja pdrm tu kan...kalau korang ada masalah famili kena rompak ke rogol ke harta benda kena curi ke apa ke so pegi buat report kat balai raya ke, balai bomba ke...kelakar kan. memang la, dah nak menyamakan kepala duk kat lutut so kena ajar gitulah kan. try lah terus menonong pergi ke mahkamah emm mesti kena halau baliknya sebab pendakwaan tidak dapat dilakukan kerana tiada report polis bagai tu (eh pandai lak umi bab2 ni eh).

penat fikir hal ni. jadi umi sebagai isteri pegawai polis ni berbangga dengan suami dan anggotanya yang melakukan tugas dengan penuh dedikasi. hidup pdrm demi keamanan negara yang tercinta ini.

Khamis, 3 Mei 2012

selera org johor + melaka

ikan parang...banyak tulang
tekak umi tak leh nak terima, cuma ikan yang banyak tulang yang boleh memasuki tekak umi ialah ikan terubuk. ni ikan kesukaan suami ku untuk dimasak asam pedas


ikan gelama (mak eloi eloi...hehehe)


pelik i tengok orang pantai timur (ke dia cakap orang kuantan eh...kurang pasti lak) ni


apesal bang


tu ha ikan parang dengan ikan gelama macam tak de harga kat sini. kalau kat belah johor melaka tu bukan main tinggi harga dia....siap orang buat kuah laksa macam2


ala selera masing2 bang...lain negeri lain seleranya kan


abih cam no. dah orang pantai timur (sebahagiannya kut) tak reti or kurang makan ikan2 spesis gitu kan. orang belah pantai timur ni suka makan ikan yang lain tu so kesian suami ku yang tengok ikan2 tu kurang pembelinya.

selera umi? makan je lah kalau suami ku rajin memasak tu kan hehehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails