Pengikut

Rabu, 12 Oktober 2011

debaran...

setahun dulu (pada 2.10.2010) masa ni aku berdebar untuk dinikahkan dengan encik suami. eh jap nak mengaku dengan korang. apesal aku tak menangis masa tu ek. padahal aku tengok adik2 aku semua pakat menangis. jangan cakap aku tak sedih lak nak meninggalkan alam solo ku tapi entahlah kenapa air mata tak menitik kwang3.

dan sekarang selepas setahun berlalu aku kini dalam debaran menunggu cahaya mata baru di dalam keluarga ni. penat oi bawak perut ke hulu ke hilir ni hehehe tapi pengalaman kan. merasa gak aku melalui semua ni.

iklan jap. aku pun tak tahu agaknya memang masa tu allah dah tentukan aku akan mengandung ke apa tapi mungkin jugak kebetulan sebab masa yang sama aku pergi berurut dengan seorang filifino yang adik aku kenalkan. lepas tulah aku disahkan mengandung. maklumlah dengan umur macam ni, hormon mungkin slow dah hahaha jadi kenalah buat sesuatukan. sekali je tau aku pergi berurut tu ha lepas tu terus lekat dengan izin allah. ok kepada sesiapa yang merasa nak mengandung tu silalah email kat aku, supaya nanti aku boleh kenalkan dengan filifino yang pandai berurut tu.

****ada kawan sekolah dulu mintak nak tengok gambar terbaru aku alamak segan la pulak. tengok keadaan aku masa raya dulu mak aih kus semangat hehehe.

****jalan2 kat ecm ari tu encik suami siap tunjukkan suruh beli blouse sama kaler dengan dia tapi dia cakap biar aku kurus dulu (yey agaknya dia pun dah tak sanggup melihat 'kebesaran' ku hahaha). aku pun bila tengok tv amboi jeles dengan orang yang pakai jeans bagai tu. cepatlah baby keluar....umi nak melaram (melaram la sangat) cam dulu kala.

Tiada ulasan:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails