Pengikut

Selasa, 21 Jun 2011

1st trimester yg aduhaiiiiiiiiiiii

bagi kengkawan yang tau (atau yang baru tau) alhamdulillah aku dah berjaya melepasi tahap 1st trimester pregnancy. hehehe malu weh bila dah 'matang' (aku tak suka guna word tua wokeh) cam ni baru nak menimang cahaya mata. eh rasa tak terlambat lagi kan. so apa nak kecoh (cover tu kwang3). biar lambat asal bahagia (errr ada yang rasa nak muntah ke hahahaha silakan ye)

pengalaman 1st trimester? emmm rasanya berdasarkan kajian rambang yang aku buat dengan kawan2 dan adik2 aku rasanya ragam aku tak de la teruk sangat mcam dorang. aku boleh lagi la memasak, buat kerja rumah, berjalan2. tapi sikit2 macam nak kena makan asam tu memanglah. muntah sikit2 ada gak campur batuk selesema demam bagai tu.

tapi ya rabbi my appetite kus semangat. semua benda nak makan je. beras biasa kena tukar ke beras wangi. kena minum mineral water je (ni sape yg over ni....baby ke umi hehehe). asal je ada temujanji dengan puan misi dan doktor jadinya aku kena tebalkan kulit telinga ni sebab tak tahan dengar ceramah. makan tu kena kurangkan kabo dan lemak segala. lebihkan protein. tapi orang sekeliling cakap kat aku time mengandung ni la kita nak makan sepuasnya kan sebab waktu lain kita on diet (kononnya). berat awak ni sepatutnya naik 0.5kg je sebulan tau. tapi adoi la tulunnnnnnnnnnnn sejak lepas kawin dulu (memang ada naik sikit) jadi dah naik 9kg ni tau. semua orang cakap yang perut aku ni tak gaya umur 4 bulan tapi dah ke bape bulan ntah. kaki lak tak yah citer memang bengkak je memanjang macam dah masuk 7 bulan.

tapi ucapan terima kasih yang tak terhingga untuk en suami ku kerana dia tak jemu2 melayan karenah moody aku yang tak menentu ni. anak2 pun kadang2 terkena tempiasnya. ok sori, umi salah ye anak2. insya allah keadaan akan jadi seperti biasa ye nanti.

eh kena terima kasih kat ma jugak sebab masa dulu aku dah rancang nak balik kelantan tapi dibatalkan disaat2 akhir sebab aku demam.....jadinya ma dah belikan aku kuih akok dan etok untuk ku. saudara mara pun aku tak dapat tengok dan melawat....lain kali ye, insya allah.

***maaf....tiada gambar mengandung yang boleh dipaparkan kerana aku malu tengok keadaan diri sendiri yang aduhaiiiii berat mata memandang (memang berat pun hahaha). kalau aku dah berani dan hilang malu jadi bila2 nanti aku paparkan ye.

2 ulasan:

Ibu Ilyanie(s) berkata...

alhamdulillah... akhirnya merasa juga ek... njoy each and every moment tau.. lagi satu kalu boleh amalkan supplemen kesihatan supaya bdn leh cope ngan perubahan hormon dan fisiologi badan..

illaieylla berkata...

tu la kan alhamdulillah hehehe memang merasa la pengalaman nak jadi ibu ni. tu lah semua supplemen yang misi bagi n org kata elok utk baby semua dah telan ni kih3

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails