Pengikut

Selasa, 22 Mac 2011

weekend di hospital ampang

ya allah....betapa sedih takutnya aku tengok keadaan abang ipar bila ubat utk merawat kemo tu meresap ke segenap rongga tubuhnya. cam tu rupanya complication kemo eh. asalnya abg ipar aku tu operate tiroid tp lepas tu disahkan kanser lak.

actually abg ipar aku yang dipanggil abg salleh ni stay kat jb tp kata isterinya kak normah pakar kanser utk rawatan kemo tak de kat sana jadi dia dipindahkan ke hospital ampang. hari pertama sabtu 19.3.2011 masa memula sampai tu dia boleh lagi bercakap dgn adik dia iaitu hubby ku. siap nak jodohkan johan dgn anak dialah hahaha sure pengsan kalau awek tganu johan tu tau....

tapi hari kedua masa kitaorg ada kat sana iaitu hari ahad keadaan dia bertambah teruk. siap dah mengucap apa, meracau je..... hubby aku ni lak asik kuar masuk je jadi kena marah dgn abg salleh katanya asik tinggal illa je kat sini dia ntah ke mana2 hahaha kan dah kena. lepas tu dia kata nak rayalah etc. ya allah takutnya aku tengok. isteri, anak2 abg salleh, hubby ku dan aku sendiri menitis air mata tengok keadaan dia cam tu.

pintaku dari mu ya allah....kau sihatkanlah tubuh badan, berikan kesihatan yang baik kepada orang2 yang aku sayangi terutama kaum keluarga kedua2 belah pihak, ipar duai, sanak saudara, sepupu sepapat dan rakan2 karib yang masih sudi menghubungi aku dan umat islam yang lainnya.

2 ulasan:

Ibu Ilyanie(s) berkata...

lebih baik amalkan penyembuhan secara semulajadi instead of gunakan ubat. Ubat tak mengubati atau merawat, cuma melegakan simptom je. Meh jenguk blog saya http://duniakuelken.blogspot.com

illaieylla berkata...

terima kasih kerana melawat ye ibu ilyanie(s)...

itulah saya pun tak pasti samada abg ipar dah dptkan rawatan alternatif ke tidak sblm tu. alhamdulillah sekarang abg ipar dah keluar hospital dan dah balik jb.

ok nanti saya melawat ye

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails