Pengikut

Jumaat, 18 Mac 2011

serampang 2 mata

kepenatan....keletihan....kesibukan dan berbagai lagi alasan biasa yang dicipta untuk (sdg fikir wording sesuai ni) ha excuse or escape from something. bukan tak de masa nak buat new entry tapi ditambah pulak dengan keadaan internet yang slow cam apa tu jadi hilang dah mood kan (untuk info. aku guna celcom bband). dah terlewat seminggu untuk aku update apa jadi last week. alah kalau lambat pun bukannya ada orang nak baca pun heheheh even comment apa tah lagi kan (eh ada gak la yang komen tp kat fb le).

flash back jap....masa kat prk kerdau dulu suami ku dah kena duty kat sana seminggu tp ada gak la dia balik rumah kejap kan. then tak sampai beberapa hari duk kat rumah so dapat order kena pergi course kat cameron highland lak. jadi dgn gaya ala2 suami mithali gitu (hahaha pengsan kalau hubby ku tau ni) yg kononnya sedih meninggalkan isteri dan anak2 kat rumah so diangkutnya kami ke sana dannnnnnnnnnn budak2 lagi la suka dpt permission cuti sekolah awal kan. confession... aku ni buat je nama orang pahang tp tak pernah jejak pun ke cameron highland emmm ni kira pucuk dicita ulam masuk mulut la kan hehehe. jadinya inilah serampang 2 mata...suami pegi course anak isteri boleh jalan2 cuci mata cuci tekak hahaha.


dgn izin allah perjalanan sgt lancar pada pagi rabu 9/3/11 ari tu. lepak breakfast kat restoran zaman, kitaorang teruskan perjalanan. kata hubby kita akan ikut new route iaitu raub then masuk ke kg orang asli. kejap2....masa lalu kat sertik, karak tu mood tuned ke lain sebab teringat kat situlah kitaorang membesar kejap dgn komunis segala bagai masa tahun 80an dulu (eh dah tua rupanya aku hahaha). lepas tu nampak signage ke felda mempaga...touching lagi sebab kat situlah abah aku bekerja sbg pegawai felda dgn ma lak kerja kat felda sertik.

aiseh ada lak mamat ni hehehe

masa masuk je bandar bentong aku tetiba teringat yg adik aku nijam lahir kat hospital bentong dulu. tak sangka dah besar rupanya adik aku ek (ni ayah irfan yg mmg anaknya copy paste muka nijam). lepas tu stop lunch kat bandar raub....sedapnya mkn ikan sungai. kat sini pun kenangan gak sebab adik aku si hafizah pernah bersekolah kat sek men sains raub. jauh betul dia studi hehehe. lepas mengenyangkan perut utk 4 orang ni (tq pd sudi belanja) kami sekeluarga meneruskan perjalanan dengan melalui new route dan tembus ke pos betau naik lagi sampailah ke pekan ringlet.


penggunaan tanah semaksima abis

teruja....excited...jakun....hahaha. eh kalau korang pun mesti ada perasaan cam aku gak kan sebabnya tengok segala macam pondok ke apa diorang panggil untuk segala jenis tanaman tu. snap sana snap sini. udara sejuk so tak yah on air cond dalam kereta. buka tingkap kereta dan dapat le udara sejuk nyaman.


baju & skirt recycle hahaha

sampai je kat pekan tanah rata (cam tak sesuai je nama tu sbbnya ada gak tanah yg tak rata kwang3) hubby ajak minum. wooo idak le aku nak minum cold drink....hot tea please ya. sebelum tu sempat gak le aku mencuci mata sambil sedekah duit kat tokei kedai teh prabat ke apa nama ntah. kena sound sekali dgn en polis hehehe katanya tak menyempat2 nak membeli. alah bkn apa kan sebelum terlupa baik la beli drpd balik tangan kosong....tul tak.

dalam pukul 6pm kitaorang pegi check in kat heritage hotel kat pekan tanah rata tu gak. alah sebelum terlupa 1 lg excitement kat situ ialah aku jadi pelik bila tgk semua building tu ala2 zaman kolonial gitu. rasa cam duk kat tempat lain je....kamera memang kat tangan je so apa lagi snap le kan. lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii benda pelik ialah masuk2 je bilik toinggggggg air cond tak de. ye lah selalunya tak kira bilik murah ke mahal ke semua ada air cond kan so tu yang jadi peliknya. yg ada dlm bilik tu cuma kipas. bukak tingkap bukak pintu balkony ooooo dlm hati ckp no wonder le tak de air cond sebab udara memang dah dingin sejuk. kalau ada air cond mau beku jadinya kan.


rasanya masa ni awin tgh tny aku 'ni ke umi' hehehe
2nd day. 10/3/2011.....bnyk tempat kitaorang pegi ni (sekali lg tq pd yg sudi menemani kami). hari khamis tu kitaorang pegi vege farm tp ada gak produk strawberry. kami sibuk nak mkn produk dr strawberry sebab ada mcm2 tau.....dr strawberry coklat fondue (jeng3....tetiba rasa cam tok ti lak), aiskrim dgn fresh strawberry, mufin strawberry emm lupa lak apa lagi bebudak
mkn. sempat gak beli buah tangan kat farm ni. seronok tengok fresh vege salad bagai tu.


bnyknya kaktus....berbagai rupa

lepas tu kitaorang dibawa ke gerai2 kat tepi jalan yg bnyk menjual souvenir. cantik semuanya. ada 1 kedai tu yang aku masuk toilet dia wah penuh dgn bunga2 pokok2. rasa cam duk kat dalam taman lak. kalau tak silap ni kat brinchang ke gitulah. then pegi lak ke taman rama2. bayaran dikenakan tapi lupa lak bape henggit hehehe. kat dalam tu w/pun taman rama2 tapi ada gak benda2 lain. ada bunga ros, mini zoo tp yang paling tak boleh tahan ialah aku tak boleh stay lelama kat dlm taman rama2 sebabnya hehehe benda menggelikan aku ada kat situ iaitu ulat bulu. ok semua dah penat turun naik tangga so kita stop mkn jap ye.

alamak aku dah lupa turutan le. ok lah kita bantai je lah mana2 tempat yang pernah pegi tanpa follow the sequence ek hehehe. anak2 (termasuk aku) memang excited dr kuantan lagi nak memetik buah strawberry jadi permintaan kami dipenuhi. suka 1000x....utk 500g ialah rm20. ok la tu kan utk makan 1 famili. suka sgt dorang bila dgn bebasnya memetik strawberry.

then jalan lagi. kita ke gerai yang menjual fresh vege n fruits lak. budak2 pun nak beli itu ini. aku pun beli gak hehehe. lastly kita pergi ke boh tea farm. omg besar betul tempat ni. nak shooting pun boleh sbb cantik sgt. sempat lagi tu pegi ke kilang boh tea tengok proses membuat teh.

ok dah....jom balik. sian gak kat orang yang menemani kami dan aku pun dengan kepala yang dah berdenyut bagai tu ajak dorg balik ke hotel. sebelum terlupa meh nak citer dgn korang....kat sini gak aku terbayang cerita rahsia perindu oleh abg RAM dan novelis sape ntah yang buat cerita berdasarkan tempat kat cameron highland tu.

3rd day, jumaat 11/3/2011 turun dah dari cameron highland. ya allah....pening tahap apa dah aku ni bila melalui jln bengkak bengkok ke tapah. kalau naik dari raub ari tu ok je tp serius aku memang tak boleh lalu ikut jalan ni....tobat dah. tp cameron highland kat atas tu mmg best.

2 ulasan:

Zonan berkata...

Assalamualaikum

Rahsia Perindu ke? Bukan Hatiku Di Harujunku?

illaieylla berkata...

wsalam en farid

errr rasanya both kan....
jom ramfc together2 kat cameron highland lak

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails