Pengikut

Khamis, 10 Februari 2011

eiiiiiiii geramnya!!!!!!!!!!


comelnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaa.....tetiba teringat lak kat my previous persian cat yang memang 100% serupa dengan picture kat atas ni. aku namakan dia 'baby' sebab masa dia nak tidur mesti dia cari aku dan tempat tidur dia ialah kat atas kepala ku sambil kaki tangannya mengurut2 kepala ku ini. tapi sayangnya jangka hayat 'baby' ku tidak lama sebab dia mati tanpa aku di sisinya....sedih giler tau masa tu sobsobsob. baby....tunggu mama kat syurga ye.
ok tu cerita lama. well, pada yang kenal rapat dengan ku mesti tau yang aku sangat meminati kucing....aku sayang n treat dia cam anak....bercerita bergurau n share my secret thing hehehe ok aku masih waras ye. alah ok apa share our secret dgn kucing sebab diorang tak de mulut untuk menjaja cerita kita dengan manusia yang later mengutuk mengeji mencaci kita bagai kan. tapi sekarang my hubby tak bagi anak2 ku membela kucing n kucing pun dilarang keras daripada memasuki rumah kami.....takut kuman katanya.
dan pagi tadi (menulis dgn keadaan geram ni) aku cam biasalah pegi ke gerai untuk beli sarapan aku kan. tetiba masa sampai kat gerai tu aku nampak kucing terbiar kaler hitam ni duk bertenggek mintak makanan dari sorang makcik yang tengah makan nasi lemak dan air teh o tu. pas tu sepantas kilatnya makcik tu aku tengok menyudu air teh o nya (yang sah2 mestilah panas kan) dan menjirus (alah ayat apa paling sesuai ye) sesudu air teh o itu ke mata si kucing. ya allah aku terkejut tahap petala ke lapan dah tau dan yang sadisnya kucing hitam tu lari lintang pukang. kesian sangat wokeh....mesti matanya pedih dgn air panas tu.
oleh kerana aku masih punya rasa hormat pada orang lain (walau dalam hati rasa nak menyumpah seranah je makcik yang tak de gigi duk makan nasi lemak tu) aku cuma berdiri tegak (ala2 macam ada lagu negara ku dimainkan) dan tengok dengan pandangan yang semacam kat makcik tu. kalau bebudak dah lama aku bagi 'nasihat' percuma tapi bila fikir dia veteran itu saja lah tindakan spontan yang boleh aku ambil. dan makcik tu pun perasan aku tengok dia and biar dia tau tindakan dia tu memang zalimmmmmmmmmmmmmmm sangat.
aku tak doakan yang bukan2 kat makcik tu tapi teringat satu kisah di zaman nabi yang seorang pelacur diampunkan dosanya hanya kerana berbuat baik dengan binatang (ingat2 lupa ni wei...kalau salah tolong betulkan ye). insaflah wahai umat....marilah berbuat baik sesama kita dan makhluk yang bernyawa lainnya

2 ulasan:

-Ain-Dak In- berkata...

kejamnye makcik tu..ape salah nye bg je ape2 sket kat kucen tuh..bukan luak pon....
eiiii..kepala ikan bilis pon leh jek..
ape punya hati daaaaa....

kita x bela kucen.tp ada jek kucen terbiar dtg..elok je bg perut2 ikan tu kat kucen tu walopon kita x bela..
dah siap beranak pinak pon kat umah tu...huhuhuhu..

illaieylla berkata...

tu la psl kan. setakat kuis halau gitu2 dah le. ni dijirusnya kucing itam tu...sian tul.

bestnya ain...bnyk pahala tu kan

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails