Pengikut

Isnin, 20 Disember 2010

from taiping with love

hahaha tunggang langgang dah jadinya susunan gambar2 ni. yang ni patutnya jadi pic yang terakhir aduhaiiiiiiii

masa ni dalam bas nak ke bukit merah lake town resort
dari kiri awin, nina dan adik ku teh

humm nasib baik pic ni blur hehehe coz masa ni aku ditarik oleh hubby ku untuk menari dan join kawan2nya

ha yang ni la patut jadi pic mula2. masa ni baru sampai kat hall taiping golf resort

bas kat belakang tu lah yang kitaorg naik untuk ke bukit merah lake town resort. alamak lupa lak nak snap pic abg2 polis trafik



penat....berjalan2 memang best tapi bila balik rumah tu adoi baru le terasa kepenatan segala bagai. dari 17/12 - 19/12 recently kami anak beranak dan disertai adik ku teh, maka berangkatlah kami pagi2 17hb tu taiping, perak or actually location is at taiping golf resort. we all ke sana ikut short cut genting highland - batang kali. cam biasala kan...kalau having a long journey ni kan emmm banyak lak stopnya....toilet break la, lunch la mcm2. tapi aku terkilan sket la coz journey ke utara ni aku tak terjumpa lak kuih siput kat every stop tu....

lebih kurang kul 5 lebih sampai le we all ke tempat yang paling lembab kat msia ni iaitu daerah taiping. kedatangan kami disambut dgn hujan renyai2. lepas check-in kat taiping golf resort, bagi anak2 aku yang memang tak boleh tengok swimming pool...freekan dorg dgn teh....aku dibawa hubby ke club house untuk berjumpa squadmate dia. wah semua dah high ranking tu....siap ada datuk, acp, sac bagai and aku cam biasa gak jadi penyeri or patung cendana hahahaha ((tak pandai nak borak dgn geng dia)). yang lebihnya aku jadi tukang gelak or senyum je. tp thank god coz lepas tu ada couple polis dr ampang join so boleh le aku borak dgn wife dia.

lepas tu balik bilik untuk solat and bersiap ke bbq dinner. kena naik kete gak le utk ke apartment and club house tu. wah hepi sakan aku tgk my hubby bila jumpa dgn kengkawan dia. maklum le masing2 dgn berbagai komitmen so ni je lah masa yg ada untuk bertanya khabar bagai kan. havoc dibuatnya club house tu. makanan best. cuma si bongsu nina tu memang tak leh duk lama2 kat satu2 tempat jadi dia buatnya merengek menangis untuk ajak balik hehehe lagi pun dah memang time tido dia kan. sian gak kat hubby ku yg terpaksa menghantar we all balik ke apartment then dia pegi balik jumpa kawan2 dia.

hari sabtu 18/12 lepas breakfast ktorg split into 2 groups. yang bapak2 nye pegi main golf then pada yang tak suka main golf tu ikut xtvt spouse and kids ke bukit merah lake town resort. wah jangan tak tau yang perjalanan ktorg ke bmlr tu diescort oleh encik polis trafik and kete peronda wokeh. abis orang taiping duk tengok sapelah yang lalu tu kan ngeeee. so memang smooth giler perjalanannya, siap ada siren polis lagi tu. eh lupa nak bagi tau...ktorg disediakan sebuah bas pdrm ((aku, teh and anak2 antara penumpangnya)) dan 3 buah van polis. eh of course le dorg kena escort kan coz ada bos dorg tu yang high ranking tu. terima kasih kepada ipd taiping atas kelancaran perjalanan ktorg.

hahaha kat bmlr ada insiden kelakar tau. lepas diberikan tag so anak2 aku dah meluru ke theme park, aku dan teh pun ikut mandi manda sekalilah. picture kat bmlr tak banyak snapnya coz our belonging kena simpan kat locker. then bila naik bas and turun untuk lunch kat restoran asam pedas ada sorang tu tanya kitaorang ni mandi tak. coz diorang kata tag tu bkn utk ke theme park. aduhaiiiii patut le masa ktorang nak keluar tu kat scanner tak lepas. then barulah tau yang dorg semua ke pulau tengok orang utan. hahaha tapi tak kesah le coz dah puas ktorang membasahkan diri tu kan. patut la aku ada gak tertanya2 kat teh nape tak nmpk group kita lalu lalang ek emmm rupa2nya gitu kisahnya ye. walaupun kat bmlr cuaca redup je tak ujan tp sunburn gak rupanya aku.

ok saat yang ditunggu2 dah tiba. dengan tema cowboy cowgirl maka havoc lagi dgn suara masing2 berlagak hidup di zaman dolu kala gitu yee haa. owh gitu gayanya dorg enjoy sakan ek. memang kecoh betul. ada yang menyanyi, ada yang menari. yang perkep lak asik dgn tarian poco2 ((aku tak join coz tak pandai le nak menari gitu kwang3)).... jadi pemerhati best gak. macam2 gelaran dorg bagi antaranya best dress for cowboy cowgirl, the sexiest cowgirl, the miang cowboy hahaha etc dan hubby ku dapat hadiah for recently married dan digapainya aku untuk ke depan menerima hadiah. makanan yang provided for us pun best. bila majlis nak habis siap dorg menari bagai and hubby ku memang tak duk diam so ditariknya aku untuk menari join dorg ramai2 hehehe. majlis ends at 1am....nina dah tido lena kat kerusi tak sedar diri dah dia tapi aku terpaksa kejutkan dia untuk amik hadiah for kids below 12.

alamak....encik emcee siap wat announcement kata untuk next reunion dorg plan nak ke oversea tp kan nape la dorg nak ke bandung lagi.....carik le tempat lain wei. emmm ni mesti dorg nak pegi main golf kan coz org kata golf course kat sana best. tema next year ialah bollywood....waduh cam ner nak melaram tu hehehe. chop...kali ni aku dah siap pesan kat my hubby yang aku nak pegang duit sendiri untuk shopping ngeeee. ye lah coz masa pegi bulan madu dulu kan aku not allowed for shopping, kalau nak semua kena mintak dari dia.

lepas check out, we all breakfast dulu kat bandar taiping. lepas makan aku sakit kepala lak terus tido then sedar2 dah sampai kat bandar kuala kangsar. owh bagus tul hubby ku ni kan....dah alang2 berjalan ke sini so abis negeri perak dia nak bawak ktorang ronda. sempat lagi ktorg tengok salasilah raja2 perak kat muzium or galeri sultan azlan shah.

kat galeri sultan azlan shah tu memang banyak la barangan diraja yang boleh dilihat. pic cucunda pun ada...owh hensem n comelnya dorg. dr raja nazrin n tunku zaraa yang sepadan segak cun giler. tapi sayang coz tak boleh snap pic kat dalam tu. ada lak suara nakal dari budak2 poli ungku omar yang pernah tengok tandas diraja tak hehehe ke situ lak dorg fikir ek.

sempat gak duk snap pic mckk....owh ni lah sekolah adik iparku si zahlan tu ek. lepas tu pegi makan mee udang kat taman bukit chandan. owh dah malam rupanya bila sampai kat batang kali tu ek. so my hubby treat us a dinner at awana genting tu. dinner sambil dihiburkan oleh nyanyian drpd anak saudara faizal husin ala pelakon 80an tu le....alhamdulillah....selamat gak sampai ke rumah pada pagi isnin kul 1am. dah tido tak sedar diri ni tp kena gak bangun pegi keje....adoi penat giler + malas tu.

2 ulasan:

ardmad berkata...

As'kum...
Taiping sebenarnya adalah sebuah bandar yang kuat dikaitkan dengan cinta, di Malaysia ini. Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan kisah yang berdasarkan 'From Taiping With Love', anda dijemput untuk menyumbangkan artikel yg sama2 dapat memperkuatkan lagi sejarah yang ada di Taiping. Di jemput ke:

From Taiping With Love

Sudi2 le berkongsi...Ok. Tq.

illaieylla berkata...

wsalam ardmad...

owh ye ke. maaf kerana saya tidak tahu yang daerah taiping ada banyak kisah ye.

terima kasih dah saya akan menjenguk ke blog tu insya allah

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails