Pengikut

Khamis, 31 Mei 2012

baby blues aka meroyan

umi nak buat pengakuan ni tapi tapi takut je bila besar nanti raisha akan baca dan terus membenci umi. jangan benci umi ye sayang.....berdosa wokeh. raisha baca dan faham apa yang umi tulis ni eh.

raisha kesayangan umi dan keluarga,
sesungguhnya apa yang akan umi coretkan di sini ialah satu penyakit yang ada dikalangan ibu2 yang baru bersalin, hanya mereka yang bernasib baik je yang tidak pernah melaluinya. pergilah raisha tanya kepada sesiapa pun even encik google sekali pun mesti ada jawapan kepada istilah baby blues aka meroyan ni. alamak kat entry dulu umi tulis maternity blues lak....silap la.

macam ni sayang....
umi ni kan baru pertama kali melahirkan anak. memang zero experience bab penjagaan baby ni. masa first 2 weeks tu adoi sori sayang memang waktu tu umi hangin je. raisha lambat tidur la, dengan abang kakak bising la, ayah pergi kerja balik lambat la, sakit berpantang kena operate lagi... emmm tu semua menambah 'kesakitan' umi.

pernah tau sayang....pernah ni umi terniat (ya allah semoga raisha mengampunkan umi ye) nak mencederakan raisha dengan memegang kaki ke atas dan kepala ke bawah kerana abang kakak bergaduh di ruang bawah rumah. umi ni tak boleh menerima keadaan bising yang melampau. sadis kan waktu tu. TERniat je sayang bukan umi buat pun. dulu2 kan sayang...umi ingat meroyan tu ialah dengan perbuatan tapi ada niat pun dipanggil meroyan gak tau. 

tapi syukur ya allah sebab adanya bonda tercinta iaitu nenek yang telah perasan agaknya sikap umi tu telah menyuruh umi banyakkan berzikir dari mengingati perkara yang bukan2, nenek layan umi bercakap dan sentiasa menemani umi. kalau nenek tak ada umi pun tak taulah apa yang terjadi nauzubillah.

nur raisha kami ni kalau terlampau mengantuk ha dia boleh abaikan je kebisingan
tahap melampau tu. tapi kalau datang angin kus2 dia bunyi sikit pun adoi terjaga terus.
pic ni masa pergi kenduri kat dewan jb baru2 ni, kenduri anak abang salleh




sayang ku raisha,
sesungguhnya kehadiran raisha telah menceriakan hari umi ayah nenek kakak2 abang2 pakcik makcik sepupu2 semua. umi berbangga dengan zuriat yang umi rasa adalah the special gift from allah. akan umi jaga raisha sebagaimana umi menjaga dan mendidik kakak abang yang lain tu dengan sebaiknya dengan parenting knowledge yang umi ada. andai ada salah silap dalam mendidik tu harap anak2 dapat memaafkan kelemahan umi sebagai manusia biasa ni.

Rabu, 30 Mei 2012

pilihan para ibu

hahaha pilihan para ibu2 eh...ye dulu umi ni bukanlah kaki kopi o dan yang sewaktu dengannya, cukuplah air masak atau air suam je menyusuri tekak ini.

tapi nak share dengan korang la ni (gaya macam jadi spokes person nescafe je kwang3). serius kalau korang pembaca (yang sudi menjenguk blog ini) dah jadi ibu nanti ha memang akan minum segelas kopi o tau. dengan adanya si kecik raisha tu yang asyik bangun malam sekali atau dua kali adoi memang tak cukup tidur le jawabnya. pergi kerja memang tak fresh langsung dan peneman untuk jadi segar bugar kembali dengan mata terbuntang cam ikan buntal (hahahaha) ialah minum le secawan kopi. 

pinjam jap eh...source dari website nescafe


eh apa lagi ibu2 yang dirahmati...jom dapatkan secawan kopi o sekarang. kalau tak karang ada tertidur kat atas kerusi ofis tu kannnnnnnnnnnn. tapi bila kat rumah umi tak minum le sebab balik rumah nak berehat zzzzzzzzzzzzzzz

Selasa, 29 Mei 2012

cluster headache?

hahaha lawak pun ada. ni le first time umi dengar pasal cluster headache. sebelum ni atau masa bujang2 dulu kala pun umi selalu gak sakit kepala tapi tak pernah lak dapat specific sakit kepala ni. umi yang kerja dengan developer company ni tau cluster ialah cluster house or tak pun sejak jadi ibu ni ada cluster school.


hah since ni benda baru so korang tanyalah pakcik google sendiri apa maknanya cluster headache tu eh. joke kan.....

Sabtu, 26 Mei 2012

tagline kelakar abis


hahahaha adoi kelakar tak hengat tagline masterchef selebriti ni. yang paling kelakar sekali ialah tagline jehan miskin dan raja azmi. agak2nya sape yang punya idea ni eh....gelak abis. eh ada yang tak gelak ke owh no no tu korang mesti kena pergi doktor kalau ada masalah tak boleh nak gelak.

kalau ada kesempatan nanti umi nak tengok la citer ni emmm itu pun kalau anak2 yang suka tengok cartoon channel dan ayahnya yang suka tengok sports channel mengalah dengan umi hehehe.

mes nite sekalung budi-black tie

fuh....nasib baik mes nite yang berlangsung malam tadi tak de protokol bagai. kalau tak emmm penat weh nak duduk bangun duduk bangun, minum untuk spbyd agung, minum untuk raja2 melayu etcetcetc. cuma bila cpo datuk sharifuddin masuk, nyanyi lagu negara ku apa lagi dinnerrrrrrrrrrrrrrrr time.

actually mes nite malam tadi adalah untuk meraikan pegawai/anggota polis yang naik pangkat, bertukar atau bersara. temanya ialah black tie. jadinya suamiku tidak memakai segala pingat bagai, semua sama level dengan pakaian senada. venuenya ialah di hyatt hotel. dan malam tadi jugak pertama kali ku tinggalkan si kecik raisha dengan mak na nya...hehehe ini adalah dinner pertama ku dengan police society selepas kelahiran si kecik tu.

back drop mes nite 

buku yang kat dalam tu tertera nama pegawai/anggota yang diraikan 

bang....besarnya muka i
alamak perut i pun tak leh cover gak ni

hahahaha ambik pasangan sejoli yang membesar ni. serius takut tengok keadaan umi. terus umi cakap dengan hubby nak kecikkan sikit badan ni. tak selesalah besar sana besar sini. orang lain mungkin selesa dengan keadaan dorang tapi entahlah umi ni tak boleh la. teringat lak masa pergi kedai jamu  hari sebelumnya siap orang tu cakap eh awak dulu kecik je kan, kenapa sekarang besar...owh owh owh tetiba dapat idea dulu saya bujang sekarang baby baru umur 6 bulan so ambik masa sikit la nak dapatkan shape cam dulu. hehehe nasib baik dapat idea untuk cover malu

tu dress lama, tak sempat nak menyoping baju baru so rembat je lah baju yang mana ada. kalau dah hitam semua emm tak outstanding lak malam2 kan hehehe kita tambah aksesori headband lip lap lip lap tu ha baru le menyerlah kannnnnnnnn

cake cutting ceremony. ajk mes nite semua ke depan. alahai suami ku tak pandang kamera lak 

 well...dah namanya manager band hehehe tak sah le kalau tak menyanyi kan

 steady la bang

umi zoom pic dari jauh je. segan lak nak menyusur meja nak ke depan. 
bang....nampak tak i kat meja ni

Khamis, 24 Mei 2012

our little princess-6 bulan

alamak kejapnya masa berlalu. pejam celik tidur baring tengok2 dah 6 bulan rupanya umur raisha eh. terima kasih kat ma dan suami ku yang jaga umi masa dalam pantang dulu tu. 

tapikan masa pergi klinik pagi tadi alahaiiiiiiiiiii apesal ni raisha....lebih kurang je berat macam bulan lepas. selalunya dalam sebulan naik gak 1kg. kat mana raisha simpan susu tu, buang eh hehehe. eh tapi macam pelik lak sebab pembantu nurse tu kata besarnya baby umur 6 bulan ni...ke penimbang tu rosak kut

hari isnin lepas raisha dah mula makan bubur. mula2 umi bancuh 3 sudu bubur nasi, naik lagi jadi 4 sudu dan malam tadi bancuhan 5 sudu pun habis raisha makan. alhamdulillah suka sangat la tu dapat makan kan. tak de lah dia nak menogok susu je manjang.

ni perbandingan bulan lepas dan hari ini...tak banyak beza pung


tak sabar nak tengok pembesaran raisha dari masa ke semasa. inilah hikmah seorang ibu kan. emmm susah gak nak carikan baju raisha untuk wedding abang johan dia nanti kat primula hotel tu....pening pusing sana pusing sini tak jumpa lagi ni adoi

Rabu, 23 Mei 2012

menyepikan diri?

oooo mereka menyepikan diri eh
ke dah melupakan diri ini

tak pe....
senang je
carilah mereka yang mengingati
dapat beramah mesra seadanya

emmm rugi kut masing2 nak membuang text
atau hanya sedikit panggilan

pengajaran: lepas ni jangan senang2 nak menyibuk
buat hal diri sendiri
layan orang disekeliling dan terdekat dulu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails