Pengikut

Isnin, 22 Ogos 2011

attention please

ok aku tak tau sejak bila ianya berlaku. tapi aku dapat notification from email yahoo katanya aku sibuk duk hai orang tu duk hai orang ni kat facebook...

tolongggggggggggggggggg.... aku dah berapa hari tak online fb. ni pun ari jumaat atau sabtu lepas kononnya nak upload le pics bukak puasa dengan ofismate kat swiss-garden hotel tapi mak aih website fb tu entah ke mana2 peginya. check punya check rupa2nya fb aku dah kena virus.

pada korang yang reply tu ni aku nak bagi tau itu bukan kerja aku ek....so ignore je lah. idok le aku nak hai sana hai sini kan hehehe. so penyudahnya aku sendiri pun dah tak leh bukak fb tu... abih cam no. hahaha agaknya memang dia suruh aku berehat kut dari duk on9 je kan....

Jumaat, 12 Ogos 2011

anak ku dah bergerak

eh korang boring, menyampah, benci, tak suka baca pasal my pregnancy ke. ala abis nak buat cam ner. ni my blog kan. katanya pun moden diary (betul tak wording aku guna ni eh) so semua stori mory around me haruslah aku tulis kan. korang tak suka ke apa ke aku tak boleh buat apa cuma boleh bagi tau silalah angkat jari bawak lari cursor close my blog ni. tapi kalau suka bertandang ke sini you are most welcome.

ni ha nak citer. kan dulu aku cakap tak pernah rasa lagi my baby's movement....eh dah masuk 6 months pregnancy ni baru dia nak gerak tak kira waktu. asal ada peluang je mesti aku dapat rasa tendangan my baby ni. sakit gak le. especially kalau night time. ha time nak tidur tu punyalah seksa tau. pusing kanan tak kena, pusing kiri tak kena, tidur menelentang pun lagi le tak kena. hehehe pandai lak baby aku ni main2 eh.

but one thing yang aku notice about my baby ni kan....bila ayah dia around, usap perut sambil say hello ke apa2 je lah suami ku cakap so pandai lak dia diam. amboi dalam perut pun dah kenal mana satu ayah eh.... baby girl memang cari ayah je ye.

tak kisah le but for me this is one of my sweet memories.....di usia matang ni dapat gak aku merasa semua ni kan. sori....pada yang tak berpeluang untuk menjadi ibu tu, insya allah ganjaran korang tetap ada di sana nanti...amin.

Rabu, 10 Ogos 2011

last 2nd trimester

alhamdulillah....walaupun seksa rasanya dengan sakit bagai ni tapi dah masuk 6 bulan pregnancy ni banyak yang aku tempoh. kira berjaya gak la kan.

1st trimester ok. 2nd trimester hazab nak bawak diri ni ha. eh hazab tak hazab pun ha lepas gak ke chiang mai kan hehehe. nak2 sekarang dalam bulan puasa ha lagi teruk. banyak le aku kena ganti puasa nanti. oit aku bukan sesaja tak nak puasa tau tapi keadaan aku sekarang memang tak boleh wokeh.

iklan jap. baru ni anak dara kami bagi tau yang dia kena attend konvo dalam bulan 10 ni dan mengajak le kami laki bini turut serta. tapi suami ku ni memahami orangnya, ye lah kalau dalam bulan 10 tu pregnancy aku dah 8 bulan la kan.....memboyot abis tu hahaha. jadinya dia kata kami tak dapat le pergi konvo elin.

awin's wish....

.....ialah untuk berbuka puasa di padang depan masjid negeri pahang atau pun lebih dikenali sebagai padang pokok buluh atau pihak majlis perbandaran kuantan bagi no. berapa entah le hehehe sebab kat sini ada banyak padang mpk 1 la 2 la 3 la.

jadinya petang semalam, selasa berangkat le kami anak beranak ke padang. eh kalau korang yang tak tau kan.....pernah keluar dalam surat khabar pasal orang2 kuantan berbuka puasa di padang ni tau. memang meriah happening i tell you.

alahai nina posing ek....lupa lak nak snap gambar awin yang seronok duduk kat atas padang ni


sebelum tu kita kena la berebut membeli juadah di bazar ramadhan pokok buluh tu. emmm suami aku dah kompelin sebab makanan yang dia dapat dah le tak sedap, mahal lak tu. katanya apa2 pun bukak puasa kat rumah jugak yang sedap. ye lah bang....ari ni je ye tu pun sebab awin nak makan. aku sempat beli ikan terubuk goreng rm10 dengan mi sup.....hampeh je rasanya.

suami ku dengan pakaian pejabat hahaha jangan cakap apa sebab lepas je bukak puasa ni dia kena terus ke ipk sebab ada mesyuarat, report bagai kena buat pasal kes minah saleh yang kena bunuh di pulau tioman tu. katanya jabatan siasatan jenayah kan hehehe jadinya kena kerja lebih masa le


ha tengok. ramainya umat kan


penuh padang dengan lautan manusia berbuka puasa tau



eh lupa lak yang sebenarnya aku terrrrrrrrrrbukak cerita dengan anak2 pasal pakcik ee dorang weekend baru ni (masa dia nak balik ke paka) jadi dia bukak puasa lah dengan kawan2 dia kat padang tu. jadi bila awin dengar kemeriahan tu dia pun nak ikut samalah.

Selasa, 9 Ogos 2011

eat right for your blood type - success

yey tepuk tangan untuk diri sendiri. sebab apa? sebabnya aku dah berjaya mengawal makanan mengikut kumpulan darah. baca kat eat right for your blood type . no chicken, no crab, no prawn etc etc etc.

bazar ramadhan dah aku jejaki tapi alhamdulillah memang tak terliur langsung la tengok ayam golek macam2 tu. giler apa nak makan kalau dah tulis avoid, food like a poison. suami aku yang ke rompin baru2 ni pun ada bawak balik ketam, udang bagai tu tapi takat tengok je lah. so kalau makan gak memang le cari nahas kan. bukan apa....orang kata prevention is better than cure wokeh.

aku nak hidup lama dan insya allah nak sihat tanpa menyusahkan orang2 sekeliling. ye lah kang dah sakit tak ke menyusahkan orang nak jaga kita.

Isnin, 8 Ogos 2011

puasa dengan anak2

hujung minggu pertama puasa dipenuhi dengan makan bersama anak2 dan bakal menantu. sori ma sebab sehingga saat ini tak dapat lagi nak berbuka puasa di rumah hehehe harap ma faham tanggungjawab anaknya sekarang.

tengah hari sabtu kan aku sibuk membeli belah barangan keperluan baby yang bakal lahir ni, jadinya petang tu suami ku mengajak kami semua termasuk bakal menantu berbuka di luar..... ala hotel biasa je hehehe. makin besar famili kami kan. sori, lupa pulak nak bawak kamera.

ahad semalam kami berbuka puasa di rumah sahaja. masakan sendiri ada la jugak tapi yang selebihnya beli di bazar ramadhan. oleh sebab baby nak makan (ke uminya ni hehehe) maka terbang gak rm18 untuk seekor ikan terubuk bakar. nasib baik kena selera ku jadi halallah duit yang aku bayar tu kan. tu ikan kesukaan ku dari zaman dolu kala....

persiapan menyambut orang baru


ya allah.....penat giler sabtu baru ni. ye lah dalam pada orang duk berasak2 nak bershopping raya, aku lak pergi menyibuk nak membeli kelengkapan untuk baby ku ini. hah panjang berjela kan senarai tu....macam tu jugaklah 'sedekah jariah' aku kat parkson, ecm.

ni baru kesesakan kat kuantan, belum lagi kat tempat lain terutamanya kl kan. memula aku dan suami plan nak pergi shopping kat kl tapi dengan keadaan aku yang sarat, tak berapa sihat, bulan puasa lagi....jadinya aku ambik keputusan shopping kat kuantan je lah. lagipun bukannya tak ada mall kat sini kan....east coast mall, megamall, kuantan parade....ha pilih je lah. lepas tu kedai yang menjual barangan baby pun bersepah kat sini.

aku tak sangka la pulak dengan main tarik2 je barangan baby tu omg dah lebih bajet tu. tapi bila balik rumah tengok alamak sikit lak jadinya kena tambah lagilah. emmm yang tu nanti2lah bila aku larat aku pergi shopping semula. mahal gak rupanya barangan baby ni eh. tapi tak pe lah....orang kata yang pertama kan hehehe jadi tak kisah le berabis sikit pun.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails