Pengikut

Isnin, 29 November 2010

rayyan fantasi - ramlee awang murshid

kepada peminat setia novelis thriller ramlee awang murshid, jangan lupa dapatkan buah tangan terbarunya yang bertajuk RAYYAN FANTASI. jom jadi antara yang pertama memiliki naskhah terbarunya.
tarikh: 4hb december 2010
masa: 10am - 2pm
tempat: mph bookstore, alamanda putrajaya


insya allah, kalau tiada aral maka aku akan berada di sana sebab lampu hijau dah dapat wokeh.... ni baik punya pujuk hehehe. hard core dan die hard fan ramfc apa lagi jom serbuuuuuuu

Khamis, 25 November 2010

mulut & mulut2

ada mulut untuk bercakap
ada mulut untuk bertanya
ada mulut untuk bercerita
ada mulut untuk mengadu domba
ada mulut dengan sinisnya tersenyum
ada mulut yang memang payah dibuka
ada mulut yang memilih jenis untuk bercakap
ada mulut untuk ketawa

T
A
P
I

lagi afdal rasanya kalau memilih untuk berdiam diri daripada memburukkan keadaan, tutup je mulut itu. kerana pada akhirnya semua yang melalui mulut itu akan sampai juga ke pengetahuan mulut lain. biar apa yang datang....biarkan saja mulut2 itu dengan gaya masing2. kemaafan adalah dendam terindah. jangan rosakkan urat2 di muka dengan hal remeh temeh.


kedewasaan mematangkan segalanya.....

Selasa, 2 November 2010

setelah sebulan bergelar isteri...

owh cerita pasal kawin lg ke hehehe sori ye. kalau ada sesape yg tak suka baca entri ni so apa boleh buatkan....kiranya inilah dunia aku skrg wokeh...

tarikh ini genaplah sebulan aku memegang title seorang isteri kpd seorg suami yg amat aku sayangi dan cintai seumur hidup ku.....tak sangka kan macam baru semalam je kenduri tu berlangsung dgn meriahnya dan pejam celik pejam celik rupa2nya dah sebulan. terima kasih ya allah atas segala2nya. setakat ini kami tak pernah lupa untuk mengungkapkan rasa cinta antara satu sama lain....owh so sweet kan. he always said that he love me....and i love u 2 abg....tak lupa juga kerana aku dikurniakan 4 org anak yg dapat menerima diri ini sbg ibu mereka. walaupun aku tak de pengalaman menjadi seorg ibu sebelum ini tp pengalaman menjaga anak2 saudara walaupun kejap je boleh gak diambil kira kan.

permulaan hidup dgn title baru ni mmg agak kelakar sikit la. ye lah kalau nak compare time bujang dulu kan....aku kunci alarm agak lambat sket. lps solat subuh baru lah nak iron baju utk ke ofis. so for first 2 3 days tu a bit messy la....dgn bangun lambatnya....mana nak sediakan breakfast for my hubby and the kids, nak iron baju lagi....owh tak tau mana satu nak buat. but later i managed to deal with it. mlm basuh n sidai baju, lipat kain, iron baju aku n kids...luckily baju my hubby hantar dobi je so tak la kelam kabut kan hehehe.

but one thing about my hubby ni ialah dia a bit fussy psl makan. maklum le selera org selatan n melaka kan. jadi bila bertembung dgn lidah orang pantai timur ni so tak boleh tekak dia nak terima segala masakan yg ada gula aduhaiiiiiiii bang oit mana la nak balance rasa kalau tak bubuh gula kan. kang asik rasa pedas je emmm terjelir lidah hehehe. tp aku puji suami ku ni yg pandai memasak...jadi kalau dia rasa nak makan apa2 so dia masak sendiri je lah. ada masa terluang barulah aku lak yg memasak. elok la kan rmh tangga tu saling membantu kan...tak de la semua keje rumah nak dibebankan kat isteri je. sometimes its hard to believe that senior officer kat polis dept ni aka suami ku cekap kat rumah.

biasalah hidup berumahtangga dengan seseorg yg totally different in all aspects kan so sure mesti ada yg tak kena sikit kan. but we tried our best to overcome it n tak mo ia mengganggu keharmonian hidup kami. we practiced open discussion n communication ((walaupun kadang kala sakit gak telinga dengar segalanya hahaha)), honest n trust each other are d 1st priority. n sbg manusia biasa yg serba kurang ni, aku pun tak harap yg suami ku sempurna segalanya kerana tak ada benda yg sempurna kat dunia ni kan...cukuplah kalau dia menjadi dirinya sendiri di mata ku ini.

ok cukup kat sini je cerita aku ye. nanti kalau rajin aku stori lg errr kalau yg meluat tu so pegilah kat blog lain baca kisah lain lak ok....as a human being we can't please everybody n others also can't please us....bai wassalam

Jumaat, 29 Oktober 2010

jiran ku.... suami ku.....


inilah wajah yg berjaya mengetuk pintu hati ku untuk menerima lamarannya dan seterusnya menyusuri hidup alam rumahtangga.



aku harus menyiapkan entri ini kerana tajuk inilah yg aku rasa paling menarik bagi menoktahkan segala2nya. abg....izinkan syg menitipkan kisah kita di sini sbg kenang2an ye. suatu ketika dahulu he used to be my neighbour....but as usual oleh kerana dia suami seseorg jadi setakat itu sahajalah mmg jadi jiran pun walaupun sebelah rumah je!!!! ((dan mgkn jugak aku ni pemalu, pendiam n jenis kureng sket nak bercampur dgn org kwang3)) prinsip aku ialah jgn nak menimbulkan rasa tak senang org terhadap ku....ye lah dgn keadaan aku masa tu yg solo single mingle kan dan kalau bkn atas kapasiti kerja mmg prob la kalau nak melayan borak dgn suami org kan. if its related to office matter so no excuse le....depend to situation la kan. masa tu aku cuma kenal arwah isterinya dan anak2nya yg selalu bermain di depan rumah. arwah isterinya mmg minat membela persian cat jadi ada masa tertentu kami bertukar pendapat la mengenai our feveret pet tu kan.

awal tahun baru2 ni isterinya meninggal kerana serangan asma....jd buat beberapa bulan tu lah ada sorg jiran ni yg bnyk membantu ((kira bantu la kan walaupun suami ku memberi dia upah)). bila siang hari semua kerja rmh jiran tu buat. nak dijadikan cerita agaknya dan mgkn si jiran ni kesian tgk keadaan suami ku yg emmm cam ner nak describe ye....sian nak urus rmh tangga ke cam tu lah kan. so kak yah ni proposed la kat dia antaranya budak2 ofis my hubby yg anak daranya, yg jandanya tp according to kak yah that my hubby tu no response. it takes time gak le then suddenly kak yah ni proposed my name kat my hubby n suddenly he sighed. so sejak detik tu kak yah ni mintak le no. phone aku dr adik ku tu....for info., masa ni aku dah pindah stay dgn adik lelaki kat tempat lain.

rupa2nya....sejak ketiadaan aku kat area tu kan hehehe ada org sedar n tercari2. he noticed that my car tak de kat situ. nak dijadikan cerita masa aku stay dgn adik pompuan aku kat situ kan...pernah la 1 nite my car alarm bunyi. kata my hubby patutnya dia call adik aku then boleh la dia approach me kan...

so when we start our relationship kan emmm segan tul nak bertandang kat area tu. ye lah masa stay kat situ tak pernah bertegur sapa then bila duduk jauh2 jadi baik lak kan. kuasa tuhan kan... rupa2nya jodoh kita cuma dgn org sebelah rumah je. terima kasih allah kerana gerakkan aku untuk berpindah dari rumah lama ke rumah adik aku tu kerana kat situlah pertemuan kami.

nasihat untuk yang masih sendiri tu ((citer experience sendiri ni hehehe)) jgn sedih gusar n takut dgn pandangan sinis org. i used to be in that situation before....mmg sakit segalanya tp percayalah perancangan allah siapa tau kan coz jodoh korang mungkin dalam lingkungan tu je. setiap kejadian tu ada hikmahnya dan kebahagiaan yg kita cari mmg dah tersedia untuk kita cuma mgkn belum masanya untuk dijelmakan.

Khamis, 21 Oktober 2010

honeymoon cum holiday @ bandung

alhamdulillah....honeymoon pakej yg fully sponspored by certain ppl inclusive with poket money tu ((owh bestnya hidup hahahaha)) dah selamat kitaorg kejekan ngeh3....


14/10, khamis

kul 7am bergerak dr rmh dgn dihantar oleh encik mac ((org sarawak ni wei, still available...cpt2 sape nak berkenalan dgn dia)), breakfast jap kat rr temerloh then terus ke klia. sementara menunggu masa nak check-in kitaorg sempat mengalas perut kat mcd, aku lak sempat lg surf fb. owh almost forgotten to tell u all that honeymoon or percutian famili ni sepatutnya disertai oleh anak dara ku si elin tp last minit dia cancel coz ada paper nak present. so cuma aku, suami ku, awin n nina je lah yg ikut trip tu.


kul 1.30pm naik flight mas dgn steward n stewardess yg cun ensemnya n sampai kat airport hussein sasteranegara 2 jam lps tu. for info., ini kali ke2 kunjungan ku ke bandung. 2 tahun lps berjln dgn kawan2 masa solo tp kali ni bersama suami yg ku sayangi ((ngehhhhh abg baca ke tak le entri ni kan)). sedap lak lunch meal provided masa dlm flight tu...kononnya nak avoid nasik kan heheh tp terrrrrrrrjamah le sket nasik beriani dgn ayamnya tu....owh aku tak abiskan nasinya yeyey ada lagi bakinya tu. 2 hours later we reach at bandung airport tp aku pelik lak coz kali ni cam ada new procedure lak. skrg kastamnya nak our finger print n dorg snap muka kita kat situ....pehal kan. so q lama gak le.


keluar je dr airport terus nama suami ku terpampang kat white paper oleh travel agent ((glamer tul bapak haris ya hehehe)). dibawa naik ke mpv n terus ke shopping mall paris van de java. chopppp...nama je tour pakej tp cuma kitaorg 4 beranak je, ingatkan ada join dgn msian lain kan. lps tu kitaorg dinner kat local restaurant b4 check-in kat hotel novotel. aduhaiiiii masa nak check-in ni prob lak. suami ku kata dia request connecting room tp dpt diff room so mlm tu kitaorg tido dlm 1 bilik je n esoknya kitaorg dijanjikan akan diberi connecting room. ye lah tak kan nak anta budak2 tido berjauhan kan....dah le kat tmpt org kang jadi apa2 susah lak.






15/10, jumaat

pagi2 lps breakfast kat hotel....eh sedap lak makanan dorg. tak de pun yg tak halal so blh mkn sesuka hatilah kan hehehe. siap ada meja utk sape yg nak minum jamu. lps tu kitaorg dibawa ke gunung tangkuban perahu. jauh gak le dr hotel ke situ ada la dlm 1 jam dgn jln bengkang bengkok menyusuri bukit. kat sini sejuk so kami mmg diadvisekan suruh pakai jaket.


after that ktorg dibawa lak ke hot spring ish apa lak namanya....lupa la. best tul dlm kedinginan tu dpt gak rasa suasana yg panas. then lunch kat sundanese restaurant.....not bad tp sambal dorg kat sini mmg manis....hahaha cik abg ku dah le alergik dgn benda2 manis ni. ptg tu ktorg pegi ke jalan cihampelas yg banyak factory outlet....yeyey kat sini aku blh berlagak sket coz dah prnh meronda dulu kan hahaha. psssttt utk holiday cum honeymoon ni aku tak bawak bnyk duit coz dah dipesan oleh cik abg ku that we are not going there for shopping, just for sight seeing ok...owh dah dipesan gitu so diam je lah kan. tp dlm diam tu dpt gak le beberapa helai baju yg berkenan dimatanya hahaha.


sian kat awin n nina....dorg penat le nak ikut berjln cam ayah n umi dia ni. dgn laparnya dgn penatnya tp bila dpt toys ha pandai lak dorg diam hehehe errr aku dulu pun cam tu gak kut.


and the best part is.......lps merayu merengek bagai kat cik abg ku.....so dpt le aku merehatkan badan yg penat giler lps kenduri dulu tak rehat langsung kan ke spa kat hotel tu. wow best tul kena massage, scrub, boreh ((beras kut tp dorg panggil boreh)) then berendam dlm air rempah kat bath tub. kira murah la drpd pakej yg aku tgk kat tmpt kita kan, ala tak sampai rm150 pun tau. tq abg....


16/10, sabtu

pasar baru!!!!!!!!!! tmpt wajib yg korg mesti pegi kalau ke bandung ye. dgn 8 lantai ((or tingkat)) kata org indon ye, semua lantai penuh dgn brg2 jualan. dgn mana kita nak memilih barang lagi, dgn org2 yg mengikut suruh kita beli brg dorg lagi adoi capek banget lo. ada gak le brg yg ktorg beli kat sini tp cam biasa aku tak shopping gila2 la coz dah 2 kali dtg n yg sedih fulusnya cik abg pegang ok.

after lunch kat sundanese or minang restaurant so budak2 nak pegi zoo bandung. alahai so ikut je lah kan. dah balik hotel bagi budak2 dine in dlm bilik....hehehe bagi dorg mkn kenyang2 coz ktorg nak keluar. sementara tunggu dorg tido tu sempat le aku tgk news kat tv indon yg bnyk siaran tu kan. salah satunya psl kd-anang-sharlini ((tul tak nama awek dia tu ek)). kata berita tu yg kd dah jual rmh dia kat jakarta n mgkn sdg prepare nak kawin dgn raul. anang lak sejak bercerai ni makin kaya...siap beli banglo or cam mansion pun ada...then berjln2 dgn awek dia tu. hujan lak n lps dorg tido....aku n suami ku keluar kat kedai berdekatan utk dinner ((yg lebihnya just to accompany my hubby....aku mkn sikit je kan)). berpimpinan tangan sbg suami isteri owh so sweet n aku harap yg allah, malaikat semua merahmati hubungan kami ni
17/10, ahad
lps breakfast, terus check out. sempat lagi pegi ke factory outlet sekali lg utk beli last minitnya stuff. lps lunch terus tour agent tu send kitaorg ke airport utk flight kul 3.40pm dgn mas.
**** ok abis dah cerita honeymoon cum percutian famili ke bandung ni. tqvm to respective person or organization for such a lovely trip ni.

Rabu, 6 Oktober 2010

babai hidup bujang...

tanggal 02.10.2010 yg lepas maka selamatlah segalanya, segala penat lelah aku dan ahli keluarga yg lain telah berbayar dgn majlis kenduri perkahwinan ku telah berlangsung dgn sederhananya ((errr sederhana ke hehehe sbb ada yg ckp meriah giler...oppss aku tak tau ye)).


walau ada kekurangan di mana2 tp itu tidak melemahkan semangat aku dan keluarga. 2 3 hari sebelum majlis berlangsung telah diadakan miting antara ocpd jerantut, pegawai ipd jerantut dan ahli kariah surau tmn inderapura utk memastikan majlis berjalan lancar. selain dari ahli keluarga yg menjadi org kuat majlis ku, ocpd jerantut ((rupa2nya sedara dekat cik abg ku)), tuan jamal sibuk mengarahkan kontraktor utk membuang segala pokok pisang dan pokok bunga ma yg bergayut di pagar rumah. abis terang jadinya mcm baru pindah ke situ lak hehehe. jalan kiri kanan pun ditabur batu2 hai buat susah2 je lah tuan jamal ni kan. lepas tu pada pagi hari jumaat tu lak siap ada rehearsal utk sword barrel ((lupa la spellingnya cam ner...)) alah dgn kata lain lalu bwh pedang tu ha. so aku n cik abg berlatih le lalu bwh pedang dan abg adik polis tu duk betulkan gerakan bagai.


actually ktorg ni plan majlis kenduri ni kecik je tp bila melibatkan org2 atasan pdrm so semuanya kena teratur bagai. sbb tu la persiapannya lbh sikit, abis semua campur tangan kan dgn miting itu ini. kat ipk ktn miting, kat ipd jerantut miting hai nasib le kan sape yg kena wat keje tu....anyway terima kasih bnyk2 pd sudi menolong kami samada directly or indirectly...really appreciate it.


pd kawan2 yg sudi dtg ke majlis ku tempohari terima kasih diucapkan. masa mmg membataskan kita utk duduk bersembang lama2 tp aku harap next time we can chat privately ya.


i want to make special dedication to mama and the rest of my family for your effort, time etc and i love u all. ma...maafkan anakanda andai sepanjang hidup bujang dulu bnyk benda yg telah menyusahkan ma dan halalkan segalanya ye. abang....tq so much for loving me and hoping that we can live hepi ever after...insya allah. terimalah segala kekurangan dan kelebihan kita sbg rencah asam garam hidup berumahtangga.


wah tetiba syahdu lak ayat ku hehehe....ok lah tgk le pic kat bwh ni....antara yg aku ambik dr fb.

1 pengalaman yg tidak dpt dilupakan bila kena lalu kat sword barrel ni. siap lalu kat red carpet lg tu hehehe jeng3....bnyk lak kameraman kat depan tu tuptuptup terasa cam artis you hahaha perasan lak ((tutup mata ye pada yg tak suka statement ni he3))


aku suka sgt dgn solekan hasil keje baby ni ((geng ogie salleh)) coz aku sendiri pun terperanjat tgk muka sendiri eh tul ke aku ni hehehe. time ni kena dera posing oleh kameraman


geng ramfc yg hadir...ratu sulaman aka ina spore ((pd hal org jerantut tu...errr sejak bila ina berlakon pakai tudung ni hehehe)), eina, cik lawyer fiza dan pengasas ramfc cik elle. tq korg sudi dtg kenduri akak ye


tetamu vvip kami.....yang dihormati datuk robiah, ketua polis pahang dan suaminya datuk ((sori datuk...terlupa nama))


ya allah....ku mohon padamu berkatilah hidup kami sekeluarga dan rahmatilah perkahwinan kami. aminnnn

Rabu, 15 September 2010

blog dah bersawang

aduhaiiiiii dah lama ku tinggalkan dunia penulisan blog ni.

sibuk ke? mungkin gak le tp aku ada misi yg lagi besar dari ini....banyak benda yg perlu aku selesaikan sebelum aku noktahkan satu perjalanan untuk satu komitmen yg mungkin menuntut segala perhatian ku ((cewah macam dah bersedia jiwa raga tu hehehe tak tahan tul))

ramadhan yang lepas aku lalui dengan sebaiknya... berbuka puasa dgn cik abangku dan anak2... lepas tu meredah lautan manusia untuk membuat persiapan raya dan sedikit barang2 untuk hari bahagia ku yang dibeli di kl. dan mgkn sedikit masa aku luangkan untuk berbuka puasa dgn ma dan adik2....maaf, mgkn jika dipanjangkan umur kita akan bersama lagi

syawal merupakan hari paling bahagia ((bukan aku tak pernah bahagia sebelum ni ngeeee)) tapi ini merupakan syawal yang terakhir ((insya allah)) untuk si bujang seperti ku....tiada yang luar biasa pun pasal hari raya ku tapi dapat bersama si dia merupakan suatu hal terindah bagi ku. melewati hari2 bujang ku emmm rasa macam sedih lak nak ditinggalkan tapi aku pasti andai itu takdirnya maka akan aku persiapkan segalanya untuk menempuh satu alam baru. dan aku pasti dengan apa yang telah ditentukan olehNYA adalah seperti yg telah ditetapkan di loh mahfuz.

ada jugak aku terdengar kerisauan dari kawan2 terapat yang takut jika aku bakal melupakan mereka saat aku bertukar status nanti. well kawan2 dan adik2....seandainya korg mengenali diri ini maka soalan itu tak perlukan jawapan kerana aku pun tidak pernah terniat untuk memutuskan ikatan persahabatan kita....gelak ketawa tangis suka duka itulah yang telah mewarnai hidup bujang ku selama ini. tp sedia maklum kan, apa2 yang aku buat perlu mendapat restu dr si dia....ambik berkat la org katakan kwang3.
harapan aku untuk hidup baru yang bakal menjengah sikit masa lagi ((countdown tu beb ngeh3)) ialah semoga mendapat keberkatan hidup daripada ilahi. harapnya si dia dapatlah menjadi khalifah di alam baru ((walaupun ini bkn alamnya yg pertama ngeeee tp kira yg pertama la buat aku wokeh)), bimbinglah aku dan anak2 yg sedia ada dan bakal menyusul ((wah tak tahan tu....)). walaupun masing2 serba kekurangan dr segala segi ((tiada manusia yg sempurna wokeh)) tp aku harap kita saling melengkapi segala kekurangan itu dan cuba mencipta kesempurnaan. teringat lak lagu tok ti....Sayangi daku, Peluklah daku, Janji dengan ku, Semai cinta nan satu, Tuhan menguji, Takkan berhenti, Hanya ku pinta, Sama setia menjaga, Hingga ke alam syurga

kalian....doakan segalanya yg terbaik untuk aku ye...ma, adik2, famili semua....terima kasih kerana selama ini menjadi tunjang kekuatan ku di saat aku rebah, terima kasih juga kerana sedia berkongsi kegembiraan yang aku ada....kalian segalanya untuk ku. bakal famili baru....si dia, johan, elin, awin, nina....terima kasih kerana korg dapat menerima diri ini seadanya dan aku tak sangka bahawa segalanya dipermudahkan dan bantulah umi dan ayah untuk kesenangan dan kebahagiaan hidup kelak.
ok itu saja...jumpa lagi di entri lain ((itupun jika mood menulis datang hahaha))

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails